you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 27, 2012

Aryssa's Choice

Kalau part nak soh fikir menu nak masak apa.... memang bijaaaaakk sangat. Keje ni kalau bagi kat Aryssa memang best. Senang mommy dia takyah susah2 fikir nak masak apa :)

Ramadhan ke-6 hari tu, dia nak makan Kuey Teow Cantonese. Mula2 fikir senang la takyah nak masak 2-3 lauk. Satu ni je.... haaaa tapi lepas tu siap la mesti ada hasrat di hati nak soh masak benda lain. Kalau dah anak request... kita buat je la kan? Benda apa yang ada kat dapur tu... on je :)

 Kuey Teow Cantonese

Bahan2nya & Cara2nya (hidangan untuk 3 orang):
3-4 genggam kuey teow - dicelur, ditoskan airnya. Kemudian di gaul dgn kicap & digoreng dgn sedikit minyak. Goreng mengikut "portion" satu per satu (kalau 3 pinggan/portion, maka goreng 3x - bukan sekali gus kesemuanya). Balik2kan, angkat & terus diletakkan ke atas pinggan.

Untuk kuah:
Tumis 4 ulas bawang putih yg telah diketuk & 2 inci halia yang dihiris nipis
Masukkan ayam, udang, sotong. Boleh juga masukkan fishcake atau apa sahaja pilihan anda.
Masaukkan 3 cawan air dan kiub ayam. Masak hingga kuah mendidih.
Pecahkan 3 biji telur & kacau perlahan
Masukkan garam & serbuk lada hitam
Tambah 3 sudu tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
Masukkan sayur sawi  padamkan api 
* Boleh juga tambah baby corn & carrot tetapi masuk lebih awal (semasa masukkan air tadi kerana ia lambat masak)


Tuang kuang ke atas kuey teow tadi. Sedap dihidangkan panas2 bersama cili padi potong & kicap. Atau cili jeruk *saya x makan cili jeruk... tak pandai (:

Lepas tu teringin pulak nak makan Popia Kentang & Daging.


Hadeef tengah rajin nak tolong mommy kupas kentang
Thank you Hadeef :)

Inti Kentang & Daging

4 biji kentang - dikupas, dicuci & dipotong dadu kecil2 * direndam dalam air seketika
1 biji bawang besar dicincang halus
4 sudu besar serbuk kari *jika nak pedas boleh + 1 sb cili kisar semasa menumis
2 senduk besar daging cincang
1 1/2 cawan air
Perisakan dengan garam & 1 sk gula


Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang & kemudian daging cincang
Masukkan serbuk kari, kacau rata & masukkan kentang yang telah ditoskan dari air rendaman
Masukkan 1 1/2 cawan air dan sentiasa kacau untuk elakkan hangus di bahagian bawah
Masak sehingga kering & kentang empuk


*Dapat menyediakan 25 popia
Memang banyak juga.... mana habis makan sefamily. 
Bolehlah sedekah kat jiran-jiran atau frozenkan

Popia Kentang & Daging
Alahai comot je popia ku ini....
Thanks Baba sebab tolong goreng :)

Selalunya lah kan... kalau buat popia, kalau tak inti terlebih, mesti kulit popia yang terlebih. Kadang kalau dah kulit popia yang terlebih, nak simpan ntah bila la nak buat popia lagi. Tau2 dah keras kejung kulit popia tu. So... taknak membazir, Aryssa soh mommy dia buat Kuih Gunting ni haaaa... (ntah ye ke nama dia Kuih Gunting??? tak pasti la nama commercial tapi kitorg panggil nama tu) Yang ni turn Aryssa pula nak tolong sebab dia yang beriya2 soh buat. 

Kuih ni kalau buat... memang sekelip mata leh abis... penat pun belum hilang sekali toleh dah licin! Aryssa sanggup makan kuey teow sikit lepas tu mengadap benda ni konon cakap dah kenyang, padahal takut Baba dia abiskan... laju jek krap krup krap krup. Yang Baba dia pulak ngalahkan budak kecik... dok ckp "Eicha... jangalah abiskan. Baba pun nak jugak!!" Adoi... gasaklah... asalkan bahagia sudah.
Kuih Gunting

Gulung kulit popia macam gulung carpet :)
Di awal, tengah & akhirnya... 'glue'kan dgn tpg gandum yg dibancuh dgn sedikit air
Bila dah siap digulung kesemuanya, gunting serong (tu pasal kitorg panggil kuih gunting)
Kemudian goreng & toskan minyak
Tabur & gaulkan dengan castor sugar atau icing sugar
Ada juga yang sira dgn air gula
Tapi saya lebih suka jika disira dgn sambal pedas manis... lagi sedap!

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: