Alhamdulillah. Masuk hari kedua berpuasa. Insya Allah... sebentar lagi masuk waktu Maghrib & berbuka.
Bila tiba Ramadhan... ibadah bersolat terawih sangat2 digalakkan. Rugi kalau kita tinggalkan kerana pahala & byk lagi kelebihan solat terawih kita sia-siakan.
Di Qatar, di kebanyakkan masjid, jemaah menunaikan 8 rakaat solat terawih... bacaan surah2 / ayat2 suci al-Quran yang panjang. Kemudian diikut pula dengan tazkirah / ceramah. Pada tengah malam pula, jemaah akan ke masjid semula untuk bertahajjud, bertadarus menampah amal ibadah di bulan yang mulia & penuh keberkatan.
Seperti di tempat2 lain di seluruh dunia... bulan Ramadhan sememangnya indah. Umat Islam memeriahkan masjid dengan beribadah beramai2. Timbul rasa ketenangan & kebahagian yang sukar diungkap.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 & menerima amal kebaikan & ibadah kita. Ameen







2 comments:
Sama mcm Brunei kan..
mlm tadi solat terawih 4 rakaat, then tazkirah... kemudian sambung 4 rakaat lagi.
Post a Comment