you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Simple2 Jek....

Kenapalah tak tau nak dok diam? Especially on weekends yang sememangnya masa untuk berehat. Kalau dah duduk lepak2 tgk tv or layan aktiviti santai lebih sejam, memang ke dapur la alamatnya lepas tu. Haaa.... mulalah nak menggayakan apa bahan yang ada kat rumah & nak manipulate benda2 tu semua sampai jadi satu benda yang sedap untuk dimakan... yang penting, SIMPLE!

Masa buat ni, we all ada play-date nak main rugby touch ngan 2 lagi families at the park. Memang langsung takde plan nak picnic or masak2. Paling kuat pun bawa air & some snacks. Oleh sebab dari tengah hari dok bersantai jek, saya pun ke dapur & prepared this. Nama tak tau apa sbb main belasah jek :)
 

 Pastry sheets

Heat some olive oil. Stir fry the sliced sausages + spaghetti sauce + pepper + salt
Spoon onto the pastry sheet (half) + cream cheese + add more sausages


 Sprinkle some mozzarella cheese on top


 Bake for 15-25 minutes at 160 degree celsius
Agak2 la... janji sampai masak, by looking at the pastry

Boleh makan ngan chili sauce or mcm tu jek :) Nyums!

Simple kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, November 18, 2012

Chicken Kabsah

First time cuba masak Nasi Kabsah ni... dipadankan dengan ayam panggang special & salad, sempena birthday Hadeef Eiman 12 November yang lepas. All members are happy... mommy pun senang hati :)

Resipi ayam panggang berempah ni, saya ambil dari Duhai Hati dan Yatie Memories. Cuma saya ada olah sedikit. Yang lain tu saya cuba masak / buat... dan alhamdulillah menjadi.

Jom tengok resipi...

Ayam Panggang Berempah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 sb rempah kari
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
1 sb minyak sayuran
1 sk serbuk lada hitam
2 sk gula
Garam secukup rasa
1 1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
(bahan* ditumbuk halus)

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam dan toskan 
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
3. Masukkan ayam & perap selama 2 jam atau lebih.
4. Susun ayam atas jaring dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Hidangkan ketika panas

 Ayam yang sudah diperap. Sedia untuk dibakar.

 Dah siap dibakar :)
Memang tak sabar nak makan!

Nasi Kabsah

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (dicuci, direndam selama 30 minit & ditoskan)
4.5 cawan air (sukatan air mengikut jenis beras / brand yang digunakan) 
6 sb rempah kabsah
4 sb minyak masak (sunfower oil / canola oil)
1 biji tomato bersaiz besar (dibelah 8)
Garam secukup rasa


Nota : 

Jika sukar nak dapat / beli rempah kabsah, boleh cuba buat sendiri seperti yang dikongsikan di sini : Homemade Rempah Kabsa

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan rempah kabsah 
2. Apabila mendidih, masukkan minyak masak dan garam
3. Kemudian, masukkan pula beras dan tomato dan kacau seketika
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak berderai. Kembur nasi perlahan-lahan.
5. Hidangkan panas-panas bersama ayam panggang, salad dan papadom



"Middle East Style" Salad

Bahan-bahannya:
1-2 pokok salad / lettuce / butter-head salad / apa2 yang sesuai (dicuci, toskan & dihiris)
2-3 biji tomato (dipotong dadu kecil-kecil)
4-5 batang cili padi (dihiris nipis)
2-3 batang timun hijau tua yg kecik2 tu /pickling cucumber (dipotong dadu kecil-kecil)
      Jika guna timun biasa, 1 batang dah cukup
Image from Google

Cara-caranya:
1. Campur semuanya
2. Simpan di dalam bekas bertutup di dalam fridge

 Masa groceries shopping that day, ternampak sunquick pink guava & strawberry ni. So, belilah sebab nak try. Memang sedap minum sejuk2.... cam masuk sangat sebagai drink masa makan Chicken Kabsah. All are great combination! Alhamdulillah....

Published with Blogger-droid v2.0.9