you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label i LOVE cooking. Show all posts
Showing posts with label i LOVE cooking. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Chicken Kabsah

First time cuba masak Nasi Kabsah ni... dipadankan dengan ayam panggang special & salad, sempena birthday Hadeef Eiman 12 November yang lepas. All members are happy... mommy pun senang hati :)

Resipi ayam panggang berempah ni, saya ambil dari Duhai Hati dan Yatie Memories. Cuma saya ada olah sedikit. Yang lain tu saya cuba masak / buat... dan alhamdulillah menjadi.

Jom tengok resipi...

Ayam Panggang Berempah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 sb rempah kari
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
1 sb minyak sayuran
1 sk serbuk lada hitam
2 sk gula
Garam secukup rasa
1 1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
(bahan* ditumbuk halus)

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam dan toskan 
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
3. Masukkan ayam & perap selama 2 jam atau lebih.
4. Susun ayam atas jaring dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Hidangkan ketika panas

 Ayam yang sudah diperap. Sedia untuk dibakar.

 Dah siap dibakar :)
Memang tak sabar nak makan!

Nasi Kabsah

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (dicuci, direndam selama 30 minit & ditoskan)
4.5 cawan air (sukatan air mengikut jenis beras / brand yang digunakan) 
6 sb rempah kabsah
4 sb minyak masak (sunfower oil / canola oil)
1 biji tomato bersaiz besar (dibelah 8)
Garam secukup rasa


Nota : 

Jika sukar nak dapat / beli rempah kabsah, boleh cuba buat sendiri seperti yang dikongsikan di sini : Homemade Rempah Kabsa

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan rempah kabsah 
2. Apabila mendidih, masukkan minyak masak dan garam
3. Kemudian, masukkan pula beras dan tomato dan kacau seketika
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak berderai. Kembur nasi perlahan-lahan.
5. Hidangkan panas-panas bersama ayam panggang, salad dan papadom



"Middle East Style" Salad

Bahan-bahannya:
1-2 pokok salad / lettuce / butter-head salad / apa2 yang sesuai (dicuci, toskan & dihiris)
2-3 biji tomato (dipotong dadu kecil-kecil)
4-5 batang cili padi (dihiris nipis)
2-3 batang timun hijau tua yg kecik2 tu /pickling cucumber (dipotong dadu kecil-kecil). 
      Jika guna timun biasa, 1 batang dah cukup
Image from Google

Cara-caranya:
1. Campur semuanya
2. Simpan di dalam bekas bertutup di dalam fridge

 Masa groceries shopping that day, ternampak sunquick pink guava & strawberry ni. So, belilah sebab nak try. Memang sedap minum sejuk2.... cam masuk sangat sebagai drink masa makan Chicken Kabsah. All are great combination! Alhamdulillah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

Ikan Percik

Alahai.... tengok gambar ayam percik kat my friend's tweet, tekak terus terasa nak makan. Tapi pagi tu dah keluarkan ikan from freezer, so  buat percik ikan ajelah. Nak keluarkan ayam... ntah pukul berapa bole start masa sebab masa tu dah kol 11 pagi. Ikan pun..... ikanlah!

Masak ikut rasa hati & apa yang available :) 

Bahan-bahannya:
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
(Kisar halus semua bahan *)
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan 
2 sudu besar air asam jawa / ikut citarasa
Sedikit gula
Garam

Cara-caranya (Kuah Percik):
  1. Tumis bahan kisar halus dengan sedikit minyak sehingga naik bau & masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak. Masukkan serbuk kunyit
  2. Kemudian, masukkan santan, perasakan dengan garam & gula
  3. Akhir sekali, masukkah air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat

 Lumurkan ikan bersama sedikit serbuk kunyit & garam. 
Bakar sehingga ikan separuh masak.

 Tuangkan kuah percik ke atas ikan.

 Bakar semula sehingga ikan masak. Sedap dimakan panas-panas!

 Ikan Percik dimakan bersama Nasi Lemak & Sambal Tumis Telur.

Alhamdulillah :) 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 25, 2012

Aryssa's Cooking : Kangkung Goreng

Alhamdulillah. Hari ni KakaCha upgrade lagi menu yg dia boleh masak sendiri. Just a basic Kangkung Goreng... Kejap lagi buka puasa.. boleh la rasa sedap ke tak.

Dari proses awal nak menyiang & membersihkan kangkung, menyediakan rencah & memasak... semua dia buat sendiri. Semoga minat memasak tu ada sampai bila2.... lagipun dah namanya org pompuan, kenalah minat & rajin memasak :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, May 29, 2012

Oh Lamb Rack!

Memang tak boleh dengar kalau ada skrip2 mcm ni....

"Dah lama tak makan _______"

"Sedapnya kalau dapat makan _______"

"Mommy dah lama tak masak _______"

"Eh macam best jek ni. Masakkan boleh?"

"Cuba mommy masak _______. Mesti sedap!"

Tak sampai hati kalau tak tunaikan hasrat org kat rumah ni request soh masakkan itu ini. Lebih2 lagi kalau kekuatan tu ada... dan badan sihat sikit, barang semua ada... Insya Allah memang boleh diusahakan. Memang cair bila dgr skrip2 mcm ni. Kalau tgh betul2 tak sihat, minta maaf yek... tapi selalunya mereka faham & makan apa yang ada :)

So... permintaannya adalah : Lamb Rack oleh Baba & Mushroom Soup oleh Aryssa. Hadeef pula... ada roti, ada potato... ngan susu tak habis2, hidup dia.

 
 Just love these cute tomatoes. Very fresh.

 
 Tomato tu oven-bake jek with olive oil, salt & pepper. 
Love the texture.... & so juicy inside.

 
 Lamb Rack. Haaish... green salad kehabisan la pulak......

 
 ... with Cream & Lemon Sauce

 
Memang kejap je pinggan ni licin...

 
Mushroom Soup for my Princess.

~ Alhamdulillah ~

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 27, 2012

Steamed Red Garoupa


Jom main masak2... main campak2je. Heeeeeee...

 Pastu kukus 20 minit..... dah siap!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 24, 2012

Oh Daun Kesum!

Akhirnya.... jumpa juga daun kesum di Doha. Semalam ke Shoprite, rezeki dpt beli daun kesum. Selalu pergi, tak nampak pula. Di Shoprite mmg boleh dapat sayur2 yg kita biasa makan, mcm kangkung.. kailan.. sawi.. petai pun ada! Daun pandan.. daun pisang.. kelapa parut.. best betul! Tapi harga mmg ada up la kan. Yelah... benda yang susah nak dapat.

So.... hari ni buka puasa ada asam pedas ayam nampaknya :) Alhamdulillah....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Gnocchi with Prawns & Mushrooms

Got the inspiration to cook this dish while watching the MasterChef Australia. Everyday dok melayan MasterChef while kiddos at school. Potato memanglah our favorite. Bila tgk the show.... mcm time tu jugak nak try masak. Harini hubby on half day leave & kiddos on school holiday, so I've made this for our lunch. But I alter the recipe a bit.... gunakan apa jek yg ada in the fridge. Tak kose nak cari sage & I've added shiitake mushrooms. Bila Aryssa kata sedap... kira mommy dia lulus la :)

The original recipe from MasterChef Australia
Potato Gnocchi with Sauteed Prawns  

Yummy Gnocchi!!!
My version... a bit dry as I cut-off the butter. 
Guna sikit jek. Kata nak sihat kannn....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4, 2012

Another Version

Oh yes! .... I can't get enough of roast chicken. Sejak2 nak menjaga kesihatan & ada oven besar at home.... memang memanggang ajelah kerja. Tak kira la apa... ayam ke... ikan ke... kambing ke... 

Another version of my roast chicken. This time I steamed the chicken first before marinate & panggang ayam tu. Marinated with onion, garlic & ginger (tumbuk semuanya), salt, pepper, honey, thyme, oyster sauce & chopped parsley.
 
 Macam ni pun dah terliur!


 Steamed potatoes, carrots & celery ready to be roasted

 Menunggu dengan sabar....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 19, 2012

Roasted Chicken with Veggies

One of our favorite dish. Every week masak roast chicken sbb senang & semua suka. Byk version and this is one of it.

Saya selalu rebus dulu ayam & veggies yg keras mcm potatoes, carrots & corns. Ayam perap dgn olive oil, honey, salt, oyster sauce, pepper, fresh rosemary & lemon squeeze. Then, masukkan the lemon dalam ayam tu.

 The veggies that I used.
Potatoes, carrots, celery, mushrooms & tomatoes
Halia, bwg besar & bwg putih just belah 2 jek.
All mix with olive oil, salt & pepper


 At 200 degrees for 45 minutes
Kalau nak garing all parts, kena balik2kan ayam

Siap! Boleh makan ngan black pepper sauce with mushroom, mushroom sauce, chilli sauce or anything your choice. Makan mcm tu aje pun dah sedap :) Our favorite, Nando's Peri-Peri Sauce