you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 30, 2010

Kebas

Kebas seluruh badan... dah naik ke kepala & muka. How can I not worry? People.... pray for me. I just wanna be healthy & happy.

...and I must thank this man...
the love of my life
 
 thank you, ba. i love u!

Saturday, April 24, 2010

Tetamu

Malam semalam kami sekeluarga menerima kunjungan Ustaz Fauzi Mustafa. Terima kasih krn sudi datang ke rumah kami.

Ustaz Fauzi semasa menjadi host al-Kuliyyah

Friday, April 23, 2010

Pelita

Love this song.. TAKKAN KU MENYERAH KALAH, walau mimpi ku musnah, harapan ku hancur, sayapku patah... I really need this. Kata2 semangat although from a song.


A.P.I - Pelita (Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi stakat ini

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

ulang Korus

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson

A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.

Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Thursday, April 22, 2010

Mummy... guitar, please!


Eicha suka sangat ngan musical instruments.. especially violin, guitar & piano. Asal nampak kat TV or even time jalan2 kat shopping malls, sure dia tanya, "mummy, bila nak belikan Eicha tu?"... "bila nak anta Eicha gi music class?". Aiikk! Sedap jek tanya mcm tu. Dah survey violin pun, kurang2 RM380 and above. Nak sangat piano, saya dah beli keyboard besar gedabak time sale kat Carrefour. RM99... puas hati. Main la puas2 yek. Now tgh musim nak maik guitar pulak. Asal pergi rumah tok bak, sibuk ngendeng nak main guitar Uncle Jijol (mancoi's brother). Kalau betul pun Eicha nak blajar, pk2 suruh Jijol jek la ajar dia. Beli satu guitar tong for kids.... class on!


Wednesday, April 21, 2010

Without Title

As I grow older... makin byk cabaran & dugaan. Tak pernah terfikir.. tak pernah rasa yang saya tak dapat close support zahir & emosi. Mak ayah... I really really need you. I miss u. I don't have a true shoulder to cry on. It is my "heart secret". Kalau dulu boleh jek share ngan org2 dekat. Cam best jek rasa release, but I miss that feeling.  Love is "not so" around me.

No. I'm not OK.

I never thought that depression will feel like this... or even worst, i don't know. Apa yang saya tahu... now dah semakin kritikal. Memang secara zahirnya tak ada "penyakit serious".. (Alhamdulillah).. atau "penyakit serius" dah pulih... (Alhamdulillah).. dan yg ada sekarang adalah kesan dari yang dulu2. Org boleh suruh saya jadi positif... dan saya boleh jadi positif. Tapi org tak boleh jadi saya... saya pun tak boleh jadi org lain. Mental saya boleh jadi terlebih2 positive sbb Eicha & Dideep. Tapi kenapa budak 2 org ni sepatutnya yang boleh mengubah dunia saya jadi indah, masih tak cukup.

Ya Allah.. kurniakanlah aku ketenangan jiwa, kasih sayang sejati serta kesejahteraan & kebahagiaan dunia & akhirat.

Sunday, April 18, 2010

Emy & Harris

Satu lagi couple portraiture berjaya disiapkan hari ni. 
Banyak jugak gambar mereka yg sempat hubby snap.
But my part... agak lewat settlekan gara-gara PC buat hal.
Nasib baik tak lesap semua gambar2 dalam tu.

Emy & Harris...hope both of u like it.

Saturday, April 17, 2010

Kota Iskandar

Sepetang di Kota Iskandar, Nusajaya. Dah lama Nusajaya ni wujud, baru sekarang nak menjenguk. Mula2 nampak building kat situ... me & hubby muka confuse jek. Terfikir benda yg sama. Sekilas pandang, nampak macam Bangunan Sultan Ibrahim (banguna  kerajaan negeri yg lama), seketul tu dipindahkan ke situ. Basicly mmg seakan2 bentuknya. So far, that area masih byk yg nak dibangunkan. Kemudahan pun belum cukup Setahun dua lagi maybe dah jadi lain... lagi best kot.


Pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan Johor

Johor Flags
Dari Zaman Temenggong Ibrahim 1853 - now
Posing ngan Dideep jek sbb Eicha dibuai mimpi dalam kereta

Thursday, April 15, 2010

Sugar

Tuesday, April 13, 2010

SHIP

Very true....
Cute!
Courtesy of Memory Lane

Monday, April 12, 2010

Khalis & Jaja 4.4.2010

Our first wedding job... every simple & sempoi. No printing - cuma burn dalam DVD jek sbb ikut budget Khalis & Jaja. Furthermore, katanya belah groom nak sempoi2 aje & limited budget as the bride's side dah pulun habis :) Anyway... kami dah buat yg termampu (masa nie kepala masih weng-weng lagi). Hope the couple like their pictures. One more surprise waiting for both of you... tungguuuuu....!

Mudah2an after this dapat snap more precious moments... ooohhh... i'm loving it! More portraiture job ahead...  I can't wait :)

Selamat Pengantin Baru
Khalis & Jaja



Friday, April 9, 2010

Finally...

.....no more Carlsberg :) 

Dapatlah saya belikan utk orang tu.... nak tak?
(hehehe... lagi mau tanya)


Fernando Torres in the New LFC Home Kit 2011
Photo courtesy of Liverpool FC

apakah MAKNANYA?

Khamis baru nie telah bekerja hingga larut malam untuk Annual Awards Dinner 2009... BEKERJA ye... bukan datang utk makan (dapat makan 4-5 sudu shj sedangkan ada 8 courses), pakai cantik2, borak2 bergelak ketawa, enjoy the show or dapat award. Like this industry... dah mmg dinner & awards hanya utk agents. Tapi apa2 pun saya happy dapat sama2 with other committee members menjayakan this event.Ramai juga yg kata... "kira bertuah la you ada this year, bersyukur, ada juga org nak take serious about this event. Kalau tak, org sibuk dinner... you dalam hospital!". Dah 2 awards dinner & 1 celebration dinner saya missed.

We organized everything from A-Z. Suka.... terubat rasa rindu nak kerja di hotel cam dulu cuma now I'm the "client" :) Yang best this time, hubby pun on duty during this event as photographer. So, barulah dia tau & percaya yg saya makan takat tu shj during dinner & saya bekerja bagai nak gile berlari sini sana. Dinner 2 tahun lepas... dia pelik saya balik tgh2 malam cakap lapar mcm nak pengsan.... haaaaa... sekarang dah tau kenapa kan...?


Backdrop artwork by Rais
Theme : Sweden & Norway 
(follow the destination of the Summit Club Convention)

Busy selling the Budimas Charity tickets. 
We sold about 50 books (250 tickets)... Yeay!

May, Me & Kay

Tuesday, April 6, 2010

Najwa's Birthday

3 April - birthday my niece, Khamila Najwa. Takde la buat party beria pun... just panggil member2 sebelah rumah saja. Happy Birthday Wa!



 Tak abis2 with her bubbles

 Kalau Dideep memanjang cengeng cenggini... 
mcmana la nak ada adik?!

April pun byk birthday kengkawan. Happy birthday to Kak Sha, Awie, Didie, Makda, Zai, Ilie, Kak Faezah... dan yg lain2.

Happy 1st anniversary to Ika  4/4 & Makda 19/4 gak :)

Friday, April 2, 2010

New Haircut

New haircut for Dideep. Gunting kat Mamak je. Saya tak teman dia sbb kalau diteman mummy... mengada2 & merengek2. Saya & Eicha tgk dari dlm kereta. Inilah hasilnya... his first haircut. No botak head this time :)


Laaa.... rambut depan si kakak pun dah panjang jugak...

Iklan jap...

Saya kan sebenarnya kan.. selalu berangan nak jual makanan (saya suka & enjoy memasak) tapi taknak bukak kedai makan. Kengkadang bila masak di rumah, beria2 umpama memasak & menghidang utk pelanggan. Hahaha... berangan lebih. I love to cook for guests menjenguk ke rumah jugak... itu yg paling saya suka. Kalau sihat & berkesempatan... makanan sedia saya hidangkan :)
Spaghetti Carbonara with Chicken Meatloaf & Mushroom
(Dinner - last  Sunday)

Thursday, April 1, 2010

Selawat Syifa & Mengubat Migraine

 

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 
 From Darussyifa Online
Bacaan Asas 10 Pertama & Rangkaian Zikir


Yang ini pula info from Syifa Al-Hidayah - ayat2 utk ubatkan migraine:

Nama Migraine
Kategori Fizikal
Pengenalan Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.
Sintom 1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT MIGRAINE:

(Pesakit hendaklah berjumpa Haji Luqman terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Naml ayat 71 hingga 81, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan Hj Luqman)

Address & Contact : Hj Luqman - Syifa Al-Hidayah