you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Aryssa Eiman. Show all posts
Showing posts with label Aryssa Eiman. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Rainforest Cafe for Charity

 
Today, Aryssa & all Year 3 children will be holding a Rainforest Cafe event to raise money to support the preservation of the rainforest. They have been studying rainforests in IPC and as part of the Exit Point. Budak2 akan jual cakes & smoothies to other members of the school. It's gonna be a fun.. fun.. fun day!

Punyalah excited Aryssa minta tolong mommy buatkan cupcakes untuk dia jual kat sekolah hari ni. Semalam pun they all outing pergi Jungle Zone kat Hyatt Plaza. Bukan main seronok lagi. Everyday asal balik from school je, mesti ckp... "Today is my best day ever!!". Baguslah both kakak & adik mmg have fun at school & enjoyed all activities. Alhamdulillah. Harap2 berterusan.

So, malam tadi... mommy dia & as usually everyone melibatkan diri sama2 tolong kat dapur, sama2 buat Lemon Cupcakes with Cream Cheese Frosting... and of course with assorted toppings :)


  
 Lemon.... nyums!
 
 In the oven....

 Taddaaaaa......!!!

 Ready to-go!
Happy selling sayang!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 25, 2012

Aryssa's Cooking : Kangkung Goreng

Alhamdulillah. Hari ni KakaCha upgrade lagi menu yg dia boleh masak sendiri. Just a basic Kangkung Goreng... Kejap lagi buka puasa.. boleh la rasa sedap ke tak.

Dari proses awal nak menyiang & membersihkan kangkung, menyediakan rencah & memasak... semua dia buat sendiri. Semoga minat memasak tu ada sampai bila2.... lagipun dah namanya org pompuan, kenalah minat & rajin memasak :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 30, 2012

One Day, One Book

Alhamdulillah... Aryssa dah banyak improved her reading in English. Kat sekolah memang kena kerah utk membaca (mommy sgt suka!) & everyday... they have "ERIC" ~ Everybody Read In Class masa dia in Year 2 dulu. Then, every week bwk balik 2-3 books utk baca kat rumah. Mommy & Baba kena monitor n write comments. Commitment & attention to her mmg berbaloi.

And now...One Day, One Book. Everyday ada buku baru. Once a week pun like before... diorg dpt pinjam buku from library. Selain tu must follow reading program online juga. Memang membantu. Dulu seawal 4 tahun + dia dah bole membaca in BM. Syukur. Semoga Allah permudahkan pembelajaran Aryssa & Hadeef. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 22, 2012

Eiman's Bathroom

Alhamdulilah... so far, so good. Aryssa & Hadeef dah mula tidur di bilik sendiri since last week. Memang susah mula2 nak pujuk sebab dah biasa tidur ngan mommy & baba. Dulu sampai tarik additional 2 katil single masing2 masuk ke bilik n susun sederet. Dah macam tidur kat hostel pulak. Step by step, dari tidur sama2... pindah ke katil sendiri walaupun masih di bilik kami. Now dah besar... kena move to next step.


Dan sekarang, nak suruh mandi kat bilik air sendiri juga. Jalan2 di Max & Center Point kat Barwa Village semalam, byk home decor for kids yg cute2. Nak pujuk slowly budak2 ni, so kenalah buat sesuatu yg akan buat diorg excited n happy. So Baba adjust sikit their bathroomn They just love the shower curtain & dengan serta merta terjerit dari atas... "thank you baba! Sukeee sangat!". KakaCha terus la transfer their toiletries from Baba's to theirs. 


"Nanti kita decorate lagi bathroom ni ok mommy! I wanna put some plants & the tiny cute cactus here!". Bersemangat sungguh! Bagus....

Then, bole ajar diorg clean the bathroom pulak. Weekend boleh la sama2 cuci. Slow2 nak ajar pasal responsibilities at home. Tanggungjawab bersama :)

*Little things that make them SMILE, make us SMILE....*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 18, 2012

Braids

Kalau nak soh mommy buat memang bole... tapi rupa mmg serabai la sebab tak berapa pandai nak buat kemas2. Masa gi beraya umah Auntie Herda dia... apa lagi, jadi mangsa kena melayan Aryssa nak soh braid her hair. Kemain suka lagi ada org tolong dandan rambut dia :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

They survived!

Eceehh... mcm baru first time pulak nak gi sekolah.

Bermulalah Term 1 for 2012/2013. Aryssa at Year 3 (Miss Charles) & Hadeef at Early Years 2 (Miss Ince). Both of them masih belum ada rezeki nak study at the same campus. Malas nak fikir sangat sbb agak tertekan juga split campus ni padahal siblings. Takpe la... Insya Allah next year Hadeef dpt pindah.

Alhamdulillah... first day at school tadi (padahal dh ponteng 2 hari!)... both of them ok n happy. Walaupun Hadeef ada sedikit drama pagi tadi.. bangun punyalah awal kol 5, bila time nak mandi n siap2.. boleh pulak dia menangis ckp nak holiday lagi. Amboi.. amboi.. x cukup2 cuti sampai 2 bulah lebih?! Nasib baik makan pujuk. Kejap je drama dia sbb dia tau kat sekolah punya best leh painting & do his artwork.

Semoga Allah permudahkan pembelajaran both of them... berjaya dunia & akhirat. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 15, 2012

Ukulele

Kalau dah minat, memang pantang... ada je yang teringin... ada je nak beli. C&M Danga City Mall mmg best. My sis' friend ada keje situ. Hubby try out ukulele that day... chords mmg lain dgn guitar. Aryssa pun cam suka je n Baba pun belilah satu.

And Hadeef... your drum set nanti2 lah ye. Much cheaper in Doha. Lagipun belum tau main lagi... nak gi music class pun no time.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

Setahun Sekali


Kalau nak ke saloon yg best sikit, memang tukang sponsor approved once a year jek. Kalau nak ikutkan diri sendiri... gunting rambut kat kedai nyonya biasa pun ok apa. Cuma nak ke saloon special ni pun sbb nak buat hair spa & treatment. Budak2 pun suka ke saloon Auntie Apple dia. Pandai memilih budak2 sekarang.


 Rambut Hadeef kemain panjang lagi!

 Aryssa dah ready nak soh Auntie Apple set rambut dia camana gaye

 Gunting rambut kat sini / kat Cute Cut mmg good boy. Cer kalau kat kedai mamak, nak masuk pintu pun taknak. Ngada2 mamat ni!

 Gunting mcmana pun, still maintain the same style.

 Kakak's turn

 Hmmm... dia yg nak sangat perm. Baba layankan je la. Bayar dah sama mcm mommy's hair spa & treatment. Kata setahun sekali... :P

 Hadeef kata KakaCha dah macam nyonya... Hahaha!
Notti Dideep!

 Tadaaaaaa!

 Suka laaaa impian tercapai.... Baba cakap ni last :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Aryssa & Ramadhan

This is the 4th Ramadhan for Aryssa.... yang mana dia mula belajar berpuasa di usia 4 tahun & hingga dia dapat bertahan untuk berpuasa penuh tahun lepas. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana agak mudah untuk latih dia berpuasa. Approach kami pada usianya 4 tahun mudah sahaja. Bercerita tentang Ramadhan padanya.... kemuliaan, keistimewaan & kelebihan bulan Ramadhan. Kalau nak ikutkan... semuda 4 tahun, agak kurang mengerti. Dan kami juga tak memaksa... kalau tak tahan, bolehlah berbuka. Mana tau anak kita merengek nak buka memang sebenarnya perut dia tengah pedih sangat ke apa kan? Tapi itulah, banyak faktor yang membantu.... environment, education, kat youtube & tv pun byk rancangan kanak2 yang highlight pasal puasa ni... mcm kartun Upin & Ipin. Saya rasa ada membantu juga. Lagipun sekarang ni yang saya nampak, memang kecik2 lagi anak2 dah mula berpuasa. Alhamdulillah....

Bila dah 7 tahun ni.... bertahan la dia berpuasa walaupun kalau dah masuk kol 5 tu ada la dengar....

"Mommy... lagi berapa minit nak buka?" (haaa... yang ni kadang setiap 10 minit dia tanya sampai la waktu berbuka. Letih nak jawab)

"Mommy... Eicha sakit perut la mi...."

"Mommy... boleh tak buka? Adik tu dah boleh buka...?"

Jawapan saya senang je...

Kenapa? Kakak nak buka ke?

Jawapan paling best sbb serta merta dia akan geleng kepala & diam atau dia akan jawab... "Tak la mi... Eicha main2 je.... apa la mommy ni..."

Memang mencabar berpuasa di Qatar berbanding di tempat sendiri. Jangankan Aryssa, org2 tua ni haa pun terasa hebatnya dugaan berpuasa di sini... dengan cuaca, masa berpuasa yang panjamg... tapi tak mengapa kerana Allah beri kekuatan. Malah lebih banyak masa untuk-Nya. Syukur :)

Selain berpuasa, banyak lagi ibadah lain yang kami nak fokus pada dia, lebih2 lagi bab solat 5 waktu. Bukan mudah.... tapi wajib kita jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Untuk Aryssa, memang belajar solat 100% di rumah. Masa tadika, di sekolah dia takde Islamic studies sebab ikut Singapore's syllabus. Di sini pun takde sekolah agama.... kelas fardu ain tu tak pasti la ada utk English / BM. Arabic dia masih baru belajar di sekolah. Dia dah boleh solat tapi sekarang nak lebih fokus pada bacaan dalam solat & untuk lengkap 5 waktu. Moga Allah permudahkan usaha kami & Aryssa Eiman sentiasa mendirikan solat dengan khusyuk. Ameen. 


 Source

رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّلوةِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَتِÙ‰ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Surah Ibrahim (14) Ayat 40

Perihal mengaji al-Quran pula, Ustaz Irfan ada datang ke rumah untuk mengajar Aryssa & Hadeef. Syukur dapat cari ustaz yang boleh datang & ajar mereka di rumah dan sebagai tambahan, Baba ajar pada hari2 yang lainnya. Baba & Mommy pun bole belajar Tajwid & minta Ustaz Irfan semak bacaan kami. Untuk bulan Ramadhan ni, Baba juga yang ajar mereka kerana Ustaz Irfan yang juga Mu'azzin di masjid berdekatan rumah ni ada tanggungjawab lain di masjid. Kalau leka.... pasti banyak yang lupa bila nak sambung mengaji lepas raya nanti. Lagipun nak biasakan mereka mengaji setiap hari & jangan lalai. Insya Allah.

Balik Malaysia nanti memang nak kena borong kitab2 sekolah agama... nak ajar mereka ikut syllabus yang betul. Harap Aryssa & juga Hadeef on track. Now support by buku2 agama bought from Internet & bookshops... ni pun bawa dari Malaysia.

Ya Allah.... permudahkanlah kami dalam urusan mendidik anak2 kami. Semoga kami sekeluarga sentiasa di landasan yang benar & berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen
 


 
 
 Hadeef Eiman @ Rayhaan by Rotana, Makkah
Rindu!!!
View from our hotel room in Mekkah. Subhanallah... indah sungguh :)
Gate 1 ~ King Abdul Aziz Gate, di penjuru Rukn Yamani & kelihatan penjuru Hajr Aswad & Makam Nabi Ibrahim a.s.

Sesungguhnya.... memang rindu sangat nak ke sini lagi
Aryssa pun almost everyday dok tanya... bila nak pergi Mekkah lagi?
Moga Allah beri kami keizinan untuk ke Mekkah untuk Haji & Umrah
Insya Allah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 24, 2012

School's Mag is Out!

Sedang membelek-belek majalah sekolah budak kecik ni.

Alhamdulillah... both of them love everything about the school so much, with lotsa wonderful friends and teachers. Looking forward for the next 2012/2013 term starts in September. But before that... enjoy your loooong summer holiday ya! Yippe Ya Ya!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 19, 2012

Aryssa's Term 3 Report

Alhamdulillah... she's on track :)

Syukur dia dapat catch up the Year 2 class. And surprisingly, French mmg kaw2 kena puji and most of the criteria were marked as "Mastering". Her French teacher commented that she has a very good accent. Haha! Dia mmg minat la kot French ni. Everytime homework ke... menghafal ke... nyanyi2 ke.. cepat je dia tangkap. Patut la kalau ajar mommy dia boring sbb mommy asyik lupa je n malas :p

Bulan 9 nanti dh naik Year 3. Cepat betul masa berlalu. I know it's going to be tough. Mana ada yang mudah... ye tak? Takpe la... kita sama2 usaha ok Aryssa.

Esok petang ada appointment with her class teacher. Nak discuss further about her performance, development & collect hasil2 keje dia kat sekolah. Dan sebenar2nya mommy dia yang excited & suka sangat pergi kelas dia. I just love her classroom... rasa cam nak belajar balik! Tapi lagi tak tahan dengan Hadeef's classroom. Terus rasa nak jadi budak2 again ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 16, 2012

Poetry Evening

Went to Aryssa's school for the Poetry Evening that day. Berkejar2 Baba dari office nak menyempatkan. Aryssa & Hadeef tengah nyenyak tido kat rumah... tukarkan jek baju & terus pegi.

Yang sorang masih dibuai mimpi, yang sorang masih blur!

Muka... habis mamai la! Haha...

Get ready

 Her good friend, Jessie~Ellen from Ireland
Solo Performance

 On stage... kemetotnya anakku!

One of the poetry by Aryssa & her Year 2 friends

Poetry by Year 1

with Jessie~Ellen

Dah Maghrib, jom balik!

We all tak stay to watch the second session. time break, we all cabut. Luckily Aryssa's turn awal. Nak balik solat & mamam. Although skola kat sini mcm2 aktiviti diorg buat, penat & terkejar2... mmg byk benefit budak2 dapat. Banyak beza walaupun baru beberapa bulan jek kat sini. Confidence level tu mmg nampak la improved in both of them.... and also other things. Approach yg sgt2 berbeza, balance with academic & others. Alhamdulillah. Peluang Allah beri untuk pengalaman mcm ni. Syukur :) At home, memang kena fokus Sekolah Agama punya syllabus. Balik Malaysia kena borong kitab sekolah agama for 2-3 years nye pelajaran. Nak kena follow juga selain belajar fardu ain, mengaji & tajuid here. Semoga Allah beri kemudahan & Aryssa & Hadeef mudah terima apa yang mereka belajar.

Wednesday, June 13, 2012

Jubah & Abaya

Dah nama pun duduk kat negara fadang fasir... memang byk choices of jubah & abaya untuk budak2. Memang geram je tengok especially for boys. Mana nak long sleeves... short sleeves... kain plain, belang2, color itu ini semua ada. Kalau tgk size for babies lagi la geram. Cute2! Asal pegi souq je mulalah nak beli for Hadeef walaupun tujuan asal nak beli jubah yg dikirim. Hadeef & Aryssa pun memang suka pakai, esp Selasa & Khamis sebab ada ngaji :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 6, 2012

Still in winter mode?

Haha.... Aryssa's winter coat is still there! Baru sedar tak hantar laundry lagi. Patut dah selamat simpan dlm cupboard diam2. Apa daaa....


Published with Blogger-droid v2.0.4