you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, September 29, 2012

Raya-Raya KL

Tak abis lagi update pasal raya. Sikit je lagi :) Bukan apa... nak simpan kenangan beraya.

Dari Melaka kami terus ke KL. Memang dah susun some of the plan. Nak maximize the time & kalau boleh nak jumpa seberapa ramai family & friends jika diizinkan oleh Allah. Ptg tu kami ke rumah member di Bangi. Dah alang2 malam tu nak overnight di Seri Kembangan, dah dekat sangat kalau nak visit her & family. Thanks Teejay! Walaupun no plan nak beraya ke Bangi petang tu, dapat jugak jumpa... borak2 & makan2. Love the satay!


And from Teejay's house, sambung pulak dinner kat Red Wok - Section 7, Bangi with SIL & family. Agak tak kenyang2 yek? Actually, it wasn't about eating... it was about meeting each other, "chit- chat"ing, bukan selalu. For me, makan kat Red Wok tu biasa2 je. Tak pasti ala carte sbb we all ate the steamboat buffet. Ayam, daging, etc semuanya plain... takde yg marinated. So kurang ummpphhh la. Air pun air oren & air kosong. Alahai. Apa2 pun... syukur alhamdulillah.

Jam dah nak dekat midnight. Kami ada satu lagi 'appointment'. Nak jumpa (mesti!) Zarina & family.... Aryssa & Hadeef asyik tanya je bila nak jumpa Abg Amir, Asha & Didi. Member kenal kat Qatar, dah balik Malaysia for good. Happy for then sebab her hubby dapat offer kerja kat Msia.... negara sendiri manakan sama tempat org... ye tak? Walaupun sedih & sayu rasa hati kawan baik dah berjauhan. No more picnics, outings, lepaking, play dates & makan2 together. Takde la Aryssa nak overnight kat rumah Asha lagi :( Insya Allah.... lain kali kita ketemu lagi.


It's so hard to say goodbye.......

Malam pun dah lewat.... dah awal pagi pun. So..... balik & zZZzzzZzzZzZz. Esoknya, pagi2 we all bertolak ke Cameron Highlands. Just nak relaxkan badan & fikiran yg sgt2 penat... andfor "US" time! Will blog about our Cameron Highlands' trip later.

Pulang dari Cameron Highlands, kami sambung beraya kat KL semula. Menuju rumah mak angkat kami, Mama & Papa. Dapat makan ketupat, rendang & kari ayam... Mama & Papa masak. Saya masakkan Sambal Udang & my hubby masak sewara durian. Durian from Ringlet memang terbaik. Rezeki dapat beli masa nak balik dari Cameron Highlands. Sedaaaappppp! Ntah berapa ulas la hubby makan. Me... nak ikutkan hati, lebih 20 ulas pun boleh layan... tapi tetap beringat. Lama dah insaf dari makan ikut nafsu walau sedap mana sekalipun.

 
Agak.... semua buat hal masing2. Tgh fokus tgk TV cerita hantu!

Malam Merdeka, selalu dapat tgk fireworks clear view dari balcony. Tapi this time, nampak sikit2 je. 

Pagi esoknya, beraya ke rumah sahabat baik, Zaihasra. Member sama2 kerja di MAA. Sorang di JB, sorang di KL... tapi kami dah macam adik-beradik. Susah senang dikongsi bersama.

 
Thanks Aunty Jai... Eicha & Dideep suka datang umah Aunty Jai :)

Sempat lagi jengah reban ayam Atok. Sib baik tak terpijak tahi ayam. Hehehe

Dari Segambut ke Setapak... beraya ke rumah member sama belajar di Trolak dulu, Farahdina. Dekat 14 tahun jugak tak juma minah ni. Tetap maintain mcm dulu... slim melim! Tak sempat pula bergambar. Anyway, Laksa Johor ko masak sedap Farah... for first timer boleh tahan! Thanks sampai tapaukan Tumpi untuk Aryssa... suka dia :)

Then.... ke Kelana Jaya. Gathering dgn member2 sekolah. Ramai dapat jumpa at one point. Thanks Didie sebab sudi jadi host & semua yg contribute & hadir. Syukur dapat jumpa ramai2.

Adam Rayyan yang chomellllll!!! Kita sama la geng kuning :)

Didie, Me, Kak Chik, Ika, Ilie & Gjie
.... and Kay tak sampai lagi

Celebrate birthday Didie's precious. Happy Birthday Zaffran!!

Serius badan agak penat beraya dari pagi. Nak bersiram & guling2 macam rumah sendiri. So kami terus ke Gombak rumah makcik ku tersayang, Cik Lela. Budak 2 org memang suka la ke sini... ramai pakcik2 dia nak melayan diorang non-stop. Sempat lagi Aryssa belajar magic tricks from Cik Iwan. Sampai kol 2 pagi pun aktif lagi. And me.... harus (i like) kena basuh with my makcik untuk bagi kesedaran, kekuatan, motivasi, "tamparan", semangat, sokongan, harapan & everything... and yes, i just need all that. Terima kasih. I love you, cik! Cik = Mak :) ...and I love you cooking too... of course! Heeeeee..... memang dasar suka makan!

L.O.V.E.

Sabtu.... kami dah nak pulang ke JB. Nak ikutkan, memang byk lagi family & friends yg nak kami visit. Tapi apakan daya, kami mengejar masa & banyak urusan yang masih belum settle. Cuti pun dah sampai ke penghujung.


Sempat singgah KLCC sebab Aryssa nak sangat makan her fav Alfredo & Lasagne kat Milano. Tu pun tapau jek. Jalan2 kejap... then singgah rumah SIL di Seri Kembangan & terus ke Bangi, our final open house to attend.


Di rumah Kak Evi, dapat jumpa Mama & Am again :) Kak Liza & Ira pun ada juga. Sempat juga beraya rumah Kak Awa kat suti2 juga... org kata dah alang2


Happy Aryssa dapat jumpa Ardini


Alhamdulillah. Episod raya di KL selesai....

Tuesday, August 28, 2012

Kawan mana yg tak happy...

... bila kawannya berhijrah ke arah kebaikan.. ke jalan Allah. I am a happy friend :) Syukur alhamdulillah. Semoga hidup dilimpahi keberkatan dari-Nya. Sama2 kita perbaiki diri kita bit by bit... dari masa ke semasa. Insya Allah.

Sempat singgah rumah TJ lewat ptg semlm. Sorry ler last minute & unplanned. Mana yg ada kat kawasan berdekatan... main terjah je. Nak jumpa member2 seramai yg mampu... kdg2 plan xde rezeki dpt jumpa. Terubat rindu..... Thanks TJ :)

Msg from Eicha:
Auntie TJ, kuih raya sebalang tu sedap sangat mcm nak pengsan!!! Mommy pun suka!
Hehehe.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Unplanned

Alhamdulillah. Semalam berbuka di Ming Court, M-Suites Hotel. Tup tup member baik rupanya berbuka meja sebelah. Punya la planned ntah berapa kali nak jumpa asyik x jadi je. Tau2 Allah temukan semalam :)

Balik Msia mmg nak jumpa seberapa ramai member2 yang sempat, dgn izin-Nya. Ramai lagi nak jumpa ni, especially yg kat KL.... ambil kesempatan Aidilfitri untuk visit each other. Insya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

Visit





Member dtg jenguk kami kat rumah thari tadi. Seronok dpt berbual... lama x jumpa. Thanks Awie! Sempat lagi make-up kan Aryssa. Insya Allah raya nanti leh jumpa lagi :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

Geng Sekolah

Oly & family came for dinner. Pagi td baru sampai dari Abu Dhabi. Holiday kat Doha 5 hari... nak jumpa kawan2 lama kat sini.

Masak sempoi lauk2 kampung je. Ipin pun dtg join sekali. Kalau dh berjumpa tu for sure la nak bercerita pasal kenangan kat sekolah & Kluang. Oh I miss school... everybody miss school I guess. And I miss my friends too :'(

Thanks Oly & Ipin... next time jemput dtg lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, April 6, 2010

Najwa's Birthday

3 April - birthday my niece, Khamila Najwa. Takde la buat party beria pun... just panggil member2 sebelah rumah saja. Happy Birthday Wa!



 Tak abis2 with her bubbles

 Kalau Dideep memanjang cengeng cenggini... 
mcmana la nak ada adik?!

April pun byk birthday kengkawan. Happy birthday to Kak Sha, Awie, Didie, Makda, Zai, Ilie, Kak Faezah... dan yg lain2.

Happy 1st anniversary to Ika  4/4 & Makda 19/4 gak :)

Saturday, March 27, 2010

Helmizan + Raziah = Haydar Dzikry

Inilah dia buah hati McKarp & Kak Chik - Haydar Dzikry. Congrats for the new born baby boy - born on 23 March 2010. Ni baru balik dari rumah Kak Chik. Excited pulak nak upload gambo si comel nie.

Welcome to the world, Haydar!


Tuan rumah sibuk melayan budak2 kecik... 5 STARs to McKarp!
Budak2 mmg suka part2 main buih sabun nih.
saya suka main buih sabun
gelembung bulat cantik berkilat
bila di tiup angin melayang
terbang tinggi sampai ke awan

sabun campur air kocak kocak
jadi buih
ambil buih sabun
lalalala lala lalala...... lupa ahh!

.... Eicha & Dideep dah tido... yeay! Nak sambung melayan movie di malam minggu with hubby.... our own sweet time together. Nite. Nite.

Monday, December 14, 2009

6th Anniversary 12.12 - all over the PLACES

Tik! Tok! Tik! Tok! Pejam celik pejam celik, dah 6 years rupanya :) Alhamdulillah. All the happiness semua kurniaan Allah... with my super hubby + Aryssa & Hadeef menceriakan suasana, mendamaikan hati, make me feel good. I'm a lucky woman. Last weekends activities byk sgt... berjalan2 merata & seronok entertained friends from KL.

Jumaat petang after work, dah start bersuka ria kat playground at my place.


Kanak2 riang

Malam tu pulak, kami ke Danga Bay. Pusing2 naik tram.


Dah penat berjalan, as usual (acara wajib) makan2 kat Tip Top Ikan Bakar


On our anniversary day....

Singapura... oh Singapura
Sunny island, set in the sea
Singapura... oh Singapura
Pretty island, bloom for u and me

Sentosa Island
Underwater World + Fur Seal Show, Luge & Skyride & jalan2 all around the island. Luge... tak dpt snap own pix la... suke sgt tgk Hadeef & Aryssa (both riding with us) excited. It was superb!. Hubby ajak pegi lagi nak naik puas2 without 2 org budak kecik... hehehe! Skyride... seronok also wpun rasa safety tak berapa bagus. Dengan Hadeef mengamuk kat atas tu (ingatkan takut, rupanya taknak baba dia pengang langsung!). Underwater world was too crowded. Nak jalan pun susah.... overall best sbb ada seal show. Earlier semua cam frust jek takde dolphin show. Never expected ada show lain... kira ok la although Aryssa dok menangis sayu & keep on asking "mummy, mana dolphin? kenapa takde?". Terpaksa la buat cite tipu ckp dolphin tu sakit la... kulit dia terkopek la... hahahhaha.

Hadeef yg tgh menangis di atas skyride and buat perangai taknak jejak kaki kat pasir. Sangat menguji kesabaran. 80% of the time, nak kena carry dia!

Poyo jek Aryssa with the map

Begging for lollipop.... always! Makan tak seberapa... janji dapat pegang

Our 6th years!



Ready for Luge!!!

Tak dapat snap own pix... bergambo kat sini pun jadilah....

Nice view from the Skyride. Thanx to Baba for this snap dikala tgh bz memujuk Hadeef

Run! Aryssa run! Selamatkan diri dari dilanggar Skyride!!! Benda nie tak stop langsung!


Dinner kat Victory, Arab Street

Posing 2nd time with Oscar - Songs of The Sea
Watched the show on 28 Nov... fantastic!

The show

Singapore Flyer. Tak naik pun... sebab mahal sgt la rasa. Per pax S$30... nanti2lah
Nie yg paling saya suka... our yearly event... berjalan2 di Orchard Road time X'mas. This year decor... so much, much better than the previous 2 years. Org dah la ramai gile. Yg tensionnya... battery spare bole tertinggal la pulak kat rumah. So dapat snap sikit jek kat sini... oohh... sgt kecewa. Malam tu sampai rumah dekat kol 1 pagi ngan jam kat causeway. Lepak habis!

On Sunday, had lunch @ Rahmat, Pasir Gudang. Yang special kat sini siakap & udang sbb fresh... padahal goreng cenggitu jek. Plus.... makan tepi laut mmg la best... tu bonus


Hadeef takde keje lain dok menggodak air + ais. Makan taknak! Geram!


At my sis' place

Hmmmm.... di tgh2 kesibukan weekend tu, 10 minit pun tak dapat nk luangkan utk beli cake & ala2 celebrate. Nie semlm after balik keje saya gi beli 6 slices cake from secret recipe (dah la balik lambat sbb menunggu org yg tak responsible pada keje sendiri utk submit keje dia pada saya... saya pulak kena tunggu + dah tak sempat ke chiro). Beli KFC jugak sbb mogok nak masak... penat!



KINI


DULU12.12.03 - Majlis Akad Nikah di Jalan Mariamah JB
.... ooh... rindunya pada keceriaan kat rumah tu...