you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 7, 2012

Ikan Percik

Alahai.... tengok gambar ayam percik kat my friend's tweet, tekak terus terasa nak makan. Tapi pagi tu dah keluarkan ikan from freezer, so  buat percik ikan ajelah. Nak keluarkan ayam... ntah pukul berapa bole start masa sebab masa tu dah kol 11 pagi. Ikan pun..... ikanlah!

Masak ikut rasa hati & apa yang available :) 

Bahan-bahannya:
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
(Kisar halus semua bahan *)
2 sudu besar cili kering kisar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
1 cawan santan 
2 sudu besar air asam jawa / ikut citarasa
Sedikit gula
Garam

Cara-caranya (Kuah Percik):
  1. Tumis bahan kisar halus dengan sedikit minyak sehingga naik bau & masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili masak. Masukkan serbuk kunyit
  2. Kemudian, masukkan santan, perasakan dengan garam & gula
  3. Akhir sekali, masukkah air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat

 Lumurkan ikan bersama sedikit serbuk kunyit & garam. 
Bakar sehingga ikan separuh masak.

 Tuangkan kuah percik ke atas ikan.

 Bakar semula sehingga ikan masak. Sedap dimakan panas-panas!

 Ikan Percik dimakan bersama Nasi Lemak & Sambal Tumis Telur.

Alhamdulillah :) 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Yang Terindah

Cinta Yang SATU... hanya untuk ALLAH
Tetapkanlah Iman kami kepada-Mu Ya Rabb

Our 1st Umrah ~ 18 February 2012

Cinta pada si dia yang dipinjamkan oleh Allah... 
Semoga sentiasa bahagia berada di bawah limpah kurnia & rahmat-Nya... 
Semoga ke pintu syurga. Amin.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Yang Terindah by Dakmie, OST I’m not Single


 
 Alhamdulillah. Happy for each other.

Syukur pada Allah atas semua rahmat.. nikmat kurniaan-Nya... atas semua dugaan yang Allah beri kerana dengannya kami dapat perbaiki diri... lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Mudah2an kami dapat sentiasa perbaiki diri untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik. Amin.

Tuesday, November 6, 2012

Sis-Bro Time











Walaupun ada kalanya bercekau... tapi selalunya & kebiasaanya, mereka sgt2 close. Semuanya mereka buat bersama. Alhamdulillah :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

He was late!

Lepas 10 hari on Eid holiday, kembali ke sekolah last Monday. Masing2 liat je nak siap walaupun xde drama pagi tu.

Tunggu.. punya tunggu.. punya tunggu, Ashraf si drebar Dideep boleh pulak tak datang2. Member 2 org dah ngamuk2 sebab sah2 la lambat masuk kelas.

Call ntah brape kali x dpt... sms... call the other driver to check... dia pun sama x dpt contact si Ashraf. Last2... Baba managed to call him. Boleh pulak keluar skrip, "Why u never tell me last night?" Eh rasa mcm nk cepuk je mamat ni... tapi... sabar. Malas nak ckp byk. Yang pasti dah bgtau verbally bila start class & siap tulis kat note n passed to him. And he was late... 1 hour!!!

Lambat mcmana sekali pun... sekolah tetap sekolah. Budak2 masuk kereta menghempas2. Hahaha! Si Ashraf tunduk je...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rindu Lagi...

Ya Allah... jemputlah kami lagi sebagai tetamu Mu. Izinkanlah kami ke Baitullah. Rindu.... teramat rindukan ketenangan di sana.

Published with Blogger-droid v2.0.9