Dalam saya menyambut Aidilfitri tahun nie dgn perasaan yg bercampur aduk (lebih kepada kesediahan yg terpendam) tapi air muka terpancar seribu kegembiraan demi untuk kekasih hati bertiga tu, rasa bersyukur kepada Ilahi tak pernah padam. Walau apa jua dugaan yg melanda, saya tetap tempuhi dgn redha & sabar. Syukur masih dapat menyambut Aidilfitri with keluarga terchenta. Kadang2 bila tgk org beraya ngan parents, rasa rindu pada mak & ayah tak terkata. Tapi apa kan daya... hidup dah tertulis begini. Al-Fatihah untuk mak ayah tersayang. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman & mendapat hidayah-Nya.
Thank you to hubby yg bawa kami beraya & make us happy as always. Just wanna share some of the pix. Gambar yg lain2 ada byk dah upload di FB.

2 weeks b4 raya, ada la buat kuih sikit (atas permintaan Aryssa).
Dapat la 5 jenis... dapat gak bagi supply to my sis & FIL rasa2 sikit :)


Malam2 ada la beberapa round kitorang main bunga api. Bila baba nak main mercun, baru 1 kali meletup, Hadeef dah nangis menjerit2 takut & lari masuk rumah dgn kasut2. Geram betul. So, melepas geram main mercun di rumah Tok Teh. Sakan & berlawan2 with rumah sekeliling

Malam raya every year mmg ke rumah Tok Teh (hubby's grandma).
Berbuka puasa & ada buat tahlil & bertakbir. Petang raya yg siap masak ayam utk hantar ke rumah arwah ayah for adik2. Aktiviti malam raya berterusan until 3 pagi... settlekan kerja merebus ketupat & buat sambal goreng (ni special, bukan sebarang sambal goreng... heheheh). Hadeef dah bermimpi tapi Aryssa masih celik... sibuk menyusun kuih rasa. Taknak tido lagi sbb nak tunggu ketupat... nak makan ketupat. Hmm... tak dpt la tunggu sbb 5 pagi baru masak. Last2 tertido jugak kol 3 pagi. Kesian...


Pagi raya kami di rumah dulu. Hidangan pagi raya kat rumah simple aje utk alas perut dulu (ketupat, sambal goreng, ayam masak merah & bandung soda). Yang geramnya ada dua org budak kecik buat perangai taknak makan betul2... ade ke patut pagi raya nak mameen(mlm tadi punyelah poyo nk tnguu ketupat)... layan...
Lepas makan & amik gambo family, kami ke kg melayu (rumah Tok Teh & FIL) sampai la kol 4 ptg.


Side saya, kami berkumpul kat rumah my sis, Kak Ani, di Larkin. Kak Ogy & my only bro Abg An takde... beraya di Kota Tinggi & Batu Pahat.... so, kami 5 beradik saje yg ada.


Raya ke-2 & ke-3, kami di Muar. Enjoy dapat visit sedara mara belah hubby & my dear frens (Mia & Huda - every year tak miss kalau diorang ada). Dapat breakfast satay & borong kopi 434... puas hati! Otw back to JB, kami singgah beraya kat Benut pulak.

Raya ke-4 beraya sakan dgn kawan2.... enjoynya... bestnya! Dapat hidangkan mee bandung & nasi bryani utk mereka (time kasih sbb sudi dtg beraya). Rumah2 yg lain pun makan sakan gak. Kenyang tak hengat... tapi sumbat tetap sumbat..... tapi takde la saya makan over acting as perut nie dah tak mcm dulu :P

Raya ke-5 (hari yg sangat dinanti2kan)... balik kampung... yahooooo!!!
Walaupun tak overnight, kami tetap enjoy. Everytime balik kg, paling happy bile tgk Aryssa & Hadeef suka & ceria. Kat kg macam2 ada.... suasana pun lain... makan... sedap tak bole challenge!

Balik dr kampung, mlm tu jugak kol 10+ siap sambung beraya ke rumah hubby's cousin. Sakan habis... masa di penuhi ngan aktiviti raya.
Raya ke-6, raya lagi ke rumah member2 & sedara. Raya ke-7, saya masak sikit nasi minyak, sambal goreng (2nd trip), daging resipi mak & sambal udang (bukan open house tau!) & jemput sedara & kawan rapat yg belum dtg beraya.
Raya kali mmg memenatkan tapi saya rasa happy & bahagia. Actually until today pening kepala tak hilang from raya ke-5. Kadang2 rasa makin teruk... cuaca kat JB nie panas tak tau nk ckp. Kat office pulak sejuk tahap gaban. Badan dah macam sayur sbb penat tak rehat. Kepala pulak pk byk... ni la hasilnya... weekend ni, no raya, no jalan2, strictly at home. Maaf kalau tak dapat terima tetamu this weekend sbb doctor nasihatkan saya berehat (yg real2 rehat) sbb terlalu penat & cam kena virus fever (mmg ada virus result from the test. alhamdulillah bukan virus yg serious tu). Dah demam 3 round nie dlm masa 1 week. Doctor siap dah bagi MC for this Monday (cool tak doctor nie?) sbb dia tgk keadaan saya... dia kata selagi saya tak dpt rest yg betul... saya susah nak baik. Tapi dah sah2 apa jua keadaannya... this Monday saya tetap kena kerja... ohh budget 2010.... boss tak pk lagi nak bubuh apa... apa lagi saya dgn kepala weng weng. Tapi tgk la nanti, as usual saya jugak kena pk & decidekan utk dia. Cam tak biasa, kan... kan... kan...

Hubby with buah hatinya

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga
To all... jemputlah datang beraya... tapi this year takde official open house. Rumah kami sentiasa terbuka untuk semua... tapi call dulu :)