21-24 February 2012 (29 Rabiul Awal - 2 Rabiul Akhir 1433)
Alhamdulillah.... perjalanan kami ke Madinah lancar. Cuaca juga elok. Separuh hati masih rasa sedih meninggalkan Makkah.... tetapi setengah jiwa lagi meronta untuk menuju tempat Kekasih Allah ~ tempat hijrah Rasulullah.
Sungguh tenang perjalanan sambil mendengar nasyid dari album Cinta Rasul oleh Hadad Alwi & Sulis. Selawat kepada Rasulullah mengiringi perjalanan kami.... Makkah ~ Madinah sejauh 450km mengambil masa 6 jam dengan menaiki kereta plus a few stops for solah & mamam.
Singgah makan Nasi Ikan & Lamb Mandhi
Permandangan menuju Madinah
Memasuki Madinah & menghampiri Masjid Nabawi
Kami menginap di Dar Al Hijrah Intercontinental Hotel.... just a walking distance to Masjid Nabawi. Booked triple room... ingat nak budak2 selesa. Last2 dua katil jek buat tidur. The beds was super single... so selesa walau tidur berdua satu katil.
Our room
After we settled down... kami terus bersiap2 nak ke masjid. Dah nak masuk waktu Maghrib. Agak berlari la jugak kami ke masjid sebab nak mengejarkan solat di dalam instead of solat kat luar. Tempat solat perempuan agak limited or that time memang sangat2 ramai jemaah di Madinah.... Rabiul Awal bulan kelahiran Nabi. Memang ramai umat Islam ke Madinah... mungkin juga sebab keadaan agak sesak. Cepat jek jemaah kena tahan kat entrance & can't proceed nak masuk ke dalam masjid, even belum azan pun sometimes.
Indah sungguh Masjid Nabawi. Di sini bahagian solat perempuan lebih tertutup & terkepung. Tak dapat nak bayangkan keindahan masjid secara keseluruhan sebab kepungan tersebut. Memandang tiang2 & ceilingnya sahaja dah cukup terpegun. Mata Aryssa pun asyik memandang ke atas.... "Wah.... cantiknya masjid ni mi....! Eicha suka! Tak sama mcm dekat Kaa'bah tapi Eicha suka dua2. Dua2 cantik sangat mi...." Entrance kat Masjid Nabawi ni lebih strict berbanding di Masjidil Haram. Memang mereke check one by one. Saya memang tak bawa handphone / camera sebab member pun dah pesan. Kadang2 kalau kita ambil gambar, kita tak sedar yang kita terambil gambar org sekeliling kita yang tidak sempurna auratnya. Mungkin mereka taknak itu berlaku di dalam masjid.

Our first dinner at hotel. We took meal package (add SR100 per day) to choose either to have buffet lunch or buffet dinner. For 4 of us they charge SR100 mmg worth sgt. Senang sket as at Madinah payah sket nak cari makan & limited choices. One heavy meal a day dah tak payah fikir. Around the hotel ada la fast foods, Indonesian restaurant & Middle East food selections.
Suasana Subuh di Masjid Nabawi.... suka! Tenang jek rasa. Cuaca masa tu masih musim sejuk... agak menggigil juga jalan di luar waktu Subuh.
After breakfast, kami jalan2 kat kedai2 sekitar hotel & Taiba. Awal pagi banyak kedai yang belum buka tapi kalau membeli belah awal pagi ni memang dapat harga murah. Tawar menawar pun lebih mudah. Harga barnag2 di Madinah jauh lebih murah berbanding di Makkah... and the price of Abaya here separuh dari Doha. Best!
Beli punya beli... nasib baik tak terlupa dah janji ngan member nak ke Raudhah ~ Taman Syurga di Masjid Nabawi.
RAUDHAH
adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain
menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat
turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”
Kedudukan
Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA
dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur
bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.
Tetapi
sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam.
Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah
selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut
pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.
Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.
Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)
Untuk ke Raudhah, saya banyak dapatkan tips dari kawan saya yg telah berkunjung ke Madinah tahun lepas. Bila mendengar ceritanya tentang Raudhah, hati memang hendak sangat ke situ. Kawan saya juga telah berkongsi video tentang
Raudhah di youtube supaya saya dapat sedikit gambaran tentangnya. Selepas solat Subuh, boleh balik dulu ke hotel, breakfast dan buat solat
taubat, solat hajat... mohon doa pada Allah semoga dipermudahkan. Seperti disarankan, saya ke Raudhah dalam jam 9.30 pagi melalui pintu 25. Raudhah memang di buka untuk jemaah perempuan selepas solat Subuh tetapi keadaan memang berasak kerana terlalu ramai jemaah menuju Raudhah dalam masa yg serentak. Bila tiba di satu persimpangan, jemaah dibahagi mengikut warganegara untuk ke tempat menunggu untuk masuk ke Raudhah. Warganegara Malaysia & Indonesia ditempatkan bersama. Alhamdulillah, walaupun ramai jemaah masih menunggu, urusan kami untuk bersolat di Raudhah dipermudahkan. Banyakkan bersabar & jangan pentingkan diri sendiri. Utamakan mereka yang kurang upaya & warga tua. Insya Allah, pasti dapat masuk ke Raudhah.
Keadaan dan kawasan di Raudhah yang diperuntukkan untuk perempuan Malaysia & Indonesia memang amat terhad. Memang berasak2 di dalam. Bila menjejakkan kaki di karpet hijau... sayu rasa hati. Syukur pada Allah kerana beri kesempatan untuk solat & berdoa di situ. Alhamdulillah. Dapat melihat bahagian tepi maqam Rasulullah. Perempuan tidak dibenarkan menziarahi maqam (melalui bahagian hadapan maqam) dan juga menziarahi kawasan perkuburan al-Baqi'.
Untuk jemaah lelaki, keadaan lebih terkawal & tak begitu susah untuk masuk ke Raudhah. Dapat bersolat dgn lebih selesa & bila2 masa pun boleh ke Raudhah. Selalunya selepas waktu Asar, jemaah perempuan dibenarkan untuk ke Raudhah tetapi semasa saya di sana, masa yang dibenarkan hanya selepas solat Subuh hingga jam 11 pagi. Untuk kepastian, boleh bertanya kepada penjaga pintu masuk atau pekerja2 masjid tentang waktu ke Raudhah kerana selalu berubah.
Suasana berdekatan Raudhah & kelihatan juga mihrab
Hubby berziarah ke kawasan perkuburan Baqi'. Saya minta dia ambil beberapa gambar sebab saya tak dapat ke sana. At least dapatlah lihat keadaan di situ.
Perkuburan al-Baqi' (Maqbaratu al-Baqi')
Sebahagian ahli keluarga, isteri & para sahabat Rasulullah diebumikan di sini
Di satu kawasan di bahagian belakang di dalam Masjid Nabawi, kelihatan anak2 keci & remaja sedang belajar mengaji al-Quran. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Gambar ni pun hubby yang tolong snapkan.
Outside Masjid Nabawi after Asar
Payung luar masjid pun dah tutup. Kalau bawa Aryssa solat Dzuhur & Asar, mesti dia nak solat di luar masjid sebab nak solat bawah payung giant yang cantik tu :)
As we changed our meal at hotel from buffet dinner to buffet lunch, so that night kenalah keluar cari food after Isya'. Aryssa pun minta pergi semula ke masjid nak jalan2 di luar masjid katanya. Kami makan KFC malam tu. Fuhhhhh lama betul kena Q (hubby la yg berdiri lama, kitorg dok kat tepi tangga jek.. heheheh). Kami tapau & makan kat bilik.
I love.... much love seeing Aryssa in her Abaya & seeing my 2 heroes in their white jubah. Suka!
~ My buah hati ~
Hadeef baru belajar berzikir guna tasbih
While waiting for Baba 'mentapau' KFC.
Mula2 ceria... pastu boring jek duduk mcm cendawan.
"Lapar la mi... cepatlah... penatlah... nak balik hotel!"
Budak manja terlebih :P
More pictures of Masjid Nabawi...
Subuh yang dingin...
Tiba masa untuk tour sekitar Madinah dan seperti biasa, the kids la paling happy. Dengar nak naik coach... sukalah diorang.
Menunggu coach tiba
Destinasi pertama kami adalah Masjid Quba. Kami ambil kesempatan untuk bersolat di sana ~ masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah setelah tiba di Madinah.
Hadis Riwayat Ibnu Majah menyatakan Rasullullah bersabda, "Barangsiapa
telah bersuci (mengambil wudu’) di rumahnya, dengan sebaik-baik wudu’,
kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka
baginya sama dengan pahala umrah".
Suasana di dalam Masjid Quba
Alahai hero sorang ni kalau tak dapat ikut mummy, mesti nak buat perangai
Ustaz Firdaus sedang berkongsi sejarah Bukit Uhud
Maqam Para Syuhadah Uhud
Inilah Bukit Uhud
Ramai penjual kurma di sekitar Bukit Uhud
Main Entrance ~ Universiti Madinah
Masjid Qiblatain ~ "Masjid Dua Qiblat"
Sebuah peristiwa penting berkenaan perpindahan arah kiblat yang dialami
Rasulullah SAW dan para sahabat ketika sedang melakukan solat Dzuhur
berjamaah di Masjid Qiblatain. Itulah mengapa masjid ini dinamakan
Qiblatain yang bererti dua qiblat.
Ketika Rasulullah SAW sedang bersolat Dzuhur berjamaah di Masjid Qiblatain, telah
turun wahyu yang memerintahkan mengubah arah
kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestine (utara) ke Kaa’bah di Masjidil
Haram di Makkah (selatan).
“Sungguh Kami melihat mukamu, menengadah ke langit, maka sungguh
Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah
mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah
mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Al Kitab
memang mengetahui, bahwu berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar
dari Tuhannya dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka
kerjakan” ~ (Al-Baqarah, Ayat 114)
Di antara masjid yang masih kekal bangunannya
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah di ladang kurma & pasar kurma
Di Ladang Kurma
Memborong Coklat Kurma & Manisan
Puas merasa macam2 jenis coklat
Pasar Kurma
Kurma Ajwa ~ SR50 sekilo
After Solat Asar
Tak abis2 all the way nak main hopscotch everytime balik dari masjid
Final night in Madinah....
Budak dah kenyang tak tau dok diam!
Kalau ke masjid, memang sling bag kami penuh ngan bekalan for the kids. Mesti ada susu satu botol, air zamzam, kurma, biskut & mesti ada buku untuk diorg baca dan note book & pen utk diorg melukis. Sebab tu memang kesukakan diorg. Alhamdulillah... memang tak ada masalah kalau bawa mereka bersolat di masjid. Malah dipermudahkan.
Breakfast before berangkat ke Riyadh
While waiting for Baba to check-out
Selamat tingal Madinah :(
Ingin lagi ke sini.... Insya Allah
Heading towards Riyadh.... jauh lagi perjalanan
Cinta Rasul
Rindu kami ya Rasul tak sabar ingin bertemu
Dalam hidup sekejap ini
Ku junjung tinggi namaMu
Dalam renungan ku teringat padaMu
Selalu bergema sholawat untukMu
Tak terlupakan semua pengorbanan (pengabdian)
Di jalanMu yang menuju kebenaran
Bila waktuku datang hasratku di jalanmMu
Jalan yang selalu terang
Jalan lurus yang kutuju
Jalan lurus yang kutuju
Ya Rasul hadir dalam hijrah hidupku
Perjalanan yang berbatu dan berliku
Meski gelombang uji coba menghadang
Aku kan berdiri kukuh dan berjuang
Bila waktuku datang hasratku di jalanMu
Jalan yang selalu terang jalan lurus yang kutuju
Jalan yang selalu terang jalan lurus yang kutuju
Jalan yang selalu terang jalan lurus yang kutuju
~ Sulis ~