This is totally a long due post :)
Alhamdulillah... dapat ke Cameron Highlands merehatkan minda semasa cuti balik Malaysia hari tu. Orang duduk tempat panas, bila cuti nak cari tempat sejuk :) Kami ke sana weekdays.. so memang aman & tenteram. Yang penting, budak2 happy.
Alhamdulillah... dapat ke Cameron Highlands merehatkan minda semasa cuti balik Malaysia hari tu. Orang duduk tempat panas, bila cuti nak cari tempat sejuk :) Kami ke sana weekdays.. so memang aman & tenteram. Yang penting, budak2 happy.
Rancang nak bertolak awal pagi... tapi bila dah kepenatan, kami bertolak lewat. Dah nak masuk tengah hari baru nak gerak. Syukur cuaca masa tu redup, perjalanan lancar. Cuma bila dah mendaki dari Tapah, jalan berlengkar2... pusing2... pening la juga kepala ni. Yg x boleh tahan bila driver pun cakap dia pening. Tapi bila dah sampai ke destinasi... hilang semua sakit kepala.
Otw, kami singgah di Hutan Lipur Latar Iskandar. Dah mula rasa sejuk..... maknanya memang takde sessi bermandi manda kat sini. Bagi chance Aryssa & Hadeef cecah2 kaki kat air aje. Tu pun Hadeef dah tak tahan, "Eeeeeee.... jejuknye air ni mommy!!" Haha!
Kami teruskan perjalanan ke atas, menuju Boh Tea Plantation di Habu, Ringlet. Perjalanan lebih kurang 15 minit dari simpang main road.
Subhanallah... memang cantik sungguh permandangan. Sunyi... hanya kedengaran bunyi angin menderu-deru & kicauan burung. Nyaman... Aman... Damai...
Bila tiba kat situ, kami terus ke Tea Center untuk ngeteh. Hehehe... yang sebenarnya perut memang lapar sebab belum lunch. Kami makan apa yang ada dulu buat alas perut. Makan2... minum2.. di kaki bukit, udara nyaman... view yg cantik.. banyak syiok wooo! Yang paling saya suka kat sini, Strawberry Tart.... sedaaaaapppp sgt! Memang dasar hantu strawberry, hantu tart!Kalau dah sampai sini haruslah makan scones, chocolate cakes ngan teh.
Lepas makan, kami jalan2 sekitar Tea Garden. Baru memanjat sikit... dah semput. Maklumlah, perut baru je kena isi. So, takde la nak memanjat tinggi sangat.
Hadeef... Hadeef... botol susu tak lepas!
Memborong teh di Tea Shop. Macam2 flavor ada. Our favorite ~ Laici & Ros and Passion Fruit & Orange. For Iced Tea dah semestinya Lemon-Lime! Kalau pergi jalan2 masa org lain sekolah, mesti Aryssa tension sebab org suka kacau dia cakap dia ponteng sekolah. Dia kata penat nak explain yang dia tengah cuti sekolah tapi org tak percaya, tetap cakap dia ponteng. Hahaha...
Haaaa... episod ngeteh kami belum berakhir. Check-in hotel pun belum lagi. Dah terlanjur lalu di Cameron Valley Tea House ni, kami pun singgah.
Strawberry smoothies without milk was so yummeh!
Kami check-in kat Strawberry Park lebih kurang kol 4. Tiba di hotel, masing2 kepenatan.....rehat kejap. Tak ramai sgt except ada la nampak some Arabs....maklumlah weekdays.
Our room - spacious... simple & nice!
Early dinner kat Smoket Bear @ Garden Terrace sebab dah tak tahan lapar & malas nak keluar. So makan kat hotel aje. After Maghrib, we all pusing2 naik kereta. Lepas tu balik relax kat hotel... tgk tv... layan budak2 main games & zzzzzz....
The next day after breakfast, kami visit Butterfly Farm, Raju's Strawberry Farm, Time Tunnel Museum and Rose Garden. Lunch kami tapau nasi campur kat pekan Brinchang & makan kat hotel. Budak2lah yang paling happy dpt visit those places.
At Butterfly Farm. Kat sini bukan hanya tgk rama2 je... byk juga haiwan / serangga lain. Ada tempat pembiakan cendawan juga. Entrance fee : RM5 per adult / RM2 per child
Dua beradik tgh busy memetik strawberry kat Raju's Strawberry Farm.
Inilah hasilnya memetik strawberry...dekat2 sekilo juga!
Scones lagi..... hahaha! Tak abis2!
Strawberry yang ni dapat free 2 boxes :)
Strawberry yang ni dapat free 2 boxes :)
Next..... Time Tunnel!
Entrance fee : RM5 per adult / RM3 per child
Seronok dapat tgk barang2 lama.... mengimbas kenangan silam
Cheeewaahhh! Cik Aryssa nak jahit apa tuuuu?
Suatu ketika dulu... kasut sekolah badminton master!
Love this! Ni sekolah zaman mak ayah kita nih...
Rotan bulu ayam! Heheeeee.....
Brapa mau?!
Oh the saloon!
Tuan kecik nak style apa?!
Jemput minum....
Rose Centre
Entrance fee : RM5 per adult / RM2 per child
Di Rose Centre memang kami tak round semua kawasan... dah penat. Kami terus ke Pasar Pagi untuk beli sedikit cenderahati, jagung & bunga. Dapat rasa cendawan goreng tepung & broccoli goreng tepung... sedap!
Borong roses....Aryssa sejak sampai dok tanya jer bile kita nak beli roses?
Ok... sudah2 la tu berjalan. Otw balik ke hotel, kami singgah pekan Brinchang untuk tapau nasi campur. Memang betul2 lapar masa tu. Lepas dah kenyang... dah solat... kami pun rehat kat bilik. Cuaca masa tu pun dah strat redup. Sedap betul tidur....
After Asar... kami meronda2 lagi kawasan sekitar & minum petang di Smoke House. Hujan renyai pada masa tu jadi kami ngeteh kat dalam. Tak dapat nak bersantai2 di luar.
The Lobby
Nak juga bergambar kat luar walaupun hujan renyai
Dinner kat Glory 78 Steamboat Snack Corner, Tanah Rata. Tak jauh dari Smoke House. Selain steamboat, ada juga Malay Cuisine & Western Cuisine. Harga berpatutuan... kebersihan tip top :)
Steamboat set for 2
Seronok Aryssa & Hadeef main masak-masak :)
The next day, after breakfast kami siap2 untuk balik KL. Agak rushing juga sebab dah ada appointment set earlier. Otw tu kami singgah beli sayur.
Dah ready to go back... layan main bubbles dulu!
Penuh satu kereta hasil balik Cameron....durian Ringlet mmg terbaeeek. Selonggok (8-9 biji) RM25 jer. Pening kepala bau durian dalam kete...nak wat camne....ada peminat durian dah setahun x jumpa durian. And campur dengan petai lagi. Adoiii... mmg bersabar sgt2! Malam tu kami makan serawa durian kat rumah Mama... Baba & Papa yang masak :) Alhamdulillah... dapat merasa durian sedap & dapat makan serawa. Nyumsss!
Azrey Rozie Eiman
Cameron Highlands ~ 28-30August 2012
Azrey Rozie Eiman
Cameron Highlands ~ 28-30August 2012































