you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 9, 2010

Finally...

.....no more Carlsberg :) 

Dapatlah saya belikan utk orang tu.... nak tak?
(hehehe... lagi mau tanya)


Fernando Torres in the New LFC Home Kit 2011
Photo courtesy of Liverpool FC

apakah MAKNANYA?

Khamis baru nie telah bekerja hingga larut malam untuk Annual Awards Dinner 2009... BEKERJA ye... bukan datang utk makan (dapat makan 4-5 sudu shj sedangkan ada 8 courses), pakai cantik2, borak2 bergelak ketawa, enjoy the show or dapat award. Like this industry... dah mmg dinner & awards hanya utk agents. Tapi apa2 pun saya happy dapat sama2 with other committee members menjayakan this event.Ramai juga yg kata... "kira bertuah la you ada this year, bersyukur, ada juga org nak take serious about this event. Kalau tak, org sibuk dinner... you dalam hospital!". Dah 2 awards dinner & 1 celebration dinner saya missed.

We organized everything from A-Z. Suka.... terubat rasa rindu nak kerja di hotel cam dulu cuma now I'm the "client" :) Yang best this time, hubby pun on duty during this event as photographer. So, barulah dia tau & percaya yg saya makan takat tu shj during dinner & saya bekerja bagai nak gile berlari sini sana. Dinner 2 tahun lepas... dia pelik saya balik tgh2 malam cakap lapar mcm nak pengsan.... haaaaa... sekarang dah tau kenapa kan...?


Backdrop artwork by Rais
Theme : Sweden & Norway 
(follow the destination of the Summit Club Convention)

Busy selling the Budimas Charity tickets. 
We sold about 50 books (250 tickets)... Yeay!

May, Me & Kay

Tuesday, April 6, 2010

Najwa's Birthday

3 April - birthday my niece, Khamila Najwa. Takde la buat party beria pun... just panggil member2 sebelah rumah saja. Happy Birthday Wa!



 Tak abis2 with her bubbles

 Kalau Dideep memanjang cengeng cenggini... 
mcmana la nak ada adik?!

April pun byk birthday kengkawan. Happy birthday to Kak Sha, Awie, Didie, Makda, Zai, Ilie, Kak Faezah... dan yg lain2.

Happy 1st anniversary to Ika  4/4 & Makda 19/4 gak :)

Friday, April 2, 2010

New Haircut

New haircut for Dideep. Gunting kat Mamak je. Saya tak teman dia sbb kalau diteman mummy... mengada2 & merengek2. Saya & Eicha tgk dari dlm kereta. Inilah hasilnya... his first haircut. No botak head this time :)


Laaa.... rambut depan si kakak pun dah panjang jugak...

Iklan jap...

Saya kan sebenarnya kan.. selalu berangan nak jual makanan (saya suka & enjoy memasak) tapi taknak bukak kedai makan. Kengkadang bila masak di rumah, beria2 umpama memasak & menghidang utk pelanggan. Hahaha... berangan lebih. I love to cook for guests menjenguk ke rumah jugak... itu yg paling saya suka. Kalau sihat & berkesempatan... makanan sedia saya hidangkan :)
Spaghetti Carbonara with Chicken Meatloaf & Mushroom
(Dinner - last  Sunday)

Thursday, April 1, 2010

Selawat Syifa & Mengubat Migraine

 

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. 
 From Darussyifa Online
Bacaan Asas 10 Pertama & Rangkaian Zikir


Yang ini pula info from Syifa Al-Hidayah - ayat2 utk ubatkan migraine:

Nama Migraine
Kategori Fizikal
Pengenalan Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.
Sintom 1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala

2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta

3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.

4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT MIGRAINE:

(Pesakit hendaklah berjumpa Haji Luqman terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Muhammad ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Asy-Syura ayat 17 hingga 26, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah An-Naml ayat 71 hingga 81, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

(Ayat-ayat untuk rawatan seterusnya, sila berjumpa dengan Hj Luqman)

Address & Contact : Hj Luqman - Syifa Al-Hidayah