you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 9, 2011

Worry

Hadeef dah batuk 3 bulan. 2 minggu teruk, 3 hari baik, pastu batuk balik. Balik2 bagi makan ubat batuk, selsema, etc. Last weekend mcm jadi makin teruk. So, bwk dia pegi his Paed kat Puteri. Lendir dah byk & bertakung. Dahnk masuk kd paru2. Telinga, hidung & tekak semua merah. Alhamdulillah tak teruk sampai kena asma or sakit2 yg serius. On medication for 2 weeks. Hopefully Hadeef dapat recover sepenuhnya, Insya Allah.

Apa yang merisaukan, cikgu dia everyday complaint yg Hadeef cam penat & letih jek dlm class. Dah 3 weeks dia asyik nak tido jek dlm class. Pastu thari bangun for lunch, mandi, pastu nak tido balik. Cikgu dia siap soh bwk gi baby massage takut alignment urat2 dia ada silap ke. Lately pun mcm malas nak gie skola. Kalau pegi pun tak nak pakai uniform, sukati nk pakai baju main. Pastu soh cakap kat teacher, *Hadeef nak sleep tau mommy*. Alahai, kesiannya. Tak tau la penat / ngantuk sbb ubat ke, sbb mlm2 tido lambat kol 11 ke (mmg tak tau nk tido cepat budak2 ni), penat sebab cuaca panas & berbahang ke (yg ni mmg contribute sbb kakacha, baba & mommy pun sama)... ntah laaaa. Cikgu pun siap pesan jgn jalan2 sgt, dok rumah jek. Hmmmmm...slalu dok rumah pun. Mungkin time2 cuaca panas nie pulak byk kena kluar rumah. Coming weekend lebih mencabar, dgn wedding kat Muar & follow up treatment in KL. Harap2 cuaca ok & sihat wala'afiat.

Hadeef, get well soon dear. Biar mommy sakit, jgn awak. Insya Allah, diberi kesembuhan. Amin

Wednesday, May 4, 2011

Geram

Malam Isnin
Eicha : Mommy, Cha sakit perut... (dgn muka mencebik & merengek2)
Mommy : Ok takpe... tahan sikit je tu. Minum naik panas suam ni. No milk, no milo ok..
Eicha : KFC?
Mommy : Huh?! Jab lagi la makan... mungkin kakak tak buang air ni... perut pun keras

Pagi Selasa
Baba : Kakak... bangun cepat. School!
Eicha : *Drama... Drama* Aduh... sakitnya perut Cha mi...
Dideep : *Muka boring... selamba & malas nak layan. Drama sungguh kakacha ku ini!*
Mommy : Takpe.. nanti baik. Pakai je uniform, nanti kat skola baring dalam TV Room je. Nanti mommy ckp kat teacher. Mommy byk keje. Tak bole cuti.
Eicha : Nak ikut pegi opis
Mommy : Haa! Mana boleh. Nanti boss marah
Baba : Cepat la kakak.... Baba lambat nanti
Eicha : *Pegi mandi sambil nangis & minta bawak bekal ke skola*
Berjaya pegi skola....

Petang Selasa
tot tet tot tet... Baba berbual ngan teacher
Baba : Teacher B kata pagi tadi Eicha tido sampai tghari tak bangun2. Bila kejut cakap class dah nak start & between class pun buat tak tu jek. Penat sangat agaknya. Composition buat after lunch... betul semua. (Nasib baik... kalau tak mau mommy jadi singa!)
Mommy : Kakak kenapa? Masih sakit perut lagi? Jom jumpa doctor
Eicha : eh mommy... takyah.. takyah. Eicha dah ok.
Mommy : Abis tu... mcm sakit sgt jek?!
Eicha : Hehehe... Cha sakit sikit jek...
Mommy : Abis tu... berlakon jek la tu... konon2 sakit?!!
Eicha : *Angguk2 sambil sengeh2*. Hehehe... Cha penat, Cha nak holiday... nak tido. Hehehe...
Mommy : *Menjeling... geram!*

Wednesday, April 27, 2011

Coloring Contest

Ahad lepas ada coloring contest kat office saya. So, bawa la budak2 utk join & konon nak support co. activities. The kids had so much fun... selain coloring, they spent 2 hours on safety briefing & practical. Good for parents too.
Intro - Chicken Dance

 Aryssa, Nurrin & Najwa
 Ni lah dia "Hadeef Kepit"
Asyik nak berkepit jek ngan mommy dia... not cool!


Practice dulu @ Parent's Waiting Room sambil Baba & Mommy tgk movie :)


 Safety Briefing & Practical - Real Case Scenario




 Lunch - McDonald's

 The Coloring Contest

Wuuisshhh... siap bukak kasut
Tak padahal Hadeef jadi "Mat Kacau" jek
Yg boleh bertanding for prizes cuma 5-12 tahun jek

Kira ok la tu KakaCha.....

Yang ni gaya mmg lebih...
 Color dengan mulut2!

 Dah penat sampai baring atas riba sambil color
Boring agaknya apa ke besar sgt "ephephent" ni color tak abis2!
... and now gaya cangkung pulak
Kira ok la tu Hadeef color at your age yg baru 3+
Mommy bagi A :)

Kami tak tunggu sampai event habis.. terus balik, tak sanggup nak tunggu until 4pm. Ramai budak2 yang tak sempat nak siapkan... masa cuma 35 minutes. Frust jek masing2. Takpe la.... janji enjoy sudah

Saturday, April 23, 2011

GALAXYs

Terima kasih larling for the tab. Sama2 dari saya atas pemberian S9003 kepada awak. I lap U @>->--

Monday, March 14, 2011

hARder

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Lailahaillah...
Allahuakbar!

My health ada sikit improvement on energy level walaupun my body imbalance & vision are gettig worst. Syukur Pada-Nya. The Meniere's & Vertigo will take loooong time to recover 100%. Consuming BetaSerc16 & then to BetaSerc24 perviously not helped much... main problem tak dpt settle, cuma dpt control sikit shj. Dan balik2 asked to makan ubat tidur.. gila tau! Sape nak ubat tido (mcm2 jenis saya ada), dipersilakan. Sangat2 takut kalau jatuh. Jalan mmg tak kuat (kaki sangat lemah & mcm ada electricity dalam kaki). Ya Allah.... lindungilah aku... berikanlah aku kekuatan.

Lately buah hati saya selalu kena kerja tak tentu masa. Sabtu dah la mmg kena kerja, Sunday pun kengkadang kena keje, ada hari yang kena keje sampai 10.30mlm & hari2 yg lain meeting ada yg sampai kol 8 mlm. Apakah? Berpada2lah kalau yek pun. Sometimes org2 atasan nie tak pkkan staff, mcm dirog takde family... atau tak pk langsung pasal family. Life... daily life like ours, mmg depend on dia. Nak amik anta ke skola & ke tempat keje... terkejar sana sini. Karang kena minta simpati org tolong fetch my children latest kena amik 6.30pm. Kalau keadaan darurat, terpaksa tebalkan muka minta cikgu bawak balik Eicha & Dideep. Alahai kesiannya. Eicha slalu cakap... kenapa Eicha dtg skolah mlm2 (pagi kol 6.45), Eicha first sampai pastu Eicha balik last, dah gelap. Kalau turun kereta pagi2 tu, wajib tanya... mommy amik Eicha lagi berapa minit? Kesian kat Baba dia (sbb penat, tension, stress, no rest, etc) & kesian jugak kat budak kecik (slalu tanya Baba dia). Saya betul2 mengharapkan Allah beri kesembuhan & kekuatan... jadi saya boleh jadi independent mcm dulu, kuat & sihat... dapat uruskan semua dgn lebih baik, tingkatkan ibadah, dapat bantu dia... kuranglah sikit beban buah hati saya. Kesian dia. Tanggungan keje mmg susah nak elakkan.. Jadi selalunya kena korbankan pada yang lain. Kehidupan mmg begitu... dugaan Allah memberi kita kekuatan. Apa2 jua keadaannya... Ku Bersyukur... Ku Mohon perindungan dari-Nya. Semoga kami diberi kekuatan & kebahagian di dunia & di akhirat
 
...Rindu Untuk Bersama...