Thursday, March 15, 2012
The Journey (2) : Makkah Al Mukarramah
My longest entry ever ntah tiba2 menghilang :( Everything lost!
Tuesday, March 6, 2012
The Journey (1) : Doha ~ Taif ~ Makkah
Masha Allah.... rezeki & nikmat Allah itu sesungguhnya tidak terhingga. Syukur padaMu Ya Allah. Memang niat kami sebelum berhijrah ke Qatar lagi, destinasi pertama & hasrat kami adalah untuk mengerjakan umrah sekeluarga. Semoga denganya, kami dapat memperbaiki diri kami & dilimpahi rezeki yang mencukupi serta mendatangkan kebaikan. Allah Maha Kaya. Niat dan hasrat kami tercapai. Alhamdulillah. Maha Suci Allah.
Kami ambil kesempatan cuti sekolah untuk menunaikan ibadah umrah sekeluarga. Memang banyak dugaan semasa preparation. Dengan kereta baru dapat (kami memandu ke Saudi), dengan nak cari guarantor utk bawa keluar kereta dari Qatar (ni bukan senang nak cari "kenalan baru" utk jadi guarantor tau, with that person kena bg check payable to bank from his account & amount harga kereta baru bayar 2 bulan, tau jek la balance lagi berapa), dengan nak booking hotel but credit card satu pun blom dapat from bank sini, nak buat hotel room booking pun payah... mcm2 lagi. Syukur semuanya Allah bantu & permudahkan. Ramai kawan2 yang bantu.... maklumlah masih baru di Qatar, first time nak buat umrah, first time nak drive jauh... kat Msia pun tak drive jauh mcm ni... 1500km one way.
17-18 February 2012 (25-26 Rabiul Awal 1433)
Kami convoy 4 kereta, 4 families and all together 9 adults & 11 children. Jumaat, 17 Feb.... seawal 2 pagi saya dah bangun utk bersiap2 & masak bekalan yang nak dibawa.... nasi goreng & ayam goreng. Bekalan makanan kering yang lain pun ada bawa, penuh satu bag. Perjalanan jauh... stok makanan & minuman memang penting.
Jam 3.30 pagi... all fully geared. Kami bertolak menuju ke border Qatar~Saudi. Singgah dia R&R before border utk solat subuh. Di border betul2 menduga & menguji kesabaran. But we've expected earlier & be prepared. Ikut pengalaman org lain, kalau 2-3 jam di border adalah perkara biasa. Ada yang sangkut sampai 7 jam. Me & the kids siap urusan di situ dlm half houar je. But pity hubby, stuck 3 jam! Dah queue panjang2, bila betul2 sampai his turn.... terus kaunter ditutup. Kebetulan terkena masa diorg tukar shift, pastu semua staff hilang. Terbangak2 kat dlm hall tu
sbb org makin ramai sampai tapi takde org keje. Lastly, diorang bg
number & tunggu jer la turn. Disebabkan kitorang mmg dh ready for this
(very common), plus niat baik nak buat umrah, cuma bykkan bersabar jer.
Org2 Arab yg mmg famous dgn tak sabar lg la kecoh kat dalam tu....mcm nak
bergaduh pn ade. "Robbi Yasser Wala Tuasser". Kat luar pula saya menunggu with the kids asyik kena sound police soh alih kerete. The car key was with hubby. Siap sound, "Call him now. Ask him to move his car. Now! Now!". Sabar............. senyum & buat tak tau :) Tapi memang berderau darah dok kat situ dok tgk & dgr org lain ada gak yang kena tengking & marah.
Lega rasa lepas dari border. Terus menuju ke nearest stop. Dua family dah lama menunggu sbb mereka lepas border lebih awal. Betul2 kelaparan... apa lagi... layan nasi goreng & ayam goreng.
Dari border ke Taif, total ada 17 checkpoints / R&R & we stopped at 5 R&R for solah break, makan & isi minyak.
Alhamdulillah.... nice weather sepanjang perjalanan. Ribut pasir hanya sekejap sahaja & not too extreme. Permandangan ke Taif melalui Riyadh.........
Muka tgh bersemangat wpun drive jauh...
Dari border ke Riyadh dlm 550km took us 6 hours plus rest and refill petrol. Kat Saudi harga petrol cuma 0.65 Riyal jer seliter....sekali isi dlm 12-18 Riyal je half tank......Seronok!
Along the way mmg lalu desert n byk la nampak unta mcm2 color.
Turun bukit keluar dari bandar Riyadh. Tak sempat amik gambar bandar Riyadh sbb co-pilot lena dibuai mimpi.... hehehe! Bukan apa... tak tahan silau matahari terik.
As usual, Aryssa & Hadeef tak tau dok diam dalam kereta. Playing around & having fun. Dah penat main, diorg tido.... bangun tido, makan. Asalkan bahagia & tak buat perangai sudah laaaa. Syukur sgt.... the kids ok.
Permandangan dari Riyadh menuju Taif
Subhanallah
Memasuki Taif
Apply 'Mud Spray' kat depan kereta utk protect from sandstorm. Dari rumah mmg dah apply dish washer satu bady tp rasa mcm tak cukup, so beli 2 tin spray & apply lagi.
Di Taif, kami menginap di Rokn Al Malekah 1, Hawelah.... SR125 satu malam. Kami tiba di Taif jam 11 malam. Barulah terasa letih. Awal2 lagi dah tapau food buat alas perut wpun dah malam2 takde selera nak makan. Malam tu cepat2 saya siapkan pakaian ihram & baju budak2 untuk keesokan hari sbb pagi2 lagi dah nak bertolak ke miqat.
On the next day, after Subuh... all the dads keluar gi cari breakfast & tapau. Then, kami sarapan di bilik sahaja nak jimat masa. We had roti canai. Kami packed semua brg masuk kereta dulu sbb last sekali baru dia nak pakai ihram & asked us to stay in the car.
Belum2 lagi brg dah penuh satu bonnet
Memula konon nak pakai ihram sendiri....tapi asyik terlondeh je. Pastu surrender & panggil we all masuk balik ke hotel to help him.
Ready in ihram :)
Baba & Hadeef
Lepas check out hotel... bersedia nak ke Miqat Qarn Al Manazil dlm 20km from the hotel
Love!
Otw ke Miqat, lalu kawasan berbukit. Taif ni kira kawasan percutian org Saudi
Solat Sunat Ihram & Niat Ihram di Miqat
Solat
Sunat Ihram ialah solat sunat dua rakaat yang
dilakukan sebelum melakukan ihram (selepas mandi
dan memakai pakaian sebelum niat ihram)
Niat Solat Sunat Ihram
أُصَلّيْ
سُنَّةَ
الإِحْرَامِ
رَكْعَتَيْنِ
لِلّٰهِ
تَعَالَى
Maksudnya
:Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana
Allah Taala
Surah yang dibaca
selepas Fatihah dirakaat pertama ialah
surah Al- Kafirun dan di rakaat kedua selepas Fatihah
ialah surah Al- Ikhlas.
Niat Ihram Umrah
نَوَيْتُ
الْعُمْرَةَ
وَأَحْرَمْتُ
بِهَا لِلَّّهِ
تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram
dengannya kerana Allah Taala.
Selepas solat sunat ihram & niat ihram di miqat
Membaca Talbiah
Setelah berniat haji atau umrah, perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun umrah selanjutnya.
Setelah berniat haji atau umrah, perbanyakkanlah bacaan talbiah di sepanjang perjalanan hingga sampai ke Mekah untuk mengerjakan rukun-rukun umrah selanjutnya.
Perjalanan kami diteruskan menuju kota Makkah
Ketika menghampiri kota Makkah, kami terkejut tiba2 Hadeef muntah dengan banyaknya. Habis half of the back seat penuh ngan muntah dia. Kami minta ketua convoy kami untuk stop sbb taknak kami tertinggal nak menuju kota Makkah yang sedang sibuk pada masa itu. So we stopped n cleaned semua muntah tu... Hadeef kena simbah ngan air di dalam kesibukan kota & tukarkan his jubah. Punyalah berhati2 sbb taknak pakaian ihram kotor. Kesian Hadeef punyalah frust kami tukar his fav jubah ngan yg lain. But lepas muntah tu dia lebih ceria. Agaknya perut dia tengah tak sedap.
Memasuki Kota Makkah.... Subhanallah! Allahuakbar! Sayu & syahdu bila mula nampak Clock Tower... di hati dah mula timbul macam2 perasaan. Kami semakin hampir dgn Baitullah. Bibir menguntum senyuman indah.... wajah semakin tenang, apatah lagi hati... sememangnya sangat tenang.
Salah satu kawasan perkuburan di Kota Makkah
Reaching al-Haram :)
Mula-mula tu gaya macam sesat barat jek nak menuju ke hotel. Balik2 pusing keliling luar area Clock Tower. Our GPS showed different way... mcmana pun kami ikut ketua di depan. Akhirnya, sampai satu terowong yang belum officially dibuka & it directed us terus ke basement hotel. Syukur Alhamdulillah. Rasa lega.... pls kami mengejar waktu. It was nearly Dzuhur, dengan nak unload barang, check-in, gitu gini....
Sampai kat basement hotel, keadaan sgt sesak. Byk hotel kat Clock Tower dgn guests' vehicle, lori2 hantar-amik barang, ribut sungguh. Unload barang cepat2 & must make sure semua barang2 penting nk guna di Makkah kena bawa turun semuanya as we will never get a chance to take our things later. The valet took our car & we have no idea where they park it. Charges for the parking was SR150 per day. Bismillahi tawakkaltu 'Alallah. Sepanjang kat Makkah... not even one second kami fikir pasal kereta. Lupa langsung. Kuasa Allah. Ada yang lebih penting.... :)
Alhamdulillah. Sampai ke destinasi dengan selamat, aman & bahagia. Thank you Allah.
Labels:
Allah Cinta Agung,
Allah Maha Agung,
family,
FUN is all around me,
Going Places,
Haji dan Umrah,
ISLAM itu INDAH,
Our Journey
Location:
Taif Saudi Arabia


















