you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 20, 2012

Aidilfitri di Malaysia ~ L.O.V.E

Baru sempat nak update kisah raya. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan berhari raya bersama keluarga. Dapat juga berpuasa & berbuka bersama org2 tersayang di Malaysia... mestilah happy kan?! Syukur padaMu... Ya Rabb.

Apa2 pun... mcmana pun... it will never never be the same raya again :( Al-Fatihah buat arwah mak & ayah. I miss you so much, we all miss you so bad. Bukan time raya aje... setiap detik. Hanya doa & pahala kebaikan sahaja yang dapat kami kirim & hadiahkan.


Petang Raya ~ Berbuka Puasa di Mariamah

Untuk julung2 kalinya after almost 9 years of marriage, baru ni laaa sekali dapat berbuka kat my family home. Walaupun mak ayah dah takde, tak mengapalah. Janji hati rasa tenang & bersyukur sebab diberi peluang oleh hubby utk berbuka ngan adik beradik yang lain.

Kami gotong royong masak & bahagi2kan kerja. Walaupun masak tak banyak tapi bila dah masuk menu sambal goreng Kg. Sg. Kapal, dah memang la kena bekerjasama. Seronok rasa. Saya di rumah dah masak siap2 - Ayam Masak Merah, Rendang Daging & Acar Darat. Dah siap masak di rumah, terus ke rumah arwah ayah. Continue dgn sambal goreng yang dah hampir siap & saya masak Nasi Minyak. Lontong kami x rebus tahun ni. BIL beli aje 5 batang.

 Lauk pauk yang dah siap di masak dari rumah. Tinggal export je...

Hadeef n KakaWa

Malam Raya ~ Tahlil Arwah di Rumah Tok Teh, Kg. Melayu

Setiap malam raya every year memang ada buat bacaan Yaasin & tahlil arwah di rumah Tok Teh selepas solat Isyak. Kami juga bertakbir bersama-sama. Mudah2an semua arwah keluarga kami ditempatkan bersama orang2 yang beriman & beramal soleh. Ameen.

Yang lain berbuka di sini ~ Soto Madura, Kacang Pool, Nasi Ayam dan bermacam2 kuih muih & dessert. Lepas tahlil, kitorang sambung makan lagi. Amboi... malam raya dah membina perut nampaknya :P

 Tok Bak & KakaCha / Qeqeep & Zayra

Raya Pertama
Pagi Raya ~ Our own's crib

Raya tahun ni kami pakai Abaya & Thawb.... Takde baju melayu & baju kurung dipagi raya, takde warna-warini... hitam-putih sahaja. Tukar selera.

Hadeef's Thawb... since siap mmg tak sabar nak tgk dia pakai dgn Keffiyeh. Entah berapa lamalah dia boleh bertahan. Janji bertahan sampai time nak amik gambar family pun cukuplah.

 Ready! Sambil menunggu Baba pack brg2 masuk kereta.
Off we go to our first pit-stop....

Sejak 3 tahun lepas, our first house to visit adalah rumah cikgu budak2 ni masa kat IQ Kids, Teacher B. yang tinggal kat area yang sama ngan rumah kami. Memang dah dipesan setiap tahun, pagi raya singgah rumah dia dulu. Budak2 pun close sgt dgn the whole family & even called the hubby Papa. Kat rumah Teacher B ni ada menu special, Rendang Campur (ada daging, limpa, hati, paru dalam rendang tu). Memang sedap!
With Papa Said, Abg Iqkarl, Teacher B & Kak Iqrra

Kami tak lama sangat kat rumah Teacher B, lepas makan, borak2 & salam2... kami bergegas ke rumah Tok Bak.

Ni dah macam beraya kat Arab la pulak. Semuanya berjubah. Seperti biasa, sessi bermaaf-maafan, makan2 & bergambar. Menu di rumah Tok Bak ~ Nasi Arab, Ayam Panggang Lemon & Salad.

Hubby's side. 
Everybody was there except the 3rd, beraya di Kuantan belah isteri.

Ni aje lah gambar berempat yang terbaik. 
Hadeef ni mcm biasa la bergambar nak ikut mood dia je.
Pastu sibuk ngan gadget! Grrrrr!
Kaum Hawa :)

Tengah good mood Hadeef tu, kalau tak... takde nye nak senyum gini


Kami meneruskan "jelajah raya" ke rumah makcik saya, Aunty Tasha ~ my only aunty left from arwah ayah's side. Dapat jumpa 2 dari 3 sepupu saya, Abg Deen & Abg Lin. Kak Ina tak balik beraya kat JB. Juadah Nasi Minyak & lauk pauk raya dihidangkan. Saya tak makan berat kat sini... sebab perut rasa penuh walaupun tak makan banyak di 2 rumah sebelum tu. Hubby & yang lain tu makan la juga. Saya layan kuih raya je.


Next.....!!! Ke Larkin rumah akak saya. Sejak arwah mak & ayah takde, kami adik beradik kumpul kat sini. Lepas Zohor sampai ke Maghrib kat sini. Kadang tidur pun sempat... bukan ape, penat... nak recharge energy :) BIL & akak masak Stew Kambing with Roti Arab & Nasi Lemak. Memang betul2 membina perut la raya ni! Makan macam2 tapi berpada2.... ok kan?

Kalau dah pakai putih, memang harus la pakai "bib" every time nak makan! Kalau dah tumpah rendang, lodeh, kari, masak merah, laksa.... mmg haru!

Posing.... jgn tak posing...

Kami :)
Missing in action :
Mak Long + Pak Long + KakaIya ~ Kat Kota Tinggi
Pak Ngah + Mak Ngah + Kak Nina + Abg Fizi ~ Kat KL
Aryssa & Hadeef ~ Tgh syok tidur..... 

Just love this place.... penuh ngan pokok2 & bunga2
Teringat arwah mak yg mmg suka gardening

Balik Kampung.... oooo.... balik kampung!

So... after Maghrib, my eldest sister pun dah bali dari Kota Tinggi, we all pun serbu rumah dia pulak & had dinner there...  pekena lemang pulak. Mak Long's specialties adalah Ayam Masak Merah Kacang Pis. Meratah ayam je la tak toleh kiri kanan :) Lepak2 sambil tengok album2 lama masa we all kecik2 dulu. Nak tergelak tengok... tapi memang best zaman kanak2... byk kenangan indah. Aryssa & Hadeef pun excited tgk gambar mommy & makcik2 dia masa kecik. Banyak betul tanya itu ini.


Malam pun dah lewat, kami pun baliklah rumah. Esok nak travel, dengan packing pun tak sentuh apa lagi.

Raya Kedua ~ Ke Muar Kita!

Dah jadi rutin, raya kedua kami ke Muar & bermalam di sana. Selain sedara mara on hubby's side, ramai juga kengkawan yang ada kat Muar. Sebelum gerak ke Muar, cam biasa.... breakfast kat rumah akak dulu. Kalau dah namanya raya, pagi2 dah sarap Laksa Johor. Punyalah best!


Destinasi seterusnya, kami menuju Sengkang, Bukit Gambir ~ rumah nenek (hubby's uncle MIL). Best dapat beraya dengan suasana kampung. Rumah nenek di Kampung Sri Melaka ni terletak di kaki Gunung Ledang.... sejuk & nyaman je rasa. Macam2 makanan nenek & makcik dah sediakan untuk kami. Dah setahun tak jumpa.... makan cempedak goreng tak ingat dunia! Goreng keledek pun ada :) Lepas perut reda sikit... kami makan Bakso pulak... makan jek tahu kan?!


Admire sungguh kat rumah nenek. Betul2 rumah kampung dgn seni tradisiona.

Dari Sengkang, kami menuju terus ke Jalan Sakeh, Muar ~ rumah geng baik, Mia. Sampai rumah Mia lepas Maghrib & terus dinner there ~ Nasi Bryani. Thanks Mia sebab simpankan aku Ayam Masak Merah :) Seronok kalau beraya kat her house sebab dalam setahun, masa ni lah yang dapat betul2 berbual dengan dia tanpa gangguan... sepuas2nya, sambail non-stop makan kuih raya! Dapat juga gomol her quadruple nieces & nephew. Masha Allah memang sgt2 comel! Tapi sayangnya entah kenapa satu gambar yang ambil kat rumah dia langsung takde, lesap terus immediately lepas balik dari situ. Huuwaaaaaa!!!

Gambar dari Utusan

Dah puas berborak... baru la badan terasa penat. Kami pun bali berehat... esok nak beraya lagi.

Raya Ketiga ~ Muar lagi.... & Benut

Memang melengahkan sediit masa untuk check-out.... badan penat minta rest sket. Santai2 dulu... guling2 dulu.

Aryssa happy sebab akhirnya dapat pakai baju tema pilihan dia, biru. "Mommy, boring la... ada ke baju raya hitam putih, lepas tu semalam brown? Tak kena laaa!" Amboi... kemain lagi complaint yek!

Dah siap.... jom sambung beraya!

Sebelum ke rumah Kak Jijah (ex-colleague di MAA), kami singgah Bandar Muar dulu. Nak beli sedikit stok rempah2 untuk bawa balik ke Doha. Raya tahun ni je tak sempat nak breakfast sate & mee rebus pagi2 macam tahun2 lepas. Dah tak larat oiii asyik makan jek.So, pagi tadi memang tak makan apa pun.

Sempat lagi tuuuu... ala... bukan selalu

Cendol Kacang... makan dalam kereta je.
Masa kecik2 pun kalau singgah pasar Kota Tinggi, nak balik kampung... memang makan cendol dalam kereta :)

Punyalah leka kat Bandar Muar sampai dapat call cari Kak Sha yang bertolak dari JB pun dah tiba kat rumah Kak Jijah. Hahaha.... biasalah, orang jauh sampai dulu kan? Kakak2 ni kenal masa sama2 keje kat MAA dulu. Raya ketiga setiap tahun memang Kak Jijah buat Open House untuk adik beradik dia & kami pun dah jadi rutin raya ketiga mesti dijemput ke rumah dia. Dah alang2 raya kat Muar. Thanks Kak Jijah, dah la hidangkan mcm2 makanan, siap bekalkan kek & kuih raya untuk bawa balik. Kuih Samperit Kak Jijah & Kak Sha memang sedap.... selamat bawa balik ke Doha :) Thanks!


Kami terus ke rumah Pak Long untuk majlis tahlil arwah. Kat sini jumpa hubby's uncles & cousins... tempat semua berkumpul. Jumpa setahun sekali memang meriah. Kalau tak raya memang susah nak jumpa. Masing2 tinggal berjauhan & terikat dengan kerja & tanggungjawab. Jadi raya ni memang dapat eratkan silaturrahim.

Haaaa... bukti makan lagi!!! Hahahaha!

Persinggahan rumah terakhir sebelum pulang ke JB ~ rumah Kak Eton kat Kampung Belahan Tampok, Benut. Sampai agak lewat petang sebab mengelak jam & hujan. Letih betul badan. Lepas solat Maghrib, kami makan ramai2. Lauk2 kampung.... fuhhhh memang best! Alhamdulillah...


Sebelum kol 9 malam, kami minta diri untung pulang. Sampai2 rumah walaupun penat, memang tak dapat la nak terus rehat. Nak uruskan kain baju... unpacked & packing lagi untuk perjalanan esok pula. Penat.... tapi seronok!

Raya Keempat ~ Kg. Sg. Kapal, Pengerang

Yes!!! My kampung.... weeeeeee! Balik kampung kita, mestilah suka kan? Boleh nampak budak2 ni happy semacam je bila balik kampung. Even baru cakap2 je nak balik kampung.. terus yeay!!!

Raya keempat pun... keempatlah. Tetap happening :) Adik beradik no. 3 ke no. 7 semua balik beraya kat kampung. Tu yang extra punya seronok. Kami sampai masa Zohor, lepas solat terus tolong apa2 yang patut. Sama2 nak makan... jadi kita gotong-royong la best.


Menu wajib ~ Sambal Goreng Sg. Kapal. Menggoreng semua bahan2, menggaul dengan santan & air asam, masak atas dapur sampai terbit minyak. Haish.... memang number one! Kalau ada sambal goreng, mesti nak makan dengan lontong. Ni pun special.... original lontong. Nyai Yah masak juga lodeh, kari ayam & sambal kering ikan bilis. 

Model lontong... kihkihkih :P

Seronok makan ramai2.... bahagia!

Di rumah atuk saudara, Yayi Man


Rumah Nyai Mos
Boleh berebut bahulu lapis kat sini! Hahaha!

Rumah Yayi Kayat

"Baba, jom kita pinjam motor Uncle Nyamuk la nak round2 kampung"

Sessi mengait pelam epal. Memang sedap pelam epal ni. Kalau buat sambal pelam, kerabu pelam.... tak pun cecah sambal kicap. Peerggghhh! Memang best! Kalau makan dah masak ranum pun sedap wooo!

Alhamdulillah, syukur dapat pulang beraya ke kampung tercinta. Lepas ni entah ada lagi tak kampung ni disebabkan Projek RAPID Petronas tu. 

Dari Pengerang, kami terus balik JB menuju rumah abang saya yang baru sampai dari KL.

Seronok berborak sampai tak sempat nak skodeng kuih raya

 
"Mommy, kenapa kalau kena Q nak salam hari raya, Hadeef selalu last?"
Dulu kan yang tua :)
Habis monyok la muka dia. Hehehe....

 
Anak2 sedara dah makin menonjang... nampak sangat kita dah tua!

Tak cukup quorum lagi ni....

 Ni baru cukup all 7 ROZIs :) Alhamdulillah
What a wonderful raya!

Raya Kelima - Tak sudah2 lagi... here & there!

Member masa kat UNITEN dulu, Shila.... datang beraya kat "rumah transit" kami ni. Alahai.. sorry la dah nama pun "rumah transit", pepaham je la org balik bercuti. Takde apa pun kat rumah, kuih sikit2 & air bujang je. Apa2 pun seronok jumpa & borak2. Thanks sebab sudi datang :)

Lepas tu kami keluar beraya ke rumah sepupu hubby, Tanti & Jah. Malamnya pula ke rumah Kak Hawa. Setahun sekali baru dapat jumpa kan. So, ambil kesempatan kunjung mengunjung :)

Kak Long, Makcik, Baba, Abg Khalid & Kak Hawa
Hubby with brothers & in-laws


Another visit from school friend, McKarp-Kak Chik & family.  Rindu betul kat diorg. Dulu berapa kerat je pun member kat JB. So kalau ada event apa2 mmg muka2 kami je la selalu berjumpa. Still ingat kata2 Qaisara dulu masa kami nak pindah, "Kenapa auntie nak kena pindah, janganlah pindah auntie......" dgn muka sayu dia. Alahai..... memang selalu teringat kat dia. kol 11.45pm... "eh jom balik". 1.00am... "eh jom la balik dah kol 1 ni". pot pet pot pet haha huhu hihi.... haaaa kol 2.00am McKarp terus bangun "dah dah". Hahahaha.... kalau sampai Subuh pun tahan oiii!


Raya Keenam ~ Rest+Relax & Bak's Open House

Tipu la kalau tak penat. Setiap hari punyalah penuh dengan aktiviti. Jadi, di siang hari kami rehat kat rumah & buat domestic responsibilities. Dengan kain baju menimbun... balik2 basuh-sidai, basuh-sidai... tak menyempai nak melipat, mengosok. Baru la merasa nak tengok TV kejap.

Petang ambil food dari caterer ~ Sup Tulang / Gearbox Merah & Nasi Bryani & terus ke rumah Bak.

Member dari Doha, Chef Fendi. 
Lepas ni ntah bila nak jumpa... member dah pindah ke Kuwait. 
Takde la Pakcik Fendi nak masakan Aryssa lagi & ajar mommy masak.


Malam dah lewat pun, dari rumah Bak kami beraya ke rumah makcik saya di Sri Pulai. Sebab pergi ramai2 ngan kakak & adik2 sekali... best sket. Musim raya dibenarkan beraya sampai ke lewat malam hinga ke awal pagi kan? Janji tak mengganggu tuan rumah & tuan rumah ok dan sangat mengalu2kan kedatangan :)

Raya Ketujuh ~ Yaasin & Tahlil Arwah di Mariamah

Sampai sekarang, masih rindu keriangan di rumah ni. Suasana dah seperti dulu.... riuh rendah, rasa aman damai & tenteram. Lain rasanya bila dah takde mak ayah. Kalau berkumpul tu kadang dapat merasai seperti mereka ada.... dalam hati. Sayu.

Macam biasa, kami adik beradik buat tahlil untuk arwah mak & ayah dan untuk semua keluarga, saudara mara & sahabat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman & beramal soleh. Ameen.

Bila semua pakai telekung, makin nampak serupa la muka masing2 :)

For Mak / Maktok, Ayah / Tok Ayah & others
Hanya pahala dapat kami kirimkan
...miss you always... love you forever!

Makan Soto Madura from Datin Nina.... super delicious like always!


Suka bila semua berkumpul.... meriah!

Sekian dulu update untuk seminggu raya. Entah total berapa rumah, berapa ramai jumpa pun tak tau dalam sehari.... seminggu ni. Perubahan pada suamiku... abis semua rumah hidang menu berat dia makan. Satu pun dia tak skip. Selalu selang satu rumah baru dia nak makan berat. Takpelah... asal bahagia, jaga tetap jaga... bukan makan byk pun cuma kekerapan waktu makan tu je byk kali :) [Nak sedapkan hati]

To be continue... raya kat Melaka & KL :)