you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label All About Me. Show all posts
Showing posts with label All About Me. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Always Cheezels

My forever favorite wpun dah tak sekronik dulu. Terkenang sahabat baik ku yg hantu Cheezels juga...

Tapi kat sini Big Ring :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 10, 2012

Coach Fabric Cleaner

Dah bertahun cari benda ni merata. Kat Coach Dubai... staff there soh anta dry cleaning je pun ok katanya tp takut nak cuba. Siap kirim member2 minta tlg belikan kalau2 ternampak. Akhirnya jumpa kat JPO. Puas hati. RM50 sebotol. Leather moisturizer pun ada.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Electronic Acupuncture


Ini adalah 'Electronic Acupuncture Treatment Instrument' for nerve & muscle stimulator. Selain dari acupuncture machine yang kecik comel tu....saya juga beli machine yang besar. My acupuncture doctor in JB yang tolong belikan in Spore before saya berhijrah ke Qatar. Dr Adam Wong tu jugalah yang recommend this machine. Ye laaa... kita nak dok jauh & masa tu tak pasti lagi semua treatment yang saya buat kat JB sama ada available kat sini ke tidak. So macam2 juga dia bekalkan untuk saya & siap bg practical training pada saya & hubby... tunjuk mana points yang berkaitan. Bukan suka2 boleh buat sendiri. Tu yang hubby pun sampai pandai buat needling juga. Alhamdulillah.

Kalau nak ikutkan, kena buat the treatment 3x sehari... macam kita makan ubat :) Taknak makan ubat yang kebanyakkannya ada side effect kan? (tak nampak sekarang, lambat laun timbul juga kesan pada kita)... maka kenalah buatlah 3x. Tapi kdg2 boleh buat 2x je sehari kalau busy sangat ngan domestic responsibilities yang tak sudah2 ni. Jadilah.. jangan tak buat langsung. Usaha biar berterusan. Dan syukur pada Allah.. dapat bertemu seorang acupuncturist kat hospital sini... yes, acupuncture kat hospital... sangat cool! Dah buat acupuncture treatment 13x. And Dr. Masoud ni pun pakar sakit jiwa rupa2nya. Haaaaa... Mmg best tau berbual ngan dia yang sangat2 murah dgn senyuman. Senyum memanjang. Muka ala2 Richard Gere but Arab version. Heheee.... Dgn baik hati juga Dr Masoud ni refer saya ke physio utk bantu masalah kaki yang lemah ni. And Dr Ilona ni pun cool sesgt... just love her session. Siap ajar dance steps la, sangat2 enjoy sbb dia suka buat lawak.

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan untuk tingkatkan usaha :)

Semoga segala ikhtiar rohani & jasmani menemui kejayaan. Insya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

Daily Routine

Acupuncture at home. Just loving it.

Semoga beroleh kesihatan yang lebih baik. Insya Allah.

Thanks to my laling... my trusted acupuncturist :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 19, 2012

3 and 4

Alhamdulillah. Syukur pada Allah masih lagi beroleh nikmat hidup. Semoga sentiasa mendapat rahmat Allah.


Thanks to all for the wonderful birthday wishes & doas


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Relaxing


One of my activity for relaxing is acupuncturing. Plus nak kena betulkan my urat saraf. Alahai... nama je "tak keje"... tapi langsung takde masa nak buat. Since been in Qatar, today is the third time. Dulu punyalah seboleh2 cari masa nak berakupuntur. At least twice a day. And now nak buat sekali sehari pun payah. Saya mesti... mesti cari masa. Today buat pun sbb tersedar yg kaki mcm bengkak sket n tapak kaki sakit bila pijak lantai. Water retention la tu. Moga Allah beri kesembuhan. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, December 23, 2010

No... I'm Not Ok

Why la some doctors just ignore their patients? Tak cukup tangan? Tak peduli? Ke dah fofular sangat ramai sangat patients nak jumpa dia & malas nak tgk go into deep. Even 2-3 tahun lepas dah byk nampak symptoms sana sini... still cakap... "no problem.. you ok. sakit you tak critical. masalah you sbb you stress, you are having anxiety depression, bla... bla... bla..." balik2 bagi ubat anti-stress, ubat tido, ubat depression. Luckily saya cuma pernah telan 2 shj. Dah buat MRI ntah berapa kali, CT Scan & x-ray jgn cakap la siap budak jaga kat situ sampai kenal. MRI baru2 nie mula2 my neorogist taknak buat any investigation sbb dgn penuh yakin dia katan MRI last year ok... normal... takde apa2 yg serious. Kluar jek dari bilik, dia panggil masuk balik cakap ada something not right MRI yg dulu. So, kena buat lagi sekali. Ape ni? Dulu kata ok, tadi kata ok... tetiba tak ok pulak. MRI yg latest nie pun dia main cakap jek takde ape2... normal also. Dah tengok betul2 ke? Alhamdulillah kalau takde ape2. Ni bukan isu nak salahkan sesiapa. Ini dugaan yg saya sangat2 redha & bersyukur. Cuma kadang2 risau especially mengenangkan Aryssa & Hadeef. Tu jek yg kacau my mind. Kalau sakit... Insya Allah saya boleh tahan.

Guess what... now masalah makin teruk. My tougue dah ke kiri... automatically. Mulut kiri dah ke bawah. Last Saturday perasan while brushing my teeth. Ya Allah.. ada sedikit panic & macam2 perasaan melanda. Before kejadian tu, byk kesakitan2 lain yg dirasai jugak. Kepala mcm kena tarik... bukan sakit pening, berdenyut or migraine. Then mata, bawah telinga, hidung, tengkuk... mcm ditarik2. Tegang. Sakit. Having double & triple vision (dan saya tak rabun langsung bila check-up). Gerak2 badan.... Rasa mcm tak boleh kawal diri sendiri.

As the hospital doctors semua pun dah malas nak treat me... saya continue with my acupunture, clinical reflex, special exercise & body alignment. Mmg lama nak pulihkan sakit gini... Moga Allah beri keizinan saya untuk sihat. Main nerve at the centre of the brain ada masalah. Dah mula kacau the body system. All I can do now is berusaha, doa, sabar & to have a positive mind (which sangat... sangat susah). Kengkadang menangis sendiri... kengkadang termenung... kengkadang mcm hilang semangat, takut, risau.. kengkadang frust... cuma bila mengenangkan Aryssa & Hadeef... I'll be strong. Treatment now mcm stroke patient. Yg payah sikit now saya tak daya nak masak & how to get healthy food? That's the challenge.

Ya Allah... aku redha & bersyukur dengan ketentuanMu.
Ya Allah... jauhkanlah aku dari penyakit2 critical. Berikanlah aku kekuatan zahir & batin... tenang & tabahkanlah hatiku. Panjangkanlah usiaku... moga dengan usia yang panjang akan mendatangkan kebaikan. Semoga aku sentiasa dalam Islam, Iman & Taqwa. Amin.

Baba, Aryssa & Hadeef.... mummy love you. Pray for me... Pray for us...
Thank you for making my life beautiful... Alhamdulillah

Sunday, December 12, 2010

Se7en Wonderful Years

ALHAMDULILLAH.... 
sudah 7 tahun "birthday kawin" mommy & baba

... plus these two budak kecik..
i'm soooo happy...!


 ... semoga berpanjangan ke akhir hayat... Insya Allah

Friday, July 16, 2010

Need a break...!!!

Tahap melampau tau mangkuk ni! Nak break la! Buat keje dah sampai tahap mabuk2 & nak muntah. Tolooooooooooooooooooooooooooooogg!!

Nak ke Sabah next week pun cam takde rasa apa.

Encik Azrey, bila saya leh resign nie? Tapi saya tau... your magic word akan menenangkan hati... "SABAR la yang....."

me..... PATIENCE . PRAY

Sunday, June 27, 2010

Sakit Itu Dugaan Terindah

Dada ku sakit... since khamis pagi kat opis. Jumaat malam ke klinik berdekatan rumah... dr. treated as angin. On medication for 2 days. Sakit on & off but moving towards positive... i'm positive too. Sabtu mlm... adus... time relax & dalam tido pun sakit semacam la pulak.... mcm ku pernah rasa. So, pagi tadi telah memaksa diri utk pergi ke panel clinic (jauh cam nak gi opis)... n my ECG was NOT in normal condition. My heart ada lemah sket... penat, stress, etc. Tak terkejut sbb dah pernah lalui although my mind ada sket worry. So... esok kena la further investigation kat Puteri Specialist... mainly to clear my mind  that nothing serious to worry about. Hoping my echocardiogram test esok ok. I'm seeing my cardiologist, Dr. Yap... doctor, please wash away my negative & stressful mind with your wonderful posotive words & sangat menenangkan fikiran itu.

Buku rawatan penyakit oleh Dato'Harun Din juga byk membantu. Insya Allah... I will be fine. Insya Allah...

Monday, May 17, 2010

3 IKON - Superb!

Mulanya konon tak larat nak gi outing.. tetiba kol 3.45 ptg.... "ba, nak ikut la!". Outing with Chot Touch kol 3 at Orchard Road mmg dah terlepas. So... kami bergegas to meet Saiful Nang kol 6 ptg at Fullerton Hotel. Saya ke sana setakat mendengar & utk tambah ilmu. Gadget tiada di tangan, mengalah ngan hubby. Bagi change dia nak polish his skills. Saya pun nak 100% participate pun payah... kata kan demam...

Briefing by Saiful Nang

Sunset at Boat Quay

Some shots during the outing.
Sia2 saya kena cubit ngan hubby gara2 terlalu "jujur"
Statement pencetus : 
"Ba, handsome tuuu.. the guy model, comel! Teringat my Takeshi!"
Hubby, "oooo.. duduk diam2 rupanya dok husha model"
(sambil cubit my butterfly arm... adusss!!)
Padam muka!







On Sunday, after Subuh dah bersiap2 nak ke Kota Singa. Thanks to my sis yg sudi jaga Eicha & Dideep.

Kat S'pore Custom Checkpoint, boleh pulak apek sorang nie gi langgar / gesel kereta kami. Adusss.. nasib baik tak teruk. Tapi apa2pun keadilan mesti dipertahankan. Yang salah tetap salah (plus kami ada saksi - abg kastam, yg menyaksikan kejadian depan mata dia). Dia pun beria2 kata apek tu tetiba potong Q and ask us to settle tempat lain. Si apek dgn blur & malas nak settle nanti2... terus nak bagi duit. Saya yg dlm kete nie terpk gak... habis ganas laki ku terus mintak duit dan2 tu jugak. Pastu bila masuk kete, siap leh tersenyum muka happy & puas hati. Ape cite? Tadi punya la muka bengang bile si apek langgar darling dia... nie tetiba suka la pulak. Rupa2nya dia bising2 mintak la paling2 pun nak RM300 nak ketuk la... spray la... Apek tu plak siap nego2 mintak kurang...."haiyya.... kurang sikit la. dua setengah la". Hubby pun kata ok la (dlm hati malas nak panjang2kan keadaan... org blakang sure sedang menyumpah2 sbb jam). Si apek yg baik hati telah menghulur Singapore Dollar 250 tauuuuuuuu! Mau tak terkejut?! Org dah bagi... amik je la... :P. TQ apek! Next time jgn potong Q & jgn gesel kete saya!

Sambung pasal seminar. The crowd... not bad. Tempat seminar @ Auditorium Masjid Sultan pun best, selesa. And yg paling puas hati... all the 3 fantastic guys mmg tak menghampakan. Thanks to Saiful Nang, Chot Touch & Mio Cade... you guys inspired me! Too bad saya tak stay after Zohor for forum sbb badan dah menggigil... taknak amik risiko, lagipun kat tempat org.. payah.

Some photos by Mio Cade


Man in Action... Saiful Nang

Saturday, May 15, 2010

Demam

Terpaksa melupakan hasrat nak join outing kat Singapore with Saiful Nang & Chot Touch ptg nie. Demam & selsama masih on. Hubby kenalah go alone. Hopefully cepat baik as the seminar on Sunday mesti mau attend. Sudah reserve tempat since 2 bln lepas. Rugi tak pegi. Insya Allah esok ok.

Friday, April 23, 2010

Pelita

Love this song.. TAKKAN KU MENYERAH KALAH, walau mimpi ku musnah, harapan ku hancur, sayapku patah... I really need this. Kata2 semangat although from a song.


A.P.I - Pelita (Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi stakat ini

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi

ulang Korus

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
Ulang Korus x 2
Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson

A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.

Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Wednesday, April 21, 2010

Without Title

As I grow older... makin byk cabaran & dugaan. Tak pernah terfikir.. tak pernah rasa yang saya tak dapat close support zahir & emosi. Mak ayah... I really really need you. I miss u. I don't have a true shoulder to cry on. It is my "heart secret". Kalau dulu boleh jek share ngan org2 dekat. Cam best jek rasa release, but I miss that feeling.  Love is "not so" around me.

No. I'm not OK.

I never thought that depression will feel like this... or even worst, i don't know. Apa yang saya tahu... now dah semakin kritikal. Memang secara zahirnya tak ada "penyakit serious".. (Alhamdulillah).. atau "penyakit serius" dah pulih... (Alhamdulillah).. dan yg ada sekarang adalah kesan dari yang dulu2. Org boleh suruh saya jadi positif... dan saya boleh jadi positif. Tapi org tak boleh jadi saya... saya pun tak boleh jadi org lain. Mental saya boleh jadi terlebih2 positive sbb Eicha & Dideep. Tapi kenapa budak 2 org ni sepatutnya yang boleh mengubah dunia saya jadi indah, masih tak cukup.

Ya Allah.. kurniakanlah aku ketenangan jiwa, kasih sayang sejati serta kesejahteraan & kebahagiaan dunia & akhirat.

Wednesday, March 31, 2010

me... DEPRESSION?


Image from google
Depression is a strong mood involving sadness, discouragement, despair, or hopelessness that lasts for weeks, months, or even longer.

Last week admitted @ Puteri Specialist Hospital. From MRI - brain nerves mengecut & stretched - migraine. Not a big concern to me although tu yg buat kepala rasa sakit. Alhamdulillah masih boleh bertahan, Dikurniakan kudrat yg tidak ternilai oleh Allah untuk kekuatan fizikal & mental.

The Neurologist, dengan sekali pandang kat muka saya yg lemah longlai, "Dear, why u look soooo down? What's the problem?". Then, dia memandang pada Encik Azrey... "Depression... she's having depression". Me... dalam hati, "Terkeluar juga perkataan tu from a doctor". Saya kena skola dlm bilik dia (tapi saya suka sbb saya mmg perlukan support & kata2 semangat). Saya senyum jek dia cakap apa pun sbb tak tau nak cakap / jawab apa. Saya cuma cakap sikit pasal my situation at work (sbb rasa ni faktor paling byk contribute towards my condition.. kot).. then she replied, "Org lain pun byk keje jugak... tapi relax jek. Jgn pk sangat". Masa dia ckp mc tu hati rasa nak memberontak atas dasar & konsep "kalau kau di tempatku, ku pasti kau mengerti". Tapi saya ok jek... senyum jek. Abis tu kalau dah namanya boss gile (especially time dulu2, now dah kurang sket sbb saya dah pandai melawan & fight for my rights), contoh paling melampau dan terlampau: Satu kejadian tak ada air selama 4-5 hari di Muar (di JB ada air), saya di suruh pergi beli air mineral 5kg x 15 botol (pergi bawak kereta dia, drive, pergi ke giant, parking, angkut 15 botol satu per satu (berat!), sorong trolley (berat gile ok!) and beli pakai duit saya dulu! Pastu tak abis lagi. Esok & seterusnya sampai la his family's house ada air... dia bawak botol mineral kosong sebyk2 tidak soh saya (saya terpaksa minta tolong org sebelah saya - dah resign pun kakak tu) isi semua botol2 tu ngan air paip sbb tok nenek mak bapak anak bini dia nak mandi, etc. Saya amik botol kosong dlm kete dia, sorong trolley, gi toilet penuhkan botol, tolak balik trolley ke kereta, angkat botol yg penuh tu masuk ke kereta... bla bla bla. Gile! So, itu yg di luar KPI saya yg saya kena buat (saya mmg bodoh). Kalau nak cite mmg tak abis & saya pun taknak stresskan diri nak ingat (mmg sampia bila2 pun mesti ingat punya!) benda2 tu. Kalau yg mmg keje opis.... isshhh... jgn cita la pemerahan tak hengat umpama memerah kain yg dah kering kontang... tapi tetap diperah.

Now, I'm drugs for 2 weeks (oh, i HATE this!)... tapi saya akur. Ada kurang sakit di kepala but peningkatan yg byk dari segi pemikiran... mental... rohani :). Thanks to kekasih hati, the kids (kesian Eicha always nangis time saya sakit - dia kata dia takut)... and of course my forever friends atas segala kata2 semangat & doa.

Semalam.. my 1st day at work after 1 week on medical leave. Guess what...? Sakit kepala saya dtg lagi. Lebih sakit dari yg dirasai minggu lepas & sebelum2 tu. Dah 1 week cuti.... byk keje (yg bukan keje saya pun sebenarnya) tapi bile kita buat jadi cepat siap & almost perfect, so jadi la mangsa. no, no, no.... mungkin tidak! I'm a different person at work now. I've (you people did!) done so much damage to myself & I will not make that continuing happen. Balik dari opis, mencurahkan rasa hati pada org yg paling setia mendengar (maaf la always jadi mangsa luahan perasaan). Nangis2 cam dah tak boleh control mungkin sbb perasaan yg dah terkumpul sekian lama. Tiba malam, kepala makin sakit. Ubat semua dah tak jalan. Hanya mampu berserah sambil membaca ayat2 al-Quran with khasiat khas for sakit kepala & kesihatan secara amnya. Dgn keadaan Eicha pun semakin tension with my health condition... dia pun sama2 nangis. Kesian dia... kecik2 dah tension ngan kedaan sekeliling. Today saya tak keje. Sakit. Dok rumah lagi bagus. Karang pergi keje saya sakit lagi... so how? Mcmana nak keje... or middle of April saya akan ok semula? Wallahua'lam.

Insya Allah... Eicha, tak lama lagi mummy akan sembuh. Cuma perlu sikit masa lagi, support, tingkatkan usaha & amalan & SABAR yg paling penting. Mummy syg Eicha! (khas for Eicha sbb dia seperti berada di tempat saya). Eicha (mummy & baba also.. Dideep dah mmg strong sbb tak brape faham situation ni) must be strong!

Thursday, March 25, 2010

it's not easy to be... ME

Assalamualaikum...

Hi! I'm back! Alhamdulillah... saya lebih bahagia... lebih kuat, support by kata2 semangat from family & friends. Thank you for the DOAs.

Now berehat di rumah FIL with my cutie pie Dideep sbb dia tak ke rumah baby sitter. Melayan ultraman with him di YouTube. Pening dia dok meng'fire" here & there ... and taknak tido.


I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me

I'm more than a bird
I'm more than a plane
I'm more than some pretty face beside a train
And it's not easy to be... me

I wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
'bout a home I'll never see
It may sound absurd
But don't be naive
Even heroes have the right to bleed

I may be disturbed
But won't you concede
Even heroes have the right to dream
And its not easy to be... me

Up, up and away, away from me
Well its alright
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy ... or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees

I'm only a man
In a silly red sheet
Digging for Kryptonite
On this one way street
Only a man
in a funny red sheet
Looking for special things
Inside of me

Inside of me..heee
Inside of me..heee
Inside of me..heee
Inside of me

I'm only a man
In a funny red sheet
I'm only a man looking for a dream
I'm only a man
In a funny red sheet

mmm it's not easy
ooo ooo ooo

It's not easy...
To be.............
Me................. 
 
... but saya bersyukur...  sbb saya terpilih utk semua dugaan ini...

Monday, March 8, 2010

don't be SHY....

.... have a cry (kalau rindu terkenangkan memori yg indah) or have a big laugh (mcm kita dapat mengharungi lagi situasi itu.... & masih teringat betapa happy, gile2 & bengongnya kita pada zaman dulu). Itulah dia zaman muda remaja. Enjoy!

 Seiring & sejalan... seindah bunga di taman....
Outing time beraya lah yg paling happening... sbb we all beraya in a big group
Rumah yg wajib kena serbu... rumah Deed, Ourul & Kak Chik
Sape soh rumah korang kat Kluang? Hehehe....



Kem Bina Negara oleh Biro Tatanegara
Tempat : Kem Jubli Intan, Batu Pahat, Johor
Sbb kena tido atas papan la bila dah tua nie kena gie Chiro Treatment sbb spinal dah misaligned ;P






My TEAM... ada sape2 ingat nama team kite?
Saya hilang ingatan part nie
Leader : Oly
Assistant : Khairun... eh? Lupa lagik!



 

  
Rasanya ambo nie rasa snap time nak mengejar bas.... 
Dah nak balik... selamat tingal kem. 
Saya takkan lupa kena bawak telur ayam ke mana2 *sigh*
Lari berkaki ayam atas jln tar...
and kena jadi the last girl in the line (requested by Cikgu Wahid) 
time masuk hutan malam2 sambil pegang lilin 
(sakit weh lilin panas jatuh atas tangan..... 
dgn nak nk control lilin dari padam + tutup mata)
Not forgetting from Day 2 onwards... air takdak
& kena amik air kat tasik... nak nangis 
(tapi cam la tak biasa pikul air berbaldi2 dari Segara ke Suria)
Apa2pun... saya bersyukur dapat peluang join that type of camp
and paling bersyukur dapat masuk skolah yg ku cintaik ini :)

Gambar2 before / after prep petang & prep malam. 
Prep petang sangat menguji (sbb ngantuk tak henga!)
Penat beb... budak skola asrama jek waktu skolanya panjang (7.20am-1.50pm)
 
Kawan saya yg kat tgh tu posing ala2 nak masuk Miss Universe
... or was it Miss Kluang?! ;)

  
Minah2 3 MELAYU 5

  
Oooh... saya rindu pada phone booth itew!
Rasa semua students pernah buat reverse charge call / parents call back
kita kat situ mengagak2 & sungguh pandai and tau2 jek bile time nak angkat
sbb the phone tak berbunyi! Terror kan?!
... and not forgetting saya penah kena DE-MERIT 3 points
(dari 20, tinggal 17)
gara2 kluar prep malam awal utk call mak saya
kalau lambat kan ke org ramai....

Before ke Majlis Maulidur Rasul

  
Dormmate saya (1995 Suria - C45)
Gambo dulu before inspection.
p/s - katil saya yg blakang Pau

 
After softball game. aahh... rindunya nak main softball!



Sempat lagi posing kat track - my last 200m at school
(oohh... manakah medal2 ku semua? Main humban jek)
"D-La tgh warming up kat blakang"

  
Jamuan BAPENA & AJK Makanan (budak2 MOBI)
Ni la muka org2 kuat Bapena & org paling MOBI - heheh!
Rindu pulak nak angkat tilan & katil with Ilie, Hani & dll.
Really enjoyed it... walaupun pinggangku sakit semua!

 Nie Jamuan Ahikr Tahun 1995 (kot!)

  
At one of the Jamuan Akhir Tahun / the ala2 formal dinner
 
 5 Sok Sek - i LOVE u ALL!
  

Tgh menunggu Encik Jailani Rusni utk ke our class dinner
kat one of the seafood restaurant kat luar
Kami tumpang his car. Saya duduk depan... 1 seat share 2 org.. ngan TJ kot.

Malam Aladdin - Jasmine
Kalau tak salah - Oly was my Jasmine & Ameng was my Aladdin
Banyak kan presents?
  

  

4SS

Rindu study room!!!!
Birthday Awie - kat study room
 
Birthday saya - kat study room gak.... nie kol 1 pagi
Hani tgh tido, aku bantai kejut :)
 

Yg nie paling saya suke... Treasure Hunt!
Team Name : Lady in BLACK
Rasa kami cam Top 3 team - out of 15 teams
(tak ingat... tapi top2 jugak la)
Ada satu boy's team tu - pun pakai black with army pants
... tiru jek! :)
Saya & Deed tukang lari (ye laaa... kami kan lari laju.. perasan!)
Kay & Mia tukang settlekan segala soklan & puzzle
sbb kami 2 org dah penat lari + tak boleh pk (alasan!)

 


Member2 datang rumah after SPM. Mak saya masak Nasi Minyak!
Saya pun rindu my mum's Nasi Minyak... tapi saya tau masak wpun takkan sama
kira ok lah tu...
 

Pompuan2 gile kat rumah Deed
Buat macam rumah sendiri :)
 

At Pizza Hut - Holiday Plaza
  

 

At Kota Raya 

At the High Street Cafe - at Selat Tebrau, Lido
Makan ngan Mia & Kay sekali
(Image removed)

At Mia's birthday party - JKR 75 Jalan Skudai

Trip to Singapore - overnight kat rumah Kay @ Cornwall Garden

Sekali seumur hidup la nak pegang ular gini
Gile punye witch & assistant dia yg bwk tombak
kejar kami bagai nak rak...  soh pegang jugak
(can u see kepala Kamal kat blakang tembok?)


adik "sebaya" ku... Kamal!

... saya rindu SEMUA setiap SAAT....
Adakah saya dirindui juga?