Alahai.... tengok gambar ayam percik kat my friend's tweet, tekak terus terasa nak makan. Tapi pagi tu dah keluarkan ikan from freezer, so buat percik ikan ajelah. Nak keluarkan ayam... ntah pukul berapa bole start masa sebab masa tu dah kol 11 pagi. Ikan pun..... ikanlah!
Masak ikut rasa hati & apa yang available :)
Bahan-bahannya:
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
(Kisar halus semua bahan *)
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan
2 sudu besar air asam jawa / ikut citarasa
Sedikit gula
Garam
Cara-caranya (Kuah Percik):
Tumis bahan kisar halus dengan sedikit minyak sehingga naik bau & masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak. Masukkan serbuk kunyit
Kemudian, masukkan santan, perasakan dengan garam & gula
Akhir sekali, masukkah air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat
Lumurkan ikan bersama sedikit serbuk kunyit & garam. Bakar sehingga ikan separuh masak.
Tuangkan kuah percik ke atas ikan.
Bakar semula sehingga ikan masak. Sedap dimakan panas-panas!
Ikan Percik dimakan bersama Nasi Lemak & Sambal Tumis Telur.
Semoga sentiasa bahagia berada di bawah limpah kurnia & rahmat-Nya...
Semoga ke pintu syurga. Amin.
Semenjak kau hadir dalam hidupku Tiada lagi keresahan Kau mengetuk pintu hatiku Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu Merindui dirimu Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah
Yang Terindah by Dakmie, OST I’m not Single
Alhamdulillah. Happy for each other.
Syukur pada Allah atas semua rahmat.. nikmat kurniaan-Nya... atas semua dugaan yang Allah beri kerana dengannya kami dapat perbaiki diri... lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Mudah2an kami dapat sentiasa perbaiki diri untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik. Amin.
Lepas 10 hari on Eid holiday, kembali ke sekolah last Monday. Masing2 liat je nak siap walaupun xde drama pagi tu.
Tunggu.. punya tunggu.. punya tunggu, Ashraf si drebar Dideep boleh pulak tak datang2. Member 2 org dah ngamuk2 sebab sah2 la lambat masuk kelas.
Call ntah brape kali x dpt... sms... call the other driver to check... dia pun sama x dpt contact si Ashraf. Last2... Baba managed to call him. Boleh pulak keluar skrip, "Why u never tell me last night?" Eh rasa mcm nk cepuk je mamat ni... tapi... sabar. Malas nak ckp byk. Yang pasti dah bgtau verbally bila start class & siap tulis kat note n passed to him. And he was late... 1 hour!!!
Lambat mcmana sekali pun... sekolah tetap sekolah. Budak2 masuk kereta menghempas2. Hahaha! Si Ashraf tunduk je...