... nie cite last week. Takde nak bershopping / berjalan ke mana... kami just memenuhi hasrat nak makan apa & nak masak apa. Most of activities pun cuma di rumah.
Baba & buah hati enjoy melayan congkak.
We had tea hingga ke dinner at Seoul Garden City Square with Eicha's teacher + family. Syok jek budak2 kecik dapat masak sendiri.




Part makan maggi, kalau dah teringin sesgt, mmg saya tak tunggu2... terus masak & menikmati sepuas2nya. Skrang payah nak mkn maggi, lain la zaman skola2 dulu. Lapar jek terus cari maggi especially malam2 buta time stay up. Time bulan puasa kalau cet-cet... belasah maggi jugak, siap makan beramai2. Teringat hubby dok cerita pasal budak2 lelaki masak maggi dalam baldi... eeeyyuukkss!! Cam kembang jek tekak.
Konon nak main layang2... angin tak berapa bertiup kencang.
Dapatlah 15 minit jek... tu pun turun... naik, turun... naik
Last2 tersangkut kat pokok... hahaha!
Atas permintaan Eicha + Baba, saya masakkan la jugak w'pun dgn kepala kenoneng. Pulut kuning mmg fav Eicha. Tapi apa yg dia faham... kalau masak pulut kuning, mesti ada org berkhatan & lepas siap masak, mesti hantar ke rumah2 lain utk sedekah. Kalau part Baba pulak, lauk2 mesti lengkap. Lega rasa dapat masak apa yg Eicha nak sbb dia dah request lebih 3 minggu lepas. Banyak jugak dia makan :)
Sambal Udang
Rendang Daging
Pulut Kuning
Nasi Minyak... masak sikit sbb saya tak boleh makan pulut
My Pulut Kuning Set
Sengkuang with Kuah Rojak & Kacang Tumbuk
Teringat time skola rendah... suka sangat makan benda nie
Bubur ChaCha
Rasa2nya this weekend cam sama jek activiti keluarga. Masak. Makan. Jalan2 waktu malam sahaja :)































