you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Being Healthy. Show all posts
Showing posts with label Being Healthy. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

PsiBands

What is "PsiBands"? Read here for more info.

 http://www.psibands.com/

My menieres... vertigo... motion sickness... still around after so many years. Masih berusaha untuk kesembuhan. Tetap berdoa, bertawakkal & berserah pada Allah selepas macam2 usaha yang dah dibuat, yang masih diteruskan. Insya Allah.... akan pulih sepenuhnya satu hari nanti. Kerana hanya Allah sahaja yang dapat menyembuhkan segala penyakit :)

Berbalik kepada PsiBands. Dalam berusaha sambil meng"google" apa2 yang berkaitan, terjumpa the website pasal benda ni. Saya memang looking forward to health products like this, lebih2 lagi fungsi this bands memang berkaitan dengan masalah kesihatan saya. I is actually an acupressure bands untuk masalah2 nausea (mabuk / loya) seperti morning sickness semasa pregnant, motion sickness dan lain2. Boleh baca kat link di atas. So, sape2 yang ada masalah2 mcm tu, bolehlah cuba pakai PsiBands ni.

Saya minta hubby tolong belikan online through amazon.com. Thanks darling :)      

Bought 2 pairs


The white "button" was designed to press / give pressure on the correct acupressure point for nausea (P6)

Hubby kena jadi model jap ;)

Point P6 ("Inner Gate") The point is found about two inches above your wrist crease on the palm side, right in the middle, in between the tendons. 

From wikihow.com
Find your acupressure point -- two or three finger widths down from the top crease in the wrist, centered in the groove between the two large tendons.
Find your acupressure point -- two or three finger widths down from the top crease in the wrist, centered in the groove between the two large tendons. 

Semoga dengan usaha & ikhtiar, Allah beri kesembuhan & redakan masalah kesihatan ni, Insya Allah.

Never give up!  

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 9, 2012

Di suatu pagi...

... yang ketika itu perut masing2 memang tengah lapar tahap gaban. Selalunya mommy je yang melayan oats & cereal, fruits for breakfast... sometimes Aryssa & Hadeef pun layan sama, but not Baba. Jarang2 nak makan cereal or oats. Roti2 masih ok lagi. The kids turun dari bilik after mandi... breakfast dah ready. 

"Wah... apa ni? Takde Nasi Goreng, Nasi Lemak... Mee, Roti Canai ke mi hari ni?!"

"Takde... hari ni awak makan cereal with fresh milk... tu ada mcm2 fruits & nuts. Juice pun ada"

"Nyumsss!"

Heee suka mommy dia..... simple breakfast & yet very healthy. And...

"Good morning..... sarap apa pagi ni?"

... dgn muka ceria sbb weekend biasanya breakfast "special" sket. Pagi ni betul2 special!

"Haaaaa.... ni je? Mana kenyang?!" ... muka siap mencebik. Kihkihkih

"Alaaaaa... bila lagi? Ok apa makan mcm ni..."

"Ye laaa....Syukur dapat makan...."

 Sedap la Baba......

 Mine.... Sedap!!!
Cornflakes with Fresh Milk, Kiwis, Raspberries, Almonds & Hazelnuts.
Lepas habis semangkuk... we all makan oranges & grapes

And then kol 11 pagi dalam kereta.... "Eh, nak lunch apa ni?". Amboi... baru kol 11 pagi dah lapar kah? Hahaha kesian Baba, belum biasa.... 11.30 pagi kitorg dah lunch! Macam tak breakfast pulak...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

Reflexology Points for Common Disease of the Ear

Just for sharing...

For those yg ada masalah vertigo, meniere's, body imbalance, dizziness, nausea, sinus & yg berkaitan... boleh la cuba

Jom sama2 usaha utk kehidupan yg lebih sihat. Insya Allah.

Guru of Reflexology - Ear

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, June 28, 2012

Electronic Acupuncture


Ini adalah 'Electronic Acupuncture Treatment Instrument' for nerve & muscle stimulator. Selain dari acupuncture machine yang kecik comel tu....saya juga beli machine yang besar. My acupuncture doctor in JB yang tolong belikan in Spore before saya berhijrah ke Qatar. Dr Adam Wong tu jugalah yang recommend this machine. Ye laaa... kita nak dok jauh & masa tu tak pasti lagi semua treatment yang saya buat kat JB sama ada available kat sini ke tidak. So macam2 juga dia bekalkan untuk saya & siap bg practical training pada saya & hubby... tunjuk mana points yang berkaitan. Bukan suka2 boleh buat sendiri. Tu yang hubby pun sampai pandai buat needling juga. Alhamdulillah.

Kalau nak ikutkan, kena buat the treatment 3x sehari... macam kita makan ubat :) Taknak makan ubat yang kebanyakkannya ada side effect kan? (tak nampak sekarang, lambat laun timbul juga kesan pada kita)... maka kenalah buatlah 3x. Tapi kdg2 boleh buat 2x je sehari kalau busy sangat ngan domestic responsibilities yang tak sudah2 ni. Jadilah.. jangan tak buat langsung. Usaha biar berterusan. Dan syukur pada Allah.. dapat bertemu seorang acupuncturist kat hospital sini... yes, acupuncture kat hospital... sangat cool! Dah buat acupuncture treatment 13x. And Dr. Masoud ni pun pakar sakit jiwa rupa2nya. Haaaaa... Mmg best tau berbual ngan dia yang sangat2 murah dgn senyuman. Senyum memanjang. Muka ala2 Richard Gere but Arab version. Heheee.... Dgn baik hati juga Dr Masoud ni refer saya ke physio utk bantu masalah kaki yang lemah ni. And Dr Ilona ni pun cool sesgt... just love her session. Siap ajar dance steps la, sangat2 enjoy sbb dia suka buat lawak.

Alhamdulillah. Allah tunjukkan jalan untuk tingkatkan usaha :)

Semoga segala ikhtiar rohani & jasmani menemui kejayaan. Insya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

Daily Routine

Acupuncture at home. Just loving it.

Semoga beroleh kesihatan yang lebih baik. Insya Allah.

Thanks to my laling... my trusted acupuncturist :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, April 5, 2012

Breads

Ntah dah berapa kali lalu kat this section during our groceries shopping, setakat pandang2 gitu jek la. Tertanya2 juga kenapa roti2 tu dok kat fridge section? What's so special? Mahal la kot...

Since nak pelbagaikan our choices for breakfast (balik2 kena telan oat, cereal & wheatmeal bread yg biasa) with fruits (yg part buah2 ni ok sebab suka to the max!), we all pun husha la this section. Fuuhhh.. fresh, mampat & solid betul roti2 kat situ. Banyak betul pilihan with lots of nutritious ingredients that surely will contribute to our healthy balanced diet :)

Some of the brands are Allinson, Kingsmill, Warburtons, Burgen and other brands. Harga pun ok, can get QR15-QR20 per loaf and tahan dalam seminggu. Sukanya... takde lah nak menelan oat aje!



 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Relaxing


One of my activity for relaxing is acupuncturing. Plus nak kena betulkan my urat saraf. Alahai... nama je "tak keje"... tapi langsung takde masa nak buat. Since been in Qatar, today is the third time. Dulu punyalah seboleh2 cari masa nak berakupuntur. At least twice a day. And now nak buat sekali sehari pun payah. Saya mesti... mesti cari masa. Today buat pun sbb tersedar yg kaki mcm bengkak sket n tapak kaki sakit bila pijak lantai. Water retention la tu. Moga Allah beri kesembuhan. Ameen.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 13, 2011

6 Ayat Untuk Penyembuhan Penyakit

Di kongsi kepada saya oleh Dr Fatma Az-Zahra. Enam ayat untuk penyembuhan penyakit dibaca sambil memegang tempat yg sakit. Atau bacaan ditiup dlm air. Air diminum dan disapu pada tempat yg sakit. 1) Surah At-Taubah Ayat 14. 2) Surah Yunus Ayat 57. 3) Surah An-Nahl Ayat 69. 4) Surah Al-Israa' Ayat 82. 5) Surah Asy-Syu'araa' Ayat 80. 6) Surah Fush Shilat Ayat 44. Mudah-mudahan mendapat kesembuhan dari yang MAHA ESA. Insya Allah

Saturday, October 9, 2010

Finger Acupunture

Biasalah... org sakit kan... mcm2 lah diusahakan. This is not my 1st time buat . Kali ni just 30+ needles jek... last time nearly 50. Nak sihat... ku gagahi jua. Alaa... bukan sakit sgt pun. Points kat this area = whole head / face area.

80% ready
Amacam...? Ada beran?

Thursday, April 15, 2010

Sugar

Thursday, April 1, 2010

Selawat Syifa & Mengubat Migraine

 

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 
 From Darussyifa Online
Bacaan Asas 10 Pertama & Rangkaian Zikir


Yang ini pula info from Syifa Al-Hidayah - ayat2 utk ubatkan migraine:

Nama Migraine
Kategori Fizikal
Pengenalan Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.
Sintom 1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT MIGRAINE:

(Pesakit hendaklah berjumpa Haji Luqman terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Naml ayat 71 hingga 81, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan Hj Luqman)

Address & Contact : Hj Luqman - Syifa Al-Hidayah

Wednesday, March 3, 2010

kisah SEMALAM

Entering the 4th week of bad headache, blurry vision, hilang focus, loya, muntah & rasa badan melayang2 tak kira masa... ada ke sesiapa yg mengalami situasi nie kalau tak byk , sikit pun tak rasa risau? Dari positive mind 4 minggu lepas dah bertukar kpd negative & yg positive tinggal 30% jek... tu pun bile tgk muka Eicha & Dideep. And yes.... mmg saya risau. Kisah panas... dah tak payah nak dibangkitkan lagi.

... so ape kisah semlm?

Saya amik time-off kol 11 (boss ok) sbb dah tak bole tunggu nak jumpa my chiropractor, Dr Michael utk my spinal adjustment & saya buat exercise there. Now, my routine - only once a week.... for me tak cukup although dah mmg after 6 months treatment mmg schedule cume seminggu sekali. Bukan ape... kat rumah kengkadang tak buat "homework". Always bagi mcm2 alasan... penat kalau dah nampak sofa / katil... hmmm pandang the home kit sebelah mata pun tidak. After adjustment, had lunch with my "dekat tapi jauh" fren, Makda. Susah nak jumpa minah nie although sama2 dok JB. Time jumpa Makda nie rasa melayang2 makin menjadi2. Borak2 pun ntah ape2 jek saya melalut. Fodd sampai pun dah tak bole nak makan.Kepala sakit geli. Makda siap soh saya tido dulu, dia abis makan baru dia kejut. Saya just bersandar & try to relax. Sambil tu dok call hubby utk buat arrangement - siapa yg nak amik kete saya kat carpark sbb mgg tak boleh drive back. Mata dah ke laut. Makda dah abis makan, dia tapaukan food saya & nak anta saya balik rumah instead of balik office. Saya pass kunci kete pada BIL... ntah brape la kete parking nie nanti. Mau lebih RM15! Parking mmg mahal tak hengat kat City Square tu. Takpe.... saya bagi RM20 mesti cukup.

Makda yg baik hati anta saya ke klinik dulu b4 balik.Klinik kat nga rumah jek. Kat sini kesabaran menguji lagi. Punyalah lama tunggu Dr Selvi... dia tgh lunch (katanya dekat2 situ jek).Lebih 1/2 jam. Rasa bersalah pulak kat Makda sbb dia pun tgh keje...kena pulak temankan & anta saya. Sambil menunggu, call uncle saya, Dr. Azis utk nutrition advise time2 gini... and of course sedikit motivation from him selalunya akan jadikan saya org yg paling +ve dalam sekelip mata :) Last week pun 3 hari berturut2 saya buat clinical reflexology with my uncle. 

So, after lebih 20 min consult with the doctor - low bp 90/60, urat dalam mata mengembang (sbb tgk pening.... be positive!), and ada buat test2 mainly utk mata. Dia bagi MC utk rest & ubat (sorry doctor... saya makan ubat doctor cuma 1 round shj sbb saya tau apa yg doctor pun tau ubat tu boleh buat kat badan / sistem saya & org lain juga. Saya dah tak boleh amik ubat2 mcm nie kecuali tahap terpaksa / darurat / takde choice lain pada satu2 masa tu.) Tapi lepas test2 exercise mata tu semua dia ckp mcm ok jek.... migraine (again). Tapi saya sakit sgt nie.... dugaan... Time discussion pasal ubat ngan dia, saya tanya... doctor nak bagi saya ubat ape? kalau poston / ubat2 migraine yg setakat nak menahan sakit & bukan memulihkan tu semua saya taknak. teruk betulkan patient mcm saya nie. Tapi doctor nie bagus, dia open sbb dia tau yg saya pun tak suke amik ubat2 gitu... tiada kesudahannya. First time jumpa dia in January, saya dah cite health history saya pada dia, ape yg saya makan & treatment apa yg saya buat. Kalau jumpa dia, mesti dia ckp stress saya sampai nampak kat muka, & bile saya mcm ceria jek hari tu... dia pun cakap... "wah... cerianya hari ni... mcm ni la best.."" :) Ape2 pun tq to Dr. Selvi sbb check saya betul2 & share byk information about being health. Borak ngan dia mmg tak lebih 15 minit tak sah. So, khidmat Makda diteruskan menghantar saya balik rumah. Thanks a lot Makda. I love u! (bukan sbb ko anta aku gi clinic & balik rumah)

Leganya rasa sampai rumah. Terus mandi, solat & makan spaghetti yg Makda tapau tadi. Hubby also rushed back from office sbb condition saya mcm dah tak tentu arah... semua tak kena. He brought me to see Dr. Khairi, a homeopathy doctor.... my 3rd time jumpa dia. Doctor nie best gile. Penerangan sampai 3-4 bahagian (it is not only about the clinical part, about geopathic stress la, energy at home & office la, nutrition part, how our partner can help us masa kita sakit, spiritual, solat hajat + some motivation... semua dia share with us).

Semoga Allah memberkati segala usaha & dengan kuasa Allah, saya akan pulih.

Thank you baba... byk berkorban masa, $$$, tenaga, semuanya selama ni..... hanya Allah mampu membalas. I love you! Eicha & Dideep... u r my strength.

To all my frens.... thanks for your support & prayers. Aku sayang kamu!

Bahagia & sabar di masa sakit... Insya ALLAH beroleh rahmat dari-Nya.

Saturday, November 21, 2009

Chiropractic Works!

Alhamdulillah... Allah izinkan usaha saya ini berhasil.

Improvement yang mula2 rasa macam tak percaya. Siap tanya my doctor... betul ke tu x-ray saya?! Dia pun gelak jek... plus dia pun tak sangka byk sgt but he did mentioned, saya succeed (to-date) sbb saya buat homework, ikut advise dia (kecuali tak rest cukup), tak degil, ikut schedule treatment (kecuali time cuti2 m'sia) hehhehe ;)

My improvement...


Loooooong way to go.... till July 2010. Doctor's target : Cervical loss 25%. Tak bole nak target perfect sbb case mcm saya nie slalu makan masa 2 thn lebih nak dapatkan the perfect curve. Besides, my nerves belah kiri nie semua mcm teruk jugak... doctor pun kena kerja keras to adjust my spine... here & there.

On my side pulak... diri makin berkobar2 nak buat lebih baik & consistent buat all the home kit exercise (yg kadang2 tu ada gak buat2 lupe). 2 minggu lagi, hubby's turn for the review... can't wait! Hope dia pun ada improvement... doctor pun dah bagi2 hint about the good news. Tungguuuuu....

To know more about Chiropractic & how our spine & posture affect our health :

Tuesday, August 25, 2009

Say No To........

McDonald's... sape yg tak pernah makan? Especially kids & teenagers. Selalunya kalau kita nak senang cari makan, fast food lah yg kita cari. Tapi kita mungkin tak tau apa yg dah jadi kat our body. Time kita kecik2 dulu, fast food tak la byk mcm sekarang nie. Now merata2 leh jumpa... so our kids lebih expose to all those fast food restaurants.

Just to share this....

http://www.diet.com/videos/play/4-year-old-mcdonalds-hamburger

Sejak umur makin meningkat, kami dah jarang2 ke fast food. Saya pulak mmg suka makan kat rumah. Jumpa pulak this video, seboleh2 kami elakkan.

Sunday, August 16, 2009

Chiropractic Treatment

Lately saya bz sgt with my Chiro treatment. Dah dkt 1 month & i'll be keep on bz with this for 11 months ahead.... 1 year full treatment. Hope this effort akan membuahkan hasil. Sejak wat chiro nie... ada mcm2 changes. Mula2 mcm tak bole cope sbb the initial respond to the body terlalu byk. Saya pun masa tu tak tau takat mana kena bertahan. Adakah semua tu normal? After dpt set appointment with the chiro dr, most of the question terjawab. Lagi satu saya happy sbb ada org tu pun join saya buat chiro nie.... actually his condition worst! Mmg prob dah lama & dia pun expected that. Takpe la... kami bersyukur kpd Allah sbb tunjuk kami jalan utk berusaha seterusnya after byk usaha2 lain yg dah kami buat - utk sihat, utk happy.

The 1st 3 weeks - berkobar2 & bersemangat nak gi treatment (3x a week - pegi after work), committed (ye la... bayar mahal, kalau tak rugi. Kesian org susah payah bayarkan :) tq ba!), highly motivated, happy, penat!!!

* Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Mulia & Penuh Keberkatan.