you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 11, 2011

At 6.39pm

Mommy tgh mengadap tab & Dideep baru habis minum susu. Dia pandang tv.... boring sungguh Kakacha layan Nada Cinta. Bluwek!

Dideep   : Mommy nak tab :)
Mommy  : Jap
Dideep   : Alaaaaaaa (sambil mata Dideep memandang luar tingkap)
                Dah Maghrib laaaaa! Kena solat mommy!   
Mommy  : (Tersentap hatiku sambil pandang jam di dinding baru jam 6.39 ptg)
                Ok. Nah (No comment)     

Monday, November 7, 2011

John Travolta or Sinbad? .... with Nenek Kebaya

Hadeef's 1st & Aryssa's 3rd Concert Day.....

On the day itself, baru dapat tau (from the listing on the wall) yg Aryssa, again dapat Top Student Award. 3 tahun berturut2. Alhamdulillah. I know it was not easy as she need to compete with 150+ K2 students among all centers to be in the top list. Ntah kenapa tahun ni saya terlebih sayu, menangis dalam hall (nasib gelap!). Her baba was not around, mungkin rasa happy + terharu tu tak dapat dikongsi that time. Cuma dapat sent msg to him. Before concert bila tanya dia jek, "Kakacha this year dapat trophy tak?". Dia jawab, "Ntah mi, dapat kot?". "Tak tau la mi, cuba teka". Teacher dia pun sama, secret la konon mereka berdua tu.

All through the concert, I can see both of them very happy, especially Aryssa keep on waving her hand to me. Hadeef dalam diam rupanya boleh tahan juga on stage. Takut jek dia malu & stone, or silap2 menangis ke. Tak sabar nak tengok the DVD sbb saya duduk agak jauh from stage (datang lambat lah katakan...) + my telephoto lens tertinggal. Gambar on stage tak dapat snap.

Aryssa Darling & Hadeef too, I'm so proud of you. Semoga dapat maintain & improve from time to time, berjaya dunia & akhirat.




 Graduation for K2
 Top Student Award
(Awat la kain Aryssa mcm nak pi sawah?!)
 Alahai hero ketot mummy :)
 At back stage





Wednesday, October 5, 2011

From Eicha To Baba

Eicha dh pandai YM Baba buat pengubat rindu. Her 1st YM to Baba

Baba echa rindu baba i love you
Baba pergi dekat mana
Baba echa love baba
Echa tak noti
Baba echa takde makanan (Yg ni part geram. Padahal mommy tgh prepare food!)
Baba jawab la echa

Dia memang rindu baba the most!

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Buat Semua 
& 
Maaf Zahir Batin

... ikhlas dari kami sekeluarga...

Tuesday, August 16, 2011

Bakal Dirindui

Diam tak diam, dah masuk hari ke-16 Ramadhan. Alhamdulillah, masih mengejar kebaikan di bulan yg mulia ini. Aryssa pun dah banyak perbaiki diri, dapat berpuasa 12 hari penuh setakat ni. Syukur! Kuat betul semangat although kengkadang dia tak bangun sahur.

Last Friday sempat balik kampung sekejap utk hantar beras & duit raya. Every year bila sampai masa nak distribute, mesti saya jadi emosi. Rasa sedih & simpati pada nasib mereka especially bila melihat warga emas yg dah tak berdaya tinggal seorang diri. Aduhai.... luluh hatiku. Bawa Aryssa & Hadeef untuk turut serta, biar mereka tengok sendiri bagaimana org lain yang hidupnya serba kekurangan. Penuh keinsafan. Ya Allah, ku amat bersyukur dengan apa yang ku ada, dengan segala nikmat yang Kau berikan. Alhamdulillah.

For sharing, Insya Allah yang lain boleh sama2 join this program, Projek Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Berjaya mengumpul beberapa helai baju baru sebagai sumbangan untuk anak-anak yatim. Terima kasih pada kawan-kawan yang sama2 contribute for this project.

Selamat memeriahkan bulan Ramadhan dengan membuat amal kebaikan. Marilah sama2 kita perbaiki diri kita. Insya Allah

Oh Ramadhan, dikau bakal ku rindu