you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Indahnya Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Indahnya Ramadhan. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Petang Ramadhan di Kg. Sg. Kapal

Kami tidak melepaskan peluang berbuka puasa di kampung tercinta pada Ramadhan yg lalu... Kg. Sg. Kapal, Pengerang. Lagipun memang nak jalan2 keliling kampung. Nak tengok progress Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS. Alahai... lepas ni dah takde lagi la Kg. Sg. Kapal.... dah berubah wajah... dah lesap. Bukan menentang pembangunan... tapi entahlah. Sukar nak diluahkan. Hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu... yang faham.

 Menuju kampung... jambatan di Lebuhraya Senai-Desaru

Singgah di Kg. Sg. Buntu.
Kawasan pantai kat kampung kami dah disekat... dah tak dibenarkan masuk :(
Menikmati pemandangan di tepi pantai... budak2 sibuk nak main2 air.

 Rumah atuk saudara, Yayi Kayat

Sementara nak menunggu buka puasa, kami pusing2 keliling kampung, menjenguk & ziarah org2 kampung. Sayu rasa dihati.Kalau kita rasa diri kita ni susah... banyak dugaan, serba kekurangan, sering menanggung kesakitan.... jom kita fikir ramai lagi hamba Allah yang lebih besar lagi dugaan yang mereka tanggung... diduga dengan pelbagai dugaan. Moga ianya memberi keinsafan dalam diri & kita sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah pada kita.


 

"Jika kau di tempat ku... ku pasti kau mengerti"

"Suka sahaja yang org nampak... duka di hati siapa yang tahu?"

"Rezeki sudah ditentukan Allah... jadi janganlah berhasad dengki sampai ada yang sanggup buat jenayah halus. Ingatlah... seksa Allah itu amat pedih"

Rezeki setiap manusia dan besarnya kekayaan yang akan diraih sepanjang kehidupannya telah ditentukan sejak dia masih berada di rahim ibunya. Maka di saat manusia ini masih sebagai janin dalam rahim ibunya, Allah SWT mengutus seorang malaikat yang ditugaskan untuk mencatat dan menentukan rezekinya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap orang dari kalian melalui proses penciptaan di dalam rahim ibunya selama empat puluh tahun. Kemudia ia menjadi segumpal darah sedemikian rupa, kemudian menjadi segumpal daging sedemikian rupa. Lalu Allah mengutus seorang malaikat yang diperintahkan untuk melakukan empat hal: “Tulislah perbuatannya, rezekinya, ajal kematiannya, sengsara dan bahagianya.” Kemudian ditiupkanlah ruh kepadanya.”

"Tumpang gembira pada yang senang... pada yang susah, sama2lah kita tolong mana yang boleh. Paling tidak... doakanlah yang terbaik untuk sesama saudara seIslam"

 
 Dah puas pusing satu kampung
"Mommy, jom kita kejar ayam & kutip biji saga!"

 Sekitar rumah... budak2 memang suka!

 "Baba... jom amik degan tu.... mommy nak makan degan"

 Di bangsal

 Mengutip biji saga :)

 Sangat suka pemandangan kampung
Dah nak masuk Maghrib dah... jom kita hidang juadah untuk berbuka.
Lontong, kuah lodeh, kari ayam, sambal kering tempe ikan bilis, bubur lambuk, nasi goreng kampung, ondeh2, karipap, cara berlauk, air tebu, air oren,  teh O, buah jambu batu n honeydew.
Alhamdulillah... syukur pada Allah :) 

Projek RAPID sedang rancak berjalan.....



 .... kampung ku sayang ....

Sunday, August 12, 2012

Kejarlah Pahala

dan tingkatkan ibadah... yang lain2 tu tolak tepi dulu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 31, 2012

#8 ~ Indahnya Ramadhan di Qatar

Ke Maghrabi Optic nak collect sunglass Bak yg telah ditempah.

Toleh kanan.... kosong
Toleh kiri.... kosong
Tengok depan.. lower floor.. aik! kosong jugak?

* Doha City Center Mall ~ 2 Ramadhan 1433 Saturday at 12 noon

Beza.... memang berbeza....

Published with Blogger-droid v2.0.6

#7 ~ Indahnya Ramadhan di Qatar

Tuuuuuuu dia! Stuck in road after terawih. Bukan masa org terawih, or lepas buka.... sibuk jam nak gi shopping brg2 raya ye... Renung2kan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

#6 ~ Indahnya Ramadhan di Qatar

Selepas solat terawih & tazkirah di masjid, semua mula berpusu2 nak buat itu ini. Yang lebih penting & utama didahulukan. Tu pasal lepas je selesai, meriah la semua tempat termasuklah kat pump station.

Sabar menunggu....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 30, 2012

Setiap hari...

... jangan dilupa. Bacalah al-Quran yang mempunyai banyak fadhilat & kebaikannya. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan. Insya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

Bazaar Ramadhan in Qatar

Inilah suasana Bazaar Ramadhan oleh Malaysian bertempat di Hyatt Plaza. Dalam sebulan Ramadhan ni, hanya ada 2 kali. Jadilah kan? Kami berkunjung ke sana nak meninjau suasana sambil membeli juadah berbuka. Sempat juga beli barang dapur sikit. 

 

Memang ramai betul pengunjung. Penuh sesak dgn Malaysian. Ada gak Mat Salleh & Pak Arab.

Tau fu fah... Aryssa's favorite!

Haaa gerai ni mmg best... jual nasi lemak berlauk.

Memang ramai la nak pekena nasi lemak utk berbuka puasa...

Haaaa..... tuuu diaaa....panjang betul 'Q'.
Antara sanggup dgn x sanggup jek :)

We all beli rojak asma


Ada juga yang dah start jual kuih raya. 
So apa lagi.... kalau dah Samperit mmg kesukaan dia, terus minta Baba belikan sekotak
Published with Blogger-droid v2.0.6

Aryssa's Choice

Kalau part nak soh fikir menu nak masak apa.... memang bijaaaaakk sangat. Keje ni kalau bagi kat Aryssa memang best. Senang mommy dia takyah susah2 fikir nak masak apa :)

Ramadhan ke-6 hari tu, dia nak makan Kuey Teow Cantonese. Mula2 fikir senang la takyah nak masak 2-3 lauk. Satu ni je.... haaaa tapi lepas tu siap la mesti ada hasrat di hati nak soh masak benda lain. Kalau dah anak request... kita buat je la kan? Benda apa yang ada kat dapur tu... on je :)

 Kuey Teow Cantonese

Bahan2nya & Cara2nya (hidangan untuk 3 orang):
3-4 genggam kuey teow - dicelur, ditoskan airnya. Kemudian di gaul dgn kicap & digoreng dgn sedikit minyak. Goreng mengikut "portion" satu per satu (kalau 3 pinggan/portion, maka goreng 3x - bukan sekali gus kesemuanya). Balik2kan, angkat & terus diletakkan ke atas pinggan.

Untuk kuah:
Tumis 4 ulas bawang putih yg telah diketuk & 2 inci halia yang dihiris nipis
Masukkan ayam, udang, sotong. Boleh juga masukkan fishcake atau apa sahaja pilihan anda.
Masaukkan 3 cawan air dan kiub ayam. Masak hingga kuah mendidih.
Pecahkan 3 biji telur & kacau perlahan
Masukkan garam & serbuk lada hitam
Tambah 3 sudu tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Masukkan sayur sawi  padamkan api 
* Boleh juga tambah baby corn & carrot tetapi masuk lebih awal (semasa masukkan air tadi kerana ia lambat masak)


Tuang kuang ke atas kuey teow tadi. Sedap dihidangkan panas2 bersama cili padi potong & kicap. Atau cili jeruk *saya x makan cili jeruk... tak pandai (:

Lepas tu teringin pulak nak makan Popia Kentang & Daging.


Hadeef tengah rajin nak tolong mommy kupas kentang
Thank you Hadeef :)

Inti Kentang & Daging

4 biji kentang - dikupas, dicuci & dipotong dadu kecil2 * direndam dalam air seketika
1 biji bawang besar dicincang halus
4 sudu besar serbuk kari *jika nak pedas boleh + 1 sb cili kisar semasa menumis
2 senduk besar daging cincang
1 1/2 cawan air
Perisakan dengan garam & 1 sk gula


Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang & kemudian daging cincang
Masukkan serbuk kari, kacau rata & masukkan kentang yang telah ditoskan dari air rendaman
Masukkan 1 1/2 cawan air dan sentiasa kacau untuk elakkan hangus di bahagian bawah
Masak sehingga kering & kentang empuk


*Dapat menyediakan 25 popia
Memang banyak juga.... mana habis makan sefamily. 
Bolehlah sedekah kat jiran-jiran atau frozenkan

Popia Kentang & Daging
Alahai comot je popia ku ini....
Thanks Baba sebab tolong goreng :)

Selalunya lah kan... kalau buat popia, kalau tak inti terlebih, mesti kulit popia yang terlebih. Kadang kalau dah kulit popia yang terlebih, nak simpan ntah bila la nak buat popia lagi. Tau2 dah keras kejung kulit popia tu. So... taknak membazir, Aryssa soh mommy dia buat Kuih Gunting ni haaaa... (ntah ye ke nama dia Kuih Gunting??? tak pasti la nama commercial tapi kitorg panggil nama tu) Yang ni turn Aryssa pula nak tolong sebab dia yang beriya2 soh buat. 

Kuih ni kalau buat... memang sekelip mata leh abis... penat pun belum hilang sekali toleh dah licin! Aryssa sanggup makan kuey teow sikit lepas tu mengadap benda ni konon cakap dah kenyang, padahal takut Baba dia abiskan... laju jek krap krup krap krup. Yang Baba dia pulak ngalahkan budak kecik... dok ckp "Eicha... jangalah abiskan. Baba pun nak jugak!!" Adoi... gasaklah... asalkan bahagia sudah.
Kuih Gunting

Gulung kulit popia macam gulung carpet :)
Di awal, tengah & akhirnya... 'glue'kan dgn tpg gandum yg dibancuh dgn sedikit air
Bila dah siap digulung kesemuanya, gunting serong (tu pasal kitorg panggil kuih gunting)
Kemudian goreng & toskan minyak
Tabur & gaulkan dengan castor sugar atau icing sugar
Ada juga yang sira dgn air gula
Tapi saya lebih suka jika disira dgn sambal pedas manis... lagi sedap!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Aryssa & Ramadhan

This is the 4th Ramadhan for Aryssa.... yang mana dia mula belajar berpuasa di usia 4 tahun & hingga dia dapat bertahan untuk berpuasa penuh tahun lepas. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana agak mudah untuk latih dia berpuasa. Approach kami pada usianya 4 tahun mudah sahaja. Bercerita tentang Ramadhan padanya.... kemuliaan, keistimewaan & kelebihan bulan Ramadhan. Kalau nak ikutkan... semuda 4 tahun, agak kurang mengerti. Dan kami juga tak memaksa... kalau tak tahan, bolehlah berbuka. Mana tau anak kita merengek nak buka memang sebenarnya perut dia tengah pedih sangat ke apa kan? Tapi itulah, banyak faktor yang membantu.... environment, education, kat youtube & tv pun byk rancangan kanak2 yang highlight pasal puasa ni... mcm kartun Upin & Ipin. Saya rasa ada membantu juga. Lagipun sekarang ni yang saya nampak, memang kecik2 lagi anak2 dah mula berpuasa. Alhamdulillah....

Bila dah 7 tahun ni.... bertahan la dia berpuasa walaupun kalau dah masuk kol 5 tu ada la dengar....

"Mommy... lagi berapa minit nak buka?" (haaa... yang ni kadang setiap 10 minit dia tanya sampai la waktu berbuka. Letih nak jawab)

"Mommy... Eicha sakit perut la mi...."

"Mommy... boleh tak buka? Adik tu dah boleh buka...?"

Jawapan saya senang je...

Kenapa? Kakak nak buka ke?

Jawapan paling best sbb serta merta dia akan geleng kepala & diam atau dia akan jawab... "Tak la mi... Eicha main2 je.... apa la mommy ni..."

Memang mencabar berpuasa di Qatar berbanding di tempat sendiri. Jangankan Aryssa, org2 tua ni haa pun terasa hebatnya dugaan berpuasa di sini... dengan cuaca, masa berpuasa yang panjamg... tapi tak mengapa kerana Allah beri kekuatan. Malah lebih banyak masa untuk-Nya. Syukur :)

Selain berpuasa, banyak lagi ibadah lain yang kami nak fokus pada dia, lebih2 lagi bab solat 5 waktu. Bukan mudah.... tapi wajib kita jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Untuk Aryssa, memang belajar solat 100% di rumah. Masa tadika, di sekolah dia takde Islamic studies sebab ikut Singapore's syllabus. Di sini pun takde sekolah agama.... kelas fardu ain tu tak pasti la ada utk English / BM. Arabic dia masih baru belajar di sekolah. Dia dah boleh solat tapi sekarang nak lebih fokus pada bacaan dalam solat & untuk lengkap 5 waktu. Moga Allah permudahkan usaha kami & Aryssa Eiman sentiasa mendirikan solat dengan khusyuk. Ameen. 


 Source

رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙ‰ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّلوةِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَتِÙ‰ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Surah Ibrahim (14) Ayat 40

Perihal mengaji al-Quran pula, Ustaz Irfan ada datang ke rumah untuk mengajar Aryssa & Hadeef. Syukur dapat cari ustaz yang boleh datang & ajar mereka di rumah dan sebagai tambahan, Baba ajar pada hari2 yang lainnya. Baba & Mommy pun bole belajar Tajwid & minta Ustaz Irfan semak bacaan kami. Untuk bulan Ramadhan ni, Baba juga yang ajar mereka kerana Ustaz Irfan yang juga Mu'azzin di masjid berdekatan rumah ni ada tanggungjawab lain di masjid. Kalau leka.... pasti banyak yang lupa bila nak sambung mengaji lepas raya nanti. Lagipun nak biasakan mereka mengaji setiap hari & jangan lalai. Insya Allah.

Balik Malaysia nanti memang nak kena borong kitab2 sekolah agama... nak ajar mereka ikut syllabus yang betul. Harap Aryssa & juga Hadeef on track. Now support by buku2 agama bought from Internet & bookshops... ni pun bawa dari Malaysia.

Ya Allah.... permudahkanlah kami dalam urusan mendidik anak2 kami. Semoga kami sekeluarga sentiasa di landasan yang benar & berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen
 


 
 
 Hadeef Eiman @ Rayhaan by Rotana, Makkah
Rindu!!!
View from our hotel room in Mekkah. Subhanallah... indah sungguh :)
Gate 1 ~ King Abdul Aziz Gate, di penjuru Rukn Yamani & kelihatan penjuru Hajr Aswad & Makam Nabi Ibrahim a.s.

Sesungguhnya.... memang rindu sangat nak ke sini lagi
Aryssa pun almost everyday dok tanya... bila nak pergi Mekkah lagi?
Moga Allah beri kami keizinan untuk ke Mekkah untuk Haji & Umrah
Insya Allah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Go West!

Selasa lepas, Ramadhan ke-5... tekak dah mula nak makan western. Memang our routine to have western food 2-3 times a week. Aryssa nak sangat suruh mommy dia buat mashed potatoes macam kat Chilis or other steak house kat luar sana tu. Adoi... pandai betul demand macam2. Tapi takpe, asal ada kudrat & sihat... mommy on aje. Tapi kalau nak sedap mcm yang diidamkan... kita kena try dulu la. Ada 3 food critics in da house... lepas satu kali suap dah boleh comment :)

 Creamy Mashed Potatoes

Wow! Yang ni memang betul2 sedap! The best mashed potatoes ever! (Eh... bukan mommy yang kata.... 3 org tu yang kata). Dah tak toleh kira kanan lagi dah. Kalau nak cuba, resipi di bawah:

Bahan2nya:
5 biji kentang yukon gold / russet (dikupas, dicuci & direbus dengan 1 sk garam) * saya tak kupas kulit as requested by Aryssa. Dia dah biasa makan baked potatoes, jacket potatoes & mashed potatoes semua makan with skin
2 sticks butter (softened)
1 cawan fresh milk
1 cawan heavy cream
6 sb cream cheese (softened) *guna 3 kpg cheddar cheese pun boleh
Salt & black pepper 

* Boleh buat separuh dari bahan2 di atas kalau taknak buat banyak

Cara2nya:
"Mash"kan kentang & letak dalam pan. Masukkan butter & gaul rata (low heat)
Masukkan pula fresh milk, heavy cream & cream cheese (remove from heat)
Perisakan dengan salt & pepper. Gaul rata. Sedap dihidangkan panas2

* Boleh juga dibakar dalam oven pada 180 Celsius selama 20 minit / sehingga atasnya kekuning-kuningan. Letakkan mashed potatoes tadi ke dalam non-stick baking pan / glass baking dish & sapukan butter pada permukaan mashed potatoes
 
 Lamb Rack for Baba & Mommy
Roast Chicken for Aryssa & Hadeef (lupa nak snap pix)

 Penne & Cheese

.... and not forgetting steamed carrots & cauliflowers :)

Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Off Nasi...

... kononnya lah kan :) padahal ketupat tu nasi apa?! Heeee

Second Ramadhan Sabtu lepas teringin lontong kering Saya pun masaklah tapi tak complete sebab takde accessories mcm serunding ke... kuah kacang ke... Tapi takpe lah... dah cukup buat kami sekeluarga. Untuk Aryssa & Hadeef, saya masakan kuah soto ayam sikit untuk mereka makan dgn ketupat tu.

 Ketupat Instant 
Kacang Pjg Goreng w Soohun, Tauhu, Tempe & Udang
Ayam Masak Bryani

 Agar2 Santan Pandan
( oooppps! Sorry... dalam loyang lagi :P )

Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

#5 ~ Indahnya Ramadan di Qatar

Alhamdulillah. Masuk hari kedua berpuasa. Insya Allah... sebentar lagi masuk waktu Maghrib & berbuka.

Bila tiba Ramadhan... ibadah bersolat terawih sangat2 digalakkan. Rugi kalau kita tinggalkan kerana pahala & byk lagi kelebihan solat terawih kita sia-siakan.

Di Qatar, di kebanyakkan masjid, jemaah menunaikan 8 rakaat solat terawih... bacaan surah2 / ayat2 suci al-Quran yang panjang. Kemudian diikut pula dengan tazkirah / ceramah. Pada tengah malam pula, jemaah akan ke masjid semula untuk bertahajjud, bertadarus menampah amal ibadah di bulan yang mulia & penuh keberkatan.

Seperti di tempat2 lain di seluruh dunia... bulan Ramadhan sememangnya indah. Umat Islam memeriahkan masjid dengan beribadah beramai2. Timbul rasa ketenangan & kebahagian yang sukar diungkap.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 & menerima amal kebaikan & ibadah kita. Ameen

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 1433

Alhamdulillah... kami di Qatar, Saudi, UAE & Kuwait akan mula berpuasa Ramadhan esok (Jumaat).

Selamat berpuasa buat semua. Semoga kita sama2 dapat menunaikan ibadah dgn khusyuk & tawaduk kepada Allah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Insya Allah.

Ramadhan Kareem

Published with Blogger-droid v2.0.6

#4 ~ Indahnya Ramadhan di Qatar

Source : AccuWeather.com
Kebiasaannya, temperature on the day itself will be +3 to 5 degrees

Satu lagi keadaan & suasana baru ketika berpuasa. Moga diberi kekuatan. Insya Allah.

#3 ~ Indahnya Ramadhan di Qatar

Sempena Ramadhan, Vodafone offer cheaper call charges to home countries for the whole month of Ramadhan starts today. Yeay!

Selalu call charges at 65Dhs/min - ni pun dah rasa affordable. Now only at 55Dhs/min (lebih kurang 46sen seminit). Alhamdulillah.

Dan pagi tadi saya dh call akak di JB :) Ckp 5 minit pun puas hati. Boleh la call other family members & friends nanti... Insya Allah

Published with Blogger-droid v2.0.6