you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, October 5, 2011

From Eicha To Baba

Eicha dh pandai YM Baba buat pengubat rindu. Her 1st YM to Baba

Baba echa rindu baba i love you
Baba pergi dekat mana
Baba echa love baba
Echa tak noti
Baba echa takde makanan (Yg ni part geram. Padahal mommy tgh prepare food!)
Baba jawab la echa

Dia memang rindu baba the most!

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Buat Semua 
Maaf Zahir Batin

... ikhlas dari kami sekeluarga...

Tuesday, August 16, 2011

Bakal Dirindui

Diam tak diam, dah masuk hari ke-16 Ramadhan. Alhamdulillah, masih mengejar kebaikan di bulan yg mulia ini. Aryssa pun dah banyak perbaiki diri, dapat berpuasa 12 hari penuh setakat ni. Syukur! Kuat betul semangat although kengkadang dia tak bangun sahur.

Last Friday sempat balik kampung sekejap utk hantar beras & duit raya. Every year bila sampai masa nak distribute, mesti saya jadi emosi. Rasa sedih & simpati pada nasib mereka especially bila melihat warga emas yg dah tak berdaya tinggal seorang diri. Aduhai.... luluh hatiku. Bawa Aryssa & Hadeef untuk turut serta, biar mereka tengok sendiri bagaimana org lain yang hidupnya serba kekurangan. Penuh keinsafan. Ya Allah, ku amat bersyukur dengan apa yang ku ada, dengan segala nikmat yang Kau berikan. Alhamdulillah.

For sharing, Insya Allah yang lain boleh sama2 join this program, Projek Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Berjaya mengumpul beberapa helai baju baru sebagai sumbangan untuk anak-anak yatim. Terima kasih pada kawan-kawan yang sama2 contribute for this project.

Selamat memeriahkan bulan Ramadhan dengan membuat amal kebaikan. Marilah sama2 kita perbaiki diri kita. Insya Allah

Oh Ramadhan, dikau bakal ku rindu

Wednesday, July 20, 2011

Jalan - Makan - Sayang

Date : 7 to 11 July 2011
Route : JB-KL-PANGKOR-TAIPING-PENANG-KL-JB
Members : Baba, Mommy, Aryssa, Hadeef & Tok Bak

Alhamdulillah... dapat bercuti, jalan-jalan & makan-makan with family. Saya suka! Planning nak jalan2 pun sebab nak pergi wedding hubby's colleague kat Taiping. Dah alang2 berjalan jauh, hubby pun ajak ke Pangkor & Penang sekali. At last.... dah bertahun2 ajak ke Penang asyik nanti... nanti...
Sawah padi luas terbentang. Aryssa punya la suka.
Kat Johor manalah ada sawah

Ke Pulau Pangkor
Saya pernah ke sana tahun 1997 dengan budak2 ACHEM. Masa tu study kat Trolak. Hubby, FIL & budak2 never been there.... mereka excited esp hubby sbb tak sabar2 nak main jetski
Kakacha & Dideep is like forever loves island... suka sangat main air!
Bersiap2 nak ke pantai. Yeay!


Snorkeling area.... lupa pulak nak bwk roti nak bg ikan makan
First day kami lepak kat Coral Island, pantainya landai

Fun! Fun! Fun!
View from Pulau Penyamun


Orang paling happy sbb dapat main jetski sepuas2nya

Pantai Teluk Nipah, Pangkor
~ Buah hati ku ~
Dinner kat tepi pantai, Gerai Mamah
Ikan jenahak bakar & air asam memang terbaik. Yg lain pun sedap!
Cuma tak faham kenapa sotong goreng tepung & butter prawns nak kena ada rasa pedas yg budak kecik tak boleh tahan?
Tapi utk org besar mmg sedap :)
Otw balik, Aryssa beli jagung bakar... dia kata nanti malam2 dia lapar
Bya bye Pangkor. FIL cakap tak puas
Takpe la Bak, next trip Insya Allah kami nak ke Tioman, we will bring you ok :)

Dari Pangkor kami ke Taiping to attend a wedding
Ya Allah, jauuuuuuuuhhhnya kampung dia.
Kelaparan dalam kereta & we were the last guests yg tiba
Nasib baik ada lagi rezeki. Alas perut sebelum ke Penang pula.

First day kat Penang, kami stay kat Tune Hotels. Sampai pun dah petang.
After solat & rest sekejap (kesian hubby penat drive), kami pun mulalah aktiviti jalan2 cari makan :)

Lewat petang kami ke Gurney Drive.
Pekena Pasembor, Char Kuey Teow, Laksa Penang, Nasi Ayam for Aryssa + Dideep & Satay (ni jek yg tak sedap). Alhamdulillah dapat makan all the delicious foods. Oh.... the laksa was so so sedapppp!
Perut pun dah kenyang, kami terus menuju Batu Feringghi utk ke Hard Rock & Night Market.


Aryssa ajak tido sni... next time la darling. Insya Allah
Happening sungguh at Hard Rock & Night Market. Punya la ramai manusia.
Tak kuasa nak merayap to the end plus sgt tak tahan bau rokok, bau org, bau campur2.
Me & hubby dah sakit dada & nak bernafas pun payah. Hadeef pulak noti Ya Rabbi. Nak beli semua benda yg dia berkenan & soh Baba + Mommy carry dia all the time. Hhaaaaaaaa.... seeemmmmppoooottttt!!!
Hadeef.... u are not a baby anymore dear!

Back from Batu Feringghi, kami mencari nasi kandar pulak.
hmmmmm... nak pegi nasi beratur kalau kol 10 malan... sah sah mmg la kena beratur 2-3 hours... kedai pun baru bukan. Hubby setakat gie menjenguk shj. Kalau nak gi kol 3-4 pagi, mmg la beratur setakat 4-5 org je. Budak2 dah tido dalam kereta, Bak pulak sakit kaki, me & hubby teramat lapar (tak sedar tadi dah makan punyalah byk!). Maka kami pun berlalu pergi dari beratur & terus ke line clear. Bak kata bungkus aje la sbb budak2 tido kesian nak kejut (kalau kejut pun lebih kesian kat mommy dia sbb nak kena pujuk & melayan budak mengamuk... oh tidak!). Makan di hotel, mula2 buka bungkusan nasi kandar... mak oi, byknya... ayam pun besar tak hengat! Makan slow2.... tup tup licin! Hahahha!
Tido ngan perut buncit penuh ngan food!
Alhamdulillah :)
Second day, pagi2 dah check out sbb nak merayap & check in to other hotel. Kami breakfast kat Transfer Road - Roti Dinding & Roti Bakar Telur Goyang. Teh Tarik terbaek. Repeat order! Penuh dedikasi betul mereka yg kerja kat sini - cepat, pantas, berbudi bahasa. Saya bagi 5 bintang! Hubby sempat pulak beli karipap besar. Satu RM1.20. Sedap! (Semuanya sedap.... naik berkilo2 la nampaknya)


Jom ke Bukit Bendera! Double Yeay!

Dideep & Friends happy sbb dapat coach no. 1, paling depan!
Nice view. This new train laju. Kejap jek dah sampai atas.
Alhamdulillah... whether cantik, tak panas & saya tak kena migrain.

Dah bersuka ria kat Penang Hill, kami ke Toy Museum
Triple Yeay!
Fee : RM10 (Adult) & RM6 (Child)
Time nak bayar, dlm hati ku... ape ke mahal? Siap asked discount for senior citizen ;)
Tapi bila dah masuk dalam... it worth!
Kat sini bukan budak2 jek yg suka. Mak bapak budak pun suka!
The toys collection... sangat sangat best.
The Star Wars section... suka!
The artwork on the tiny2 characters pun detail.
Bravo la uncle jaga counter (he's the owner)


and again... craving for foods

Lunch at Hameediyah
Can't compare with Bryani Johor. Sbb bagi saya penggemar bryani tegar, kedua2nya mmg berbeza. I love this bryani too. Ayam goreng wpun nampak biasa, ia mmg sedap & match dgn rasa nasi (nasi ada rasa rempah pedas2). Hubby & Bak had bryani kambing. Nak bungkus bwk balik hotel sbb pk after swimming sure lapar, tapi takut kena jeling ngan hubby... hehehe *agak tak kenyang2 bini aku ni makan, rasa dah cukup aku bagi makan*. Tapi my hubby ku mmg memahami. Dia tetap bungkuskan murtabak daging utk minum petang kat hotel. Petang nak lepak2 & berendam. Request murtabak taknak bawang. Mamak tu ckp *Sorry kat, sini bawang semua sudah campur itu dalam sekali*. Terpaksa akur & dah terbayang2 petang karang mmg muka mommy ni la yg kena asingkan bawang utk budak dua orang tu.
Check-in kat Northam All Suites Penang
Puas hati.... seperti yg digambarkan.
Bilik besar, spacious hall & working area, 2 toilets - satu tu besar yg amat + ada jacuzzi. Cruiz!
Swimming pool pun best.... nice view... windy!
Yang kureng cuma TV masih guna tv lama & volume up to 16 only. Sepoi2 bahasa shj mendengarnya.
Lagi satu.... no pool for kiddos. Need more energy nak jaga mereka yg tak tau takut air ni. Penat!
Nasib baik balik swimming ada murtabak utk dimakan. Hihi!

Lewat sikit kami keluar for dinner malam tu.
FIL pun tak ikut - nak rehat, tgk TV & tido kejap.
Pesan tapau for him jek
Bersantai di Padang Kota. I just love this place. Rasa aman & happy. Masing2 with friends & family, melayan kerenah anak2. Walaupun esoknya hari bekerja, diorang ni mcm relax jek like no stress although mlm makin lewat. Tiba kat muslim food court jek, mula la rambang mata... semua nak. Saya makan sotong kangkung & sotong bakar (the best I had all of my life). Rezeki memilih kedai yg terbaik :) Sotong kembang dia very the lembut, fresh kangkung & kuah sedap. Hubby makan Char Kuey Teow (again). Mula2 plan nak pegi CKT Sani... pastu mcm jauh skett & malas. Semlm nak singgah makan mee udang sebelum masuk Penang pun terlepas. Tu namanya takde rezeki. Insya Allah next time dapat merasa makanan yang lain pulak.
Otw balik, lalu kat lori2 putih tu mancari rojak menjerit. Tapi bila dah jumpa, tetiba mcm taknak pulak sbb perut dah cukup & taknak la asyik ikutkan nafsu makan ni. Dah la tapau mcm2 for FIL & of course kami akan menumpang makan jugak nanti :)

Overall, bersyukur dapat jalan2 & makan2.... dapat spent time with family mmg happy yg tiada tandingannya. Thanks to hubby sbb selalu bawa kami jalan2, makan2 although saya tau dia busy with works & mmg penat, can't rest much.
Looking forward to our next jalan2 to Tioman Island or maybe Cameron Highlands
... and hubby said nak ke Penang lagi sebelum berhijrah :) Hoping my friends can join. Jom!

Tuesday, July 12, 2011

Nur Zayra.... Welcome to the World!

Dapat anak sedara baru (hubby's side). Geramnya tgk si kecik nie. Comey..... asyik tido jek. Tak dapat nak gomol puas2... karang mengamuk payah pulak.

Maaf gambar tak berjaya di'rotate'. Aryssa with Baby Zayra


Dok mengadap baby jek la kerja dia. Suka sgt baby girl!
Abam Hadeef with Zayra