Jom Dhuhaa!
Oleh Mohd Yusoff Haji Ismail ~ Panduan Lengkap Sembahyang Sunat
Sembahyang dhuhaa ialah sembahyang yang dilakukan pada waktu dhuhaa, yakni pada saat matahari naik lebih kurang segalah hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (istiwa'). Sembahyang Dhuhaa ini boleh dilakukan sebanyak dua, empat, enam sehingga dua belas rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu salam.
Cara melaksanakannya :
1. Lafaz niat Sembahyang Dhuhaa
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuhaa dua rakaat kerana Allah Taala"
2. Terdapat 3 pilihan bacaan surah yang boleh dibaca selepas Al-Fatihah:
a. Rakaat pertama : Surah Asy-Syams
Rakaat kedua : Surah Al-Lail
b. Rakaat pertama : Surah Ad-Dhuhaa
Rakaat kedua : Surah An-Nasr
c. Rakaat pertama : Ayat Kursi (7x)
Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas
3. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut :
Video version ~ mudah untuk dihafal
"Hendaklah setiap kamu bersedekah untuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang keburukan adalah sedekah, dan sebagai ganti dari semuanya itu, cukuplah mengerjakan sembahyang Dhuhaa sebanyak dua rakaat"
~ Hadith riwayat Ahmad, Muslim & Abu Daud dari Abu Dzar r.a. ~
Jangan pernah berhenti berdoa & berusaha
Ya Allah, hanya Engkau pemberi rezeki
Semoga kami peroleh rezeki, kebaikan & kebahagian dunia & akhirat
Source : Google
Jom baca Surah Al-Waqi'ah
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Siapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kekusahan atau kemiskinan selama-lamanya".
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
20 Amalan Murah Rezeki
Jom tengok video ni & sama-sama renungkan













