Kami tidak melepaskan peluang berbuka puasa di kampung tercinta pada Ramadhan yg lalu... Kg. Sg. Kapal, Pengerang. Lagipun memang nak jalan2 keliling kampung. Nak tengok progress Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS. Alahai... lepas ni dah takde lagi la Kg. Sg. Kapal.... dah berubah wajah... dah lesap. Bukan menentang pembangunan... tapi entahlah. Sukar nak diluahkan. Hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu... yang faham.
Menuju kampung... jambatan di Lebuhraya Senai-Desaru
Singgah di Kg. Sg. Buntu.
Kawasan pantai kat kampung kami dah disekat... dah tak dibenarkan masuk :(
Kawasan pantai kat kampung kami dah disekat... dah tak dibenarkan masuk :(
Menikmati pemandangan di tepi pantai... budak2 sibuk nak main2 air.
Rumah atuk saudara, Yayi Kayat
Sementara nak menunggu buka puasa, kami pusing2 keliling kampung, menjenguk & ziarah org2 kampung. Sayu rasa dihati.Kalau kita rasa diri kita ni susah... banyak dugaan, serba kekurangan, sering menanggung kesakitan.... jom kita fikir ramai lagi hamba Allah yang lebih besar lagi dugaan yang mereka tanggung... diduga dengan pelbagai dugaan. Moga ianya memberi keinsafan dalam diri & kita sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah pada kita.

"Jika kau di tempat ku... ku pasti kau mengerti"
"Suka sahaja yang org nampak... duka di hati siapa yang tahu?"
"Rezeki sudah ditentukan Allah... jadi janganlah berhasad dengki sampai ada yang sanggup buat jenayah halus. Ingatlah... seksa Allah itu amat pedih"
Rezeki setiap manusia dan besarnya kekayaan yang akan diraih
sepanjang kehidupannya telah ditentukan sejak dia masih berada di rahim
ibunya. Maka di saat manusia ini masih sebagai janin dalam rahim
ibunya, Allah SWT mengutus seorang malaikat yang ditugaskan untuk
mencatat dan menentukan rezekinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya setiap orang dari kalian melalui proses penciptaan di
dalam rahim ibunya selama empat puluh tahun. Kemudia ia menjadi segumpal
darah sedemikian rupa, kemudian menjadi segumpal daging sedemikian
rupa. Lalu Allah mengutus seorang malaikat yang diperintahkan untuk
melakukan empat hal: “Tulislah perbuatannya, rezekinya, ajal
kematiannya, sengsara dan bahagianya.” Kemudian ditiupkanlah ruh
kepadanya.”
"Tumpang gembira pada yang senang... pada yang susah, sama2lah kita tolong mana yang boleh. Paling tidak... doakanlah yang terbaik untuk sesama saudara seIslam"
Dah puas pusing satu kampung
"Mommy, jom kita kejar ayam & kutip biji saga!"
Sekitar rumah... budak2 memang suka!
"Baba... jom amik degan tu.... mommy nak makan degan"
Di bangsal
Mengutip biji saga :)
Sangat suka pemandangan kampung
Dah nak masuk Maghrib dah... jom kita hidang juadah untuk berbuka.
Lontong, kuah lodeh, kari ayam, sambal kering tempe ikan
bilis, bubur lambuk, nasi goreng kampung, ondeh2, karipap, cara berlauk, air
tebu, air oren, teh O, buah jambu batu n honeydew.
Alhamdulillah... syukur pada Allah :)
Projek RAPID sedang rancak berjalan.....
.... kampung ku sayang ....









