you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, December 10, 2012

Separuh Sedar


Separuh Sedar - Jipie PESAWAT
OST - Aku Bukan Haji

Seringkali
Ku biarkan khilaf menguasai
Ternyata sengaja aku abaikan semua
kewajipan hidup

Masihkah
ada ruang untuk diri ini
mengubah rasa gundah dan rasa kecewa
di dalam jiwa

Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu Oh oh..

Kini aku
Menyesali perbuatan lalu
Ku tahu detik waktu
Tak akan kembali
seperti dahulu

Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu

Ya Allah
Berikanku cahaya
Tunjukkan jalan yang benar
Jangan biar ku terdampar

Jauh di sudut hati ini
Ku ingin mencari yang hakiki
Jangan biarkan aku alpa
Separuh sedar

Puas sudah ku cuba singkap
Erti hidup yang sebenar
Ku masih mencari cari
Erti sakinah yang abadi

Ya Allah
Ampunilah aku...

Jangan kau biarkan aku alpa
Separuh nyawa
Separuh sedar

Ya Allah
sedarkanlah aku
Atas dosa dosa lalu
Berikanku hidayahmu

Ya Allah
 Berikanku cahaya
Tunjukkan jalan yang benar
Jangan biar ku terdampar

Source

Thursday, December 6, 2012

Simple2 Jek....

Kenapalah tak tau nak dok diam? Especially on weekends yang sememangnya masa untuk berehat. Kalau dah duduk lepak2 tgk tv or layan aktiviti santai lebih sejam, memang ke dapur la alamatnya lepas tu. Haaa.... mulalah nak menggayakan apa bahan yang ada kat rumah & nak manipulate benda2 tu semua sampai jadi satu benda yang sedap untuk dimakan... yang penting, SIMPLE!

Masa buat ni, we all ada play-date nak main rugby touch ngan 2 lagi families at the park. Memang langsung takde plan nak picnic or masak2. Paling kuat pun bawa air & some snacks. Oleh sebab dari tengah hari dok bersantai jek, saya pun ke dapur & prepared this. Nama tak tau apa sbb main belasah jek :)
 

 Pastry sheets

Heat some olive oil. Stir fry the sliced sausages + spaghetti sauce + pepper + salt
Spoon onto the pastry sheet (half) + cream cheese + add more sausages


 Sprinkle some mozzarella cheese on top


 Bake for 15-25 minutes at 160 degree celsius
Agak2 la... janji sampai masak, by looking at the pastry

Boleh makan ngan chili sauce or mcm tu jek :) Nyums!

Simple kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jatuh chenta....



... sama ini benda! Glade candles. Bau syioookkkk sgt!


 My choice... just love the berries smell :)

 ..dan bau yg ini sgt cool!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 2, 2012

Durian Crepe di Doha




Alhamdulillah..... dapat juga merasa. Selama ni tumpang tengok je kat food blogs.
Yummeh!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

Sambal Telur Hancur

Ni salah satu menu kenangan & menu favourite di sekolah asrama dulu. Kitorang makan ngan roti putih 4 segi tu je. Dulu masa di sekolah, apa yang disediakan di dewan makan, memang makan aje. Tak boleh mengada-ngada nak memilih. Sebenarnya banyak menu2 yang best dan sampai sekarang kadang tu dtg rasa rindu nak makan lauk2 / hidangan zaman sekolah :) 
 
Awal malam tadi, hubby soh masak ringan2. Kami mmg selalu tak dinner sebab hanya makan berat sehari sekali aje. Tu pun sebab timing.... balik keje 3 lebih sampai rumah, terus makan lunch merangkap dinner sekali. Bila dah malam tu... kami makan roti, shawarma, buah-buahan atau kadang minum air panas cecah biskut je :)

Bukan main suka lagi hubby bila masakkan dia sambal telur hancur ni. Walaupun simple je, beria2 juga dia makan... saya pun sama. Hehehe...

Mudah saja nak masak. Tumiskan 1/2 biji bwg besar yang telah ditumbuk halus & 3 sudu besar lada kering. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kemudian pecahkan 3 biji telur & gaul sebati hingga masak. Jangan terlalu kering. Sedap dimakan dgn roti atau nasi panas.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Popcorn Maker

Last week masa nak beli mixer, si kecik Hadeef boleh pula ternampak popcorn maker ni and minta Baba belikan. "Hadeef nak buat popcorn sendiri kat rumah. Alaaa... senang je!" Ewaahhh..... kemain lagi yek. Nanti mesti mommy pun kena terbabit jugak kan?

Actually, I can say... most of kitchen gadgets kat sini memang affordable & banyak choice. Macam2 gadget ada di jual kat sini. So, petang tu dapatlah si kecik tu popcorn maker. Suka dia!

Bila dah beli tu memang tak sabar nak try tapi mommy dia.... 
"Nantilah... Nantilah.."

Pic from Google
Corn Kernels

Dalam machine ni, tak boleh letak bahan2 lain. Hanya corn kernels sahaja!
Nak letak perisa apapun... dah meletup2 nanti baru boleh gayakan popcorn tu kat dlm pot lain.

Haaaaa...... tuuuu dia! Popping!
Masa ni budak 2 org tu punyalah excited :)
Tapi mommy dia cam agak cuak... hahaha!

Hasilnya.....
Lepas tu kami gaul dgn butter, sugar & honey

Buat homework sambil makan popcorn. Yeay!
Lepas ni kalau ada charity sale, kita jual popcorn ok gak kan? Hehe....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Save our Brothers & Sisters

Ini bukan kisah baru...

Let us pray for our brothers & sisters

Let us do our part.... we can make a difference.. every little helps!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!








QUNUT NAZILAH

Sumber :  Fuzzree

Lagi info berkenaan Qunut Nazilah di sini 

Doa yang sesuai dengan musibah yang menimpa kaum muslimin di Palestin, Syria, Rohigya & di mana sahaja umat Islan ditindas dan doa untuk saudara-saudara kita yang berangkat berjihad untuk menolong saudara mereka yang tertindas di sana.
 


 SURAH AL FIL
Teruskan berdoa untuk mereka. Mohon pertolongan Allah kerana tiada yang lebih berkuasa selain Allah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Note : All images from Google

Sunday, November 18, 2012

Chicken Kabsah

First time cuba masak Nasi Kabsah ni... dipadankan dengan ayam panggang special & salad, sempena birthday Hadeef Eiman 12 November yang lepas. All members are happy... mommy pun senang hati :)

Resipi ayam panggang berempah ni, saya ambil dari Duhai Hati dan Yatie Memories. Cuma saya ada olah sedikit. Yang lain tu saya cuba masak / buat... dan alhamdulillah menjadi.

Jom tengok resipi...

Ayam Panggang Berempah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 sb rempah kari
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
1 sb minyak sayuran
1 sk serbuk lada hitam
2 sk gula
Garam secukup rasa
1 1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
(bahan* ditumbuk halus)

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam dan toskan 
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
3. Masukkan ayam & perap selama 2 jam atau lebih.
4. Susun ayam atas jaring dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Hidangkan ketika panas

 Ayam yang sudah diperap. Sedia untuk dibakar.

 Dah siap dibakar :)
Memang tak sabar nak makan!

Nasi Kabsah

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (dicuci, direndam selama 30 minit & ditoskan)
4.5 cawan air (sukatan air mengikut jenis beras / brand yang digunakan) 
6 sb rempah kabsah
4 sb minyak masak (sunfower oil / canola oil)
1 biji tomato bersaiz besar (dibelah 8)
Garam secukup rasa


Nota : 

Jika sukar nak dapat / beli rempah kabsah, boleh cuba buat sendiri seperti yang dikongsikan di sini : Homemade Rempah Kabsa

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan rempah kabsah 
2. Apabila mendidih, masukkan minyak masak dan garam
3. Kemudian, masukkan pula beras dan tomato dan kacau seketika
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak berderai. Kembur nasi perlahan-lahan.
5. Hidangkan panas-panas bersama ayam panggang, salad dan papadom



"Middle East Style" Salad

Bahan-bahannya:
1-2 pokok salad / lettuce / butter-head salad / apa2 yang sesuai (dicuci, toskan & dihiris)
2-3 biji tomato (dipotong dadu kecil-kecil)
4-5 batang cili padi (dihiris nipis)
2-3 batang timun hijau tua yg kecik2 tu /pickling cucumber (dipotong dadu kecil-kecil). 
      Jika guna timun biasa, 1 batang dah cukup
Image from Google

Cara-caranya:
1. Campur semuanya
2. Simpan di dalam bekas bertutup di dalam fridge

 Masa groceries shopping that day, ternampak sunquick pink guava & strawberry ni. So, belilah sebab nak try. Memang sedap minum sejuk2.... cam masuk sangat sebagai drink masa makan Chicken Kabsah. All are great combination! Alhamdulillah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

Rainforest Cafe for Charity

 
Today, Aryssa & all Year 3 children will be holding a Rainforest Cafe event to raise money to support the preservation of the rainforest. They have been studying rainforests in IPC and as part of the Exit Point. Budak2 akan jual cakes & smoothies to other members of the school. It's gonna be a fun.. fun.. fun day!

Punyalah excited Aryssa minta tolong mommy buatkan cupcakes untuk dia jual kat sekolah hari ni. Semalam pun they all outing pergi Jungle Zone kat Hyatt Plaza. Bukan main seronok lagi. Everyday asal balik from school je, mesti ckp... "Today is my best day ever!!". Baguslah both kakak & adik mmg have fun at school & enjoyed all activities. Alhamdulillah. Harap2 berterusan.

So, malam tadi... mommy dia & as usually everyone melibatkan diri sama2 tolong kat dapur, sama2 buat Lemon Cupcakes with Cream Cheese Frosting... and of course with assorted toppings :)


  
 Lemon.... nyums!
 
 In the oven....

 Taddaaaaa......!!!

 Ready to-go!
Happy selling sayang!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Susah senang....

be there for each other.

Yang paling penting... ALLAH sentiasa ADA untuk kita.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 12, 2012

hi-FIVE to Hadeef Eiman!

12.11.12.... syukur alhamdulillah. Muhammad Hadeef Eiman dah pun 5 tahun. Besar dah baby mommy ni :) Didoakan semoga Hadeef menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia & di akhirat. 

Dua hari sebelum birthday dia, minta belikan Tiramisu... favorite dia. Mengelat betul. Tapi apa salahnya kan? Takkan birthday je dapat makan kek. Sekali ngadap je... licin! Bagus.... tak payah simpan2, tak membazir. Kadang bukan apa... kalau simpan dalam fridge tu tak perasaan & last2 cik tong yang dapat makan. Singgah juga beli toys for him. Kalau dah hari keje / sekolah... malas betul nak keluar jalan2.

Tiramisu from Opera Patisserie

I am FIVE!

Hadeef memang peminat cake. Every week ada je idea dia nak buat kek itu laaa... kek ini laaa... Malam birthday, dah pukul 8 mala... tetiba, "Mommy, I want red velvet miiiii!" Amboi.... malam2 nak soh buat rv la pulak budak kecik ni! Alahai... tak sampai hati kalau tak buat. So... mommy & baba sama2lah ke dapur nak tunaikan request Hadeef. Nasib bahan2 semua ada.

Mommy's Red Velvet yg comot. Heheeeee...

Janji budak2 kata yummy... ok lah
TQ Baba tolong buat cream cheese frosting

Balik sekolah, mommy dah siap masakkan Chicken Kabsah utk birthday boy

Lepas2 maghrib petang tu ada pulak skrip... "Baba... today is my birthday. Kita tak pergi jalan-jalan ke?" Ehhhh... perlu ke? Amboi... demand tinggi betul la. So... kami pun layan je la... jalan2 kat Lagoona Mall & makan di Chili's.




Hahaha.... muka terkejut org dtg ramai2

Happy Birthday Hadeef!

All time favorite... Molten Chocolate Cake

Nom! Nom! Nom!

Aik!! Boleh pulak mamat ni sambung drawing