you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 11, 2012

Petang Ramadhan di Kg. Sg. Kapal

Kami tidak melepaskan peluang berbuka puasa di kampung tercinta pada Ramadhan yg lalu... Kg. Sg. Kapal, Pengerang. Lagipun memang nak jalan2 keliling kampung. Nak tengok progress Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS. Alahai... lepas ni dah takde lagi la Kg. Sg. Kapal.... dah berubah wajah... dah lesap. Bukan menentang pembangunan... tapi entahlah. Sukar nak diluahkan. Hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu... yang faham.

 Menuju kampung... jambatan di Lebuhraya Senai-Desaru

Singgah di Kg. Sg. Buntu.
Kawasan pantai kat kampung kami dah disekat... dah tak dibenarkan masuk :(
Menikmati pemandangan di tepi pantai... budak2 sibuk nak main2 air.

 Rumah atuk saudara, Yayi Kayat

Sementara nak menunggu buka puasa, kami pusing2 keliling kampung, menjenguk & ziarah org2 kampung. Sayu rasa dihati.Kalau kita rasa diri kita ni susah... banyak dugaan, serba kekurangan, sering menanggung kesakitan.... jom kita fikir ramai lagi hamba Allah yang lebih besar lagi dugaan yang mereka tanggung... diduga dengan pelbagai dugaan. Moga ianya memberi keinsafan dalam diri & kita sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah pada kita.


 

"Jika kau di tempat ku... ku pasti kau mengerti"

"Suka sahaja yang org nampak... duka di hati siapa yang tahu?"

"Rezeki sudah ditentukan Allah... jadi janganlah berhasad dengki sampai ada yang sanggup buat jenayah halus. Ingatlah... seksa Allah itu amat pedih"

Rezeki setiap manusia dan besarnya kekayaan yang akan diraih sepanjang kehidupannya telah ditentukan sejak dia masih berada di rahim ibunya. Maka di saat manusia ini masih sebagai janin dalam rahim ibunya, Allah SWT mengutus seorang malaikat yang ditugaskan untuk mencatat dan menentukan rezekinya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap orang dari kalian melalui proses penciptaan di dalam rahim ibunya selama empat puluh tahun. Kemudia ia menjadi segumpal darah sedemikian rupa, kemudian menjadi segumpal daging sedemikian rupa. Lalu Allah mengutus seorang malaikat yang diperintahkan untuk melakukan empat hal: “Tulislah perbuatannya, rezekinya, ajal kematiannya, sengsara dan bahagianya.” Kemudian ditiupkanlah ruh kepadanya.”

"Tumpang gembira pada yang senang... pada yang susah, sama2lah kita tolong mana yang boleh. Paling tidak... doakanlah yang terbaik untuk sesama saudara seIslam"

 
 Dah puas pusing satu kampung
"Mommy, jom kita kejar ayam & kutip biji saga!"

 Sekitar rumah... budak2 memang suka!

 "Baba... jom amik degan tu.... mommy nak makan degan"

 Di bangsal

 Mengutip biji saga :)

 Sangat suka pemandangan kampung
Dah nak masuk Maghrib dah... jom kita hidang juadah untuk berbuka.
Lontong, kuah lodeh, kari ayam, sambal kering tempe ikan bilis, bubur lambuk, nasi goreng kampung, ondeh2, karipap, cara berlauk, air tebu, air oren,  teh O, buah jambu batu n honeydew.
Alhamdulillah... syukur pada Allah :) 

Projek RAPID sedang rancak berjalan.....



 .... kampung ku sayang ....

4 comments:

picking myself up said...

Nnt kg kau je cam kg aku, dh x cam kg. tu sbb project 2nd link & ptp. Let's just hope your kg won't b swarmed by immigrants.

Azrey Rozie Eiman said...

Harap2nye gitu. Atuk aku ckp raya this year ramai yg jauh2 pun balik. Mcm last la beraya kat kampung. Tanah org kampung, rumah... habis. Tu yg sayu...

yana said...

macam dalam novel Shahnon Ahmad...Sebuah Mimpi Hari Tua..lebih kurang mcm nilah cerita dia..kampung yg indah, sawah padi..semuanya hilang sbb pembangunan..tp Yana x pernah sampailah kawasan ni k.Rozie..area Pengerang ek..sayangnya kalau yg cantik2 ni semua hilang mcm tu jek

Azrey Rozie Eiman said...

aah area pengerang... Desaru depan lg.. nk menuju ke tanjung pengelih. kampung ni mmg masih betul2 kampung tau. sedih...