you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Cameron Highlands.... Nyaman!

This is totally a long due post :)

Alhamdulillah... dapat ke Cameron Highlands merehatkan minda semasa cuti balik Malaysia hari tu. Orang duduk tempat panas, bila cuti nak cari tempat sejuk :) Kami ke sana weekdays.. so memang aman & tenteram. Yang penting, budak2 happy.

Rancang nak bertolak awal pagi... tapi bila dah kepenatan, kami bertolak lewat. Dah nak masuk tengah hari baru nak gerak. Syukur cuaca masa tu redup, perjalanan lancar. Cuma bila dah mendaki dari Tapah, jalan berlengkar2... pusing2... pening la juga kepala ni. Yg x boleh tahan bila driver pun cakap dia pening. Tapi bila dah sampai ke destinasi... hilang semua sakit kepala.


Otw, kami singgah di Hutan Lipur Latar Iskandar. Dah mula rasa sejuk..... maknanya memang takde sessi bermandi manda kat sini. Bagi chance Aryssa & Hadeef cecah2 kaki kat air aje. Tu pun Hadeef dah tak tahan, "Eeeeeee.... jejuknye air ni mommy!!" Haha!


Kami teruskan perjalanan ke atas, menuju Boh Tea Plantation di Habu, Ringlet. Perjalanan lebih kurang 15 minit dari simpang main road.


Subhanallah... memang cantik sungguh permandangan. Sunyi... hanya kedengaran bunyi angin menderu-deru & kicauan burung. Nyaman... Aman... Damai...

Bila tiba kat situ, kami terus ke Tea Center untuk ngeteh. Hehehe... yang sebenarnya perut memang lapar sebab belum lunch. Kami makan apa yang ada dulu buat alas perut. Makan2... minum2.. di kaki bukit, udara nyaman... view yg cantik.. banyak syiok wooo! Yang paling saya suka kat sini, Strawberry Tart.... sedaaaaapppp sgt! Memang dasar hantu strawberry, hantu tart!Kalau dah sampai sini haruslah makan scones, chocolate cakes ngan teh.

Lepas makan, kami jalan2 sekitar Tea Garden. Baru memanjat sikit... dah semput. Maklumlah, perut baru je kena isi. So, takde la nak memanjat tinggi sangat.

Hadeef... Hadeef... botol susu tak lepas!

Memborong teh di Tea Shop. Macam2 flavor ada. Our favorite ~ Laici & Ros and Passion Fruit & Orange. For Iced Tea dah semestinya Lemon-Lime! Kalau pergi jalan2 masa org lain sekolah, mesti Aryssa tension sebab org suka kacau dia cakap dia ponteng sekolah. Dia kata penat nak explain yang dia tengah cuti sekolah tapi org tak percaya, tetap cakap dia ponteng. Hahaha...

Haaaa... episod ngeteh kami belum berakhir. Check-in hotel pun belum lagi. Dah terlanjur lalu di Cameron Valley Tea House ni, kami pun singgah.


Strawberry smoothies without milk was so yummeh!

Kami check-in kat Strawberry Park lebih kurang kol 4. Tiba di hotel, masing2 kepenatan.....rehat kejap. Tak ramai sgt except ada la nampak some Arabs....maklumlah weekdays.

Our room - spacious... simple & nice!

 

Early dinner kat Smoket Bear @ Garden Terrace sebab dah tak tahan lapar & malas nak keluar. So makan kat hotel aje. After Maghrib, we all pusing2 naik kereta. Lepas tu balik relax kat hotel... tgk tv... layan budak2 main games & zzzzzz....

The next day after breakfast, kami visit Butterfly Farm, Raju's Strawberry Farm, Time Tunnel Museum and Rose Garden. Lunch kami tapau nasi campur kat pekan Brinchang & makan kat hotel. Budak2lah yang paling happy dpt visit those places.

At Butterfly Farm. Kat sini bukan hanya tgk rama2 je... byk juga haiwan / serangga lain. Ada tempat pembiakan cendawan juga. Entrance fee : RM5 per adult / RM2 per child


Dua beradik tgh busy memetik strawberry kat Raju's Strawberry Farm.


Inilah hasilnya memetik strawberry...dekat2 sekilo juga!

Scones lagi..... hahaha! Tak abis2!
 Strawberry yang ni dapat free 2 boxes :)

Next..... Time Tunnel!
Entrance fee : RM5 per adult / RM3 per child
Seronok dapat tgk barang2 lama.... mengimbas kenangan silam

 


Cheeewaahhh! Cik Aryssa nak jahit apa tuuuu?


Suatu ketika dulu... kasut sekolah badminton master!

Love this! Ni sekolah zaman mak ayah kita nih...
Rotan bulu ayam! Heheeeee.....



Brapa mau?!

Oh the saloon!
Tuan kecik nak style apa?!

Jemput minum....

Rose Centre
Entrance fee : RM5 per adult / RM2 per child


Di Rose Centre memang kami tak round semua kawasan... dah penat. Kami terus ke Pasar Pagi untuk beli sedikit cenderahati, jagung & bunga. Dapat rasa cendawan goreng tepung & broccoli goreng tepung... sedap!

Borong roses....Aryssa sejak sampai dok tanya jer bile kita nak beli roses?

Ok... sudah2 la tu berjalan. Otw balik ke hotel, kami singgah pekan Brinchang untuk tapau nasi campur. Memang betul2 lapar masa tu. Lepas dah kenyang... dah solat... kami pun rehat kat bilik. Cuaca masa tu pun dah strat redup. Sedap betul tidur....

After Asar... kami meronda2 lagi kawasan sekitar & minum petang di Smoke House. Hujan renyai pada masa tu jadi kami ngeteh kat dalam. Tak dapat nak bersantai2 di luar.

 

 


 
The Lobby

Nak juga bergambar kat luar walaupun hujan renyai



Dinner kat Glory 78 Steamboat Snack Corner, Tanah Rata. Tak jauh dari Smoke House. Selain steamboat, ada juga Malay Cuisine & Western Cuisine. Harga berpatutuan... kebersihan tip top :)

Steamboat set for 2

 
Seronok Aryssa & Hadeef main masak-masak :)

The next day, after breakfast kami siap2 untuk balik KL. Agak rushing juga sebab dah ada appointment set earlier. Otw tu kami singgah beli sayur.

Dah ready to go back... layan main bubbles dulu!



Penuh satu kereta hasil balik Cameron....durian Ringlet mmg terbaeeek. Selonggok (8-9 biji) RM25 jer. Pening kepala bau durian dalam kete...nak wat camne....ada peminat durian dah setahun x jumpa durian. And campur dengan petai lagi. Adoiii... mmg bersabar sgt2! Malam tu kami makan serawa durian kat rumah Mama... Baba & Papa yang masak :) Alhamdulillah... dapat merasa durian sedap & dapat makan serawa. Nyumsss!

Azrey Rozie Eiman
Cameron Highlands ~ 28-30August 2012

Saturday, September 29, 2012

Raya-Raya KL

Tak abis lagi update pasal raya. Sikit je lagi :) Bukan apa... nak simpan kenangan beraya.

Dari Melaka kami terus ke KL. Memang dah susun some of the plan. Nak maximize the time & kalau boleh nak jumpa seberapa ramai family & friends jika diizinkan oleh Allah. Ptg tu kami ke rumah member di Bangi. Dah alang2 malam tu nak overnight di Seri Kembangan, dah dekat sangat kalau nak visit her & family. Thanks Teejay! Walaupun no plan nak beraya ke Bangi petang tu, dapat jugak jumpa... borak2 & makan2. Love the satay!


And from Teejay's house, sambung pulak dinner kat Red Wok - Section 7, Bangi with SIL & family. Agak tak kenyang2 yek? Actually, it wasn't about eating... it was about meeting each other, "chit- chat"ing, bukan selalu. For me, makan kat Red Wok tu biasa2 je. Tak pasti ala carte sbb we all ate the steamboat buffet. Ayam, daging, etc semuanya plain... takde yg marinated. So kurang ummpphhh la. Air pun air oren & air kosong. Alahai. Apa2 pun... syukur alhamdulillah.

Jam dah nak dekat midnight. Kami ada satu lagi 'appointment'. Nak jumpa (mesti!) Zarina & family.... Aryssa & Hadeef asyik tanya je bila nak jumpa Abg Amir, Asha & Didi. Member kenal kat Qatar, dah balik Malaysia for good. Happy for then sebab her hubby dapat offer kerja kat Msia.... negara sendiri manakan sama tempat org... ye tak? Walaupun sedih & sayu rasa hati kawan baik dah berjauhan. No more picnics, outings, lepaking, play dates & makan2 together. Takde la Aryssa nak overnight kat rumah Asha lagi :( Insya Allah.... lain kali kita ketemu lagi.


It's so hard to say goodbye.......

Malam pun dah lewat.... dah awal pagi pun. So..... balik & zZZzzzZzzZzZz. Esoknya, pagi2 we all bertolak ke Cameron Highlands. Just nak relaxkan badan & fikiran yg sgt2 penat... andfor "US" time! Will blog about our Cameron Highlands' trip later.

Pulang dari Cameron Highlands, kami sambung beraya kat KL semula. Menuju rumah mak angkat kami, Mama & Papa. Dapat makan ketupat, rendang & kari ayam... Mama & Papa masak. Saya masakkan Sambal Udang & my hubby masak sewara durian. Durian from Ringlet memang terbaik. Rezeki dapat beli masa nak balik dari Cameron Highlands. Sedaaaappppp! Ntah berapa ulas la hubby makan. Me... nak ikutkan hati, lebih 20 ulas pun boleh layan... tapi tetap beringat. Lama dah insaf dari makan ikut nafsu walau sedap mana sekalipun.

 
Agak.... semua buat hal masing2. Tgh fokus tgk TV cerita hantu!

Malam Merdeka, selalu dapat tgk fireworks clear view dari balcony. Tapi this time, nampak sikit2 je. 

Pagi esoknya, beraya ke rumah sahabat baik, Zaihasra. Member sama2 kerja di MAA. Sorang di JB, sorang di KL... tapi kami dah macam adik-beradik. Susah senang dikongsi bersama.

 
Thanks Aunty Jai... Eicha & Dideep suka datang umah Aunty Jai :)

Sempat lagi jengah reban ayam Atok. Sib baik tak terpijak tahi ayam. Hehehe

Dari Segambut ke Setapak... beraya ke rumah member sama belajar di Trolak dulu, Farahdina. Dekat 14 tahun jugak tak juma minah ni. Tetap maintain mcm dulu... slim melim! Tak sempat pula bergambar. Anyway, Laksa Johor ko masak sedap Farah... for first timer boleh tahan! Thanks sampai tapaukan Tumpi untuk Aryssa... suka dia :)

Then.... ke Kelana Jaya. Gathering dgn member2 sekolah. Ramai dapat jumpa at one point. Thanks Didie sebab sudi jadi host & semua yg contribute & hadir. Syukur dapat jumpa ramai2.

Adam Rayyan yang chomellllll!!! Kita sama la geng kuning :)

Didie, Me, Kak Chik, Ika, Ilie & Gjie
.... and Kay tak sampai lagi

Celebrate birthday Didie's precious. Happy Birthday Zaffran!!

Serius badan agak penat beraya dari pagi. Nak bersiram & guling2 macam rumah sendiri. So kami terus ke Gombak rumah makcik ku tersayang, Cik Lela. Budak 2 org memang suka la ke sini... ramai pakcik2 dia nak melayan diorang non-stop. Sempat lagi Aryssa belajar magic tricks from Cik Iwan. Sampai kol 2 pagi pun aktif lagi. And me.... harus (i like) kena basuh with my makcik untuk bagi kesedaran, kekuatan, motivasi, "tamparan", semangat, sokongan, harapan & everything... and yes, i just need all that. Terima kasih. I love you, cik! Cik = Mak :) ...and I love you cooking too... of course! Heeeeee..... memang dasar suka makan!

L.O.V.E.

Sabtu.... kami dah nak pulang ke JB. Nak ikutkan, memang byk lagi family & friends yg nak kami visit. Tapi apakan daya, kami mengejar masa & banyak urusan yang masih belum settle. Cuti pun dah sampai ke penghujung.


Sempat singgah KLCC sebab Aryssa nak sangat makan her fav Alfredo & Lasagne kat Milano. Tu pun tapau jek. Jalan2 kejap... then singgah rumah SIL di Seri Kembangan & terus ke Bangi, our final open house to attend.


Di rumah Kak Evi, dapat jumpa Mama & Am again :) Kak Liza & Ira pun ada juga. Sempat juga beraya rumah Kak Awa kat suti2 juga... org kata dah alang2


Happy Aryssa dapat jumpa Ardini


Alhamdulillah. Episod raya di KL selesai....