you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 31, 2012

Olympics Parade

Today ada Olympics Parade at school. All student must wear national costume & bring some local food for the International Buffet.


Hadeef berbaju Melayu bersongket & Aryssa berbaju kurung. Songkok jek x pakai sbb sempit. Msut buy new one balik Msia nanti. Pround to be Malaysian. Smart & ayu jek pakai gitu.


Sent them this morning... dari kat main entrance sampai la masuk kelas... mmg mata memandang both of them esp Hadeef. Cikgu dia pun dok puji2 dia sampai member naik malu & stone! Cikgu siap tanya kakak dia kelas mana & soh kakak pimpin dia sama2 naik stage masa parade nanti :)


And malam tadi we all prepare agar2 gula melaka utk bawa ke sekolah. Jadilah. Dah tak larat balik from treatment kat spital mlm tu pun dh mcm nak tido2 kat dapur.


Parents are not allowed to join the parade. Selalunya parents invited. Mungkin this time all students sekali jalan one shot... so memang pack la alamatnya. Can't wait to fetch them from school this afternoon. Nak dgr their story at school.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 30, 2012

My Cute Cookies

Hadeef still in the Food IPC Unit. Kemain suka lagi everyday ada byk aktiviti pasal food at school. Siap ada buka cafe at school called the "Dinasour Cafe". Try new food at school. Hehe.... baru dia tau kena try makan mcm2 jenis sayur kat skola. No excuse. Kalau kat rumah punyalah payah sampai kena paksa!

... and he made this cute cookies at school. Bawa balik for Baba & Mommy. Tapi lokek tak bagi KakaCha makan. Sabar je la Aryssa.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Cute Boxes


Dah mula la nak collect benda bukan2 (utk dia mmg benda bukan2) tapi saya suka! Dalam 1 kotak besar, ada 1 kotang sedang & 1 kotak kecil ~ QR12 (RM10). Super like! Dengan Aryssa pun sama ntah dah brape banyak cute boxes dia :)

Bila pergi Al-Rawnaq, memang tak ingat dunia semua nak! Keinginan mcm2.... tapi masih terkawal.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 29, 2012

Villaggio Mall in Qatar on Fire

19 foreigners killed, include 13 children :(

For news, click here, here & here

This is sad.....

Some videos.....



More photos, click here

Al-Fatihah for all Muslim victims. Sincere condolence to the victims' families

Oh Lamb Rack!

Memang tak boleh dengar kalau ada skrip2 mcm ni....

"Dah lama tak makan _______"

"Sedapnya kalau dapat makan _______"

"Mommy dah lama tak masak _______"

"Eh macam best jek ni. Masakkan boleh?"

"Cuba mommy masak _______. Mesti sedap!"

Tak sampai hati kalau tak tunaikan hasrat org kat rumah ni request soh masakkan itu ini. Lebih2 lagi kalau kekuatan tu ada... dan badan sihat sikit, barang semua ada... Insya Allah memang boleh diusahakan. Memang cair bila dgr skrip2 mcm ni. Kalau tgh betul2 tak sihat, minta maaf yek... tapi selalunya mereka faham & makan apa yang ada :)

So... permintaannya adalah : Lamb Rack oleh Baba & Mushroom Soup oleh Aryssa. Hadeef pula... ada roti, ada potato... ngan susu tak habis2, hidup dia.

 
 Just love these cute tomatoes. Very fresh.

 
 Tomato tu oven-bake jek with olive oil, salt & pepper. 
Love the texture.... & so juicy inside.

 
 Lamb Rack. Haaish... green salad kehabisan la pulak......

 
 ... with Cream & Lemon Sauce

 
Memang kejap je pinggan ni licin...

 
Mushroom Soup for my Princess.

~ Alhamdulillah ~

Published with Blogger-droid v2.0.4

Pasta Shapes

Emergency case... bole jadi penyelamat perut lapar budak2. Kat Qatar ni memang banyak jenis kids food boleh jumpa. Cuma kadang malas nak try atau rasa tak perlu. One day, had a chit chat with one of friend here. Borak2 pasal masak2 for kids at home or masak2 for bila masa mommy tak berapa sihat... itu je. Or else memang nak masak apa pun sempat & byk idea nak masak for the kids. No problem. Tapi kalau dah tak sihat, apa pun mcm berat nak buat. So, my friend suggested to have some stocks of 'easy meal' at home for emergency time. One of it is this.....

Pasta Shapes from Heinz.


Bought this to try it out...



 Macam2 shapes ada dalam.... sukalah budak2


 KakaCha pun boleh masak sendiri :)
 

 Cute kan?! Heeee.....
 
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

Oh Apam Bakar!

Adoyai... tetiba dh malam2 ni minta apam bakar la pulak. Serius tak pernah buat sbb saya tak makan. Dari dulu dia dok explain apam bakar tu mcmana tp saya tak paham2 jugak. Tak pernah pula dia minta buatkan. Agak dh dok jauh ni.... tekak tu mcm2lah teringin.

Alaaaa tolong la yang. Nak makan apam bakar.

Bila?

Sekarang laaa...

Isteri yg menurut perintah teruslah ke dapur. Tp best.... kalau teringin benda tiba2 gini memang semuanya ke dapur & masak sama2.

Oh ni mmg favorite dia. Masa kecik2 atok dia selalu buatkan untuk dia. Dia ni memang suka kuih2 lama. Bak kata makcik dia, "kuih takde masa depan"! Kikiki....

So kami pun google la bahan2 & sukatan. Ada jumpa 1-2 resipi... tp adunan byk sgt. Kami cuma nak makan 4 beranak aje. Adjust sana sini. Alhamdulillah menjadi :)

Puaslah hati dia. Malam ni dia tido lena dgn apam bakar tgh mengembang dlm perut. Kahkahkah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Plants vs Zombies

Hmmmm..... sangat2 chronic! Both the kids (especially Hadeef) and Baba. Kalau dah sibuk layan game ni sampai penuh emosi & gamat satu rumah.

This Plants vs Zombie is a PC game, download from the Internet. Diperkenalkan oleh my cousins, the AMIR brothers. Budak2 ni la dok ajar my kids this game. Kalau dah ke rumah my aunt, memang dah takde keje lain la dok ngadap benda alah ni aje. 

Pencetus... hahaha!
Amir Irsyad ~ Amir Ikhwan ~ Amir Iqbal ~ Amir Ikram

And one bosan day, tetiba jek Hadeef soh call Cik E-am dia. Hadeef nak tanya nama game tu apa. Haish la.... sampai mcm tu sekali? Mamat ni mmg kalau pasal game, payah nak negotiate. Mommy baik hati pegi la download for him. And now... dah menyedap tapi tak puas, mintak full version pulak. Byk cantik?? Euro 16 hokkaayyy.....!!! Malam sikit.

 

 
 Muka suspend la kalau sampai this part. Dah start dah.... Help! Help me Baba!

 
 Focus habis!

 
 Aaahhh!! Aaaaa! Baba!!! Aaaaaaaaa!
Geram betul! Grrrrrrr.....

 Hah... kalau menang.... mcm ni la muka :)

 
 Tapi kalau dah macam ni......

 .... muka jadi gini siap ngamuk2. Adoi!

Nak dijadikan cerita, semalam we all nak cari souvenirs kat one shop ni, lalulah kedai2 kat situ, boleh pulak ternampak ada baju Plants vs Zombies tergantung kat luar kedai. Apa lagi? Menjerit2 la si kecik tu... "I want that shirt mommy!!!" Bila masuk kedai, staf kat situ un pelik agaknya, apsal la mamat ni suka & excited tahap max.

 
 Cool kan? Tak sangka ada la pulak t-shirt ni. Makin menjadi2 laa..
Jalan jealous yek Cik Amir, Cik Iwan, Cik Bal & Cik E-am :P
 Budak besar takde size. Hikhikhik!
Tapi mungkin Cik E-am puna ada. Nanti Dideep belian kalau ada ok. Kitakan geng!

 Untuk KakaCha

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 27, 2012

Mystery Village & Film City

Last winter, we went to the Mystery Village & Film City in Zekreet, Qatar. Saja nak experience driving in the dessert & jenguk tempat2 kat Qatar ni. Bila lagi kan? Agak mencabar juga..... mengharapkan a few GPS coordinate, main redah jek... bukan ada proper road pun. Alhamdulillah.... semuanya selamat & we had a great journey. 

Subhanallah.... memang indah sungguh permandangan..... permandangan yang sangat2 berbeza.

Jalan menyusuri tepian pantai.... dengan cuaca yang sangat indah.

Umar ~ Azrey ~ Rahim
Ada mcm Westlife tak? Hehe...
Kadang daddy2 ni keluar kete nak perhatikan keadaan sekeliling. Ada jugak rasa mcm nak tersesat. Ada jugak sampai kitorang tahan polis yang ronda2. Tapi kalau dah kat kawasan mcm ni.. nak guide pun payah. Main tunjuk2 hala tuju jek la.... ntah ye... ntah tak. Tawakkal je la.

Convoy 3 kereta.... sampai di Mystery Village


Angin punyalah kuat. Sampai takut nak buka mata. Asyik masuk pasir aje.

Baba & KakaCha je la sibuk nak naik sampai atas tu. Mommy & Dideep tak kose!




Daddies & kids... yang lain dah berlari sana sini

The mommies ~ Me, Aida & Zarina




Next.... jom layan pix at Film City pula...

 Mommy & BumbleDideep :)

 Sampai2.... kita pekena Chai dulu

 Kalau part ngeteh ni mmg the boys jek la yang layan.

 View from above

 

 

 


 
 
 KakaCha pun seronok. Byk pix yang dia amik

 4 of us!


 

 

On the way nak cari masjid, we all ternampak byk 4x4 kat tepi2 pantai tu & dari kejauhan nampak ramai dok layan para-sailing. Oooo kat sini rupanya port diorg. 

 
 The para-sailor

 
 The kids sempat lagi main kat playground next to the mosque. 

Sebabkan we all tak dapat nak cari tempat yang sesuai untuk picnic, so we had our lunch kat McDonald's & Domino's Pizza. Budak2 kalau dah nampak fast food, dah taknak makan lain. Yang sebenarnya nak main tu lebih dari nak makan. Bekal for picnic kitorang makan dalam kereta... perjalanan pun jauh. Takde pokok2 nak berteduh kat tepi pantai tu.. memang cuaca sejuk tapi tak dapat nak tahan terik sinaran matahari... fuhhh, karang migraine menyinggah susah pula. Beringat sebelum kena.

 
Mula2 cecah kaki dulu.... nak dapatkan feel.
Lepas tu dah mula rasa syok! Budak2.... mcm tu lah

"Mommy, mana baju swimming Hadeef? Nak tukar baju!"
Ooopps! Sorry deep, mommy tak tau ada aktiviti nak berendam kat air. Mommy tak bawak. Oh haru betul la. Serius tak tau nak bermandi manda kat pantai. Baba yg tukang plan tak bgtau. Adoi.... member dah bengang la tu ngan mommy :P

 
Bapak2 & ibu2 shj yang tak main air...

 Nak sangat.... awak pakai jek la sentot tu. Lepas tu baru tau sejuk kan?

 Sejuk, sejuk jugak.... instead of berendam, kita cari seashells best jugak!
 Happy kids....

Fun! Fun! Fun!