This is the 4th Ramadhan for Aryssa.... yang mana dia mula belajar berpuasa di usia 4 tahun & hingga dia dapat bertahan untuk berpuasa penuh tahun lepas. Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana agak mudah untuk latih dia berpuasa. Approach kami pada usianya 4 tahun mudah sahaja. Bercerita tentang Ramadhan padanya.... kemuliaan, keistimewaan & kelebihan bulan Ramadhan. Kalau nak ikutkan... semuda 4 tahun, agak kurang mengerti. Dan kami juga tak memaksa... kalau tak tahan, bolehlah berbuka. Mana tau anak kita merengek nak buka memang sebenarnya perut dia tengah pedih sangat ke apa kan? Tapi itulah, banyak faktor yang membantu.... environment, education, kat youtube & tv pun byk rancangan kanak2 yang highlight pasal puasa ni... mcm kartun Upin & Ipin. Saya rasa ada membantu juga. Lagipun sekarang ni yang saya nampak, memang kecik2 lagi anak2 dah mula berpuasa. Alhamdulillah....
Bila dah 7 tahun ni.... bertahan la dia berpuasa walaupun kalau dah masuk kol 5 tu ada la dengar....
"Mommy... lagi berapa minit nak buka?" (haaa... yang ni kadang setiap 10 minit dia tanya sampai la waktu berbuka. Letih nak jawab)
"Mommy... Eicha sakit perut la mi...."
"Mommy... boleh tak buka? Adik tu dah boleh buka...?"
Jawapan saya senang je...
Kenapa? Kakak nak buka ke?
Jawapan paling best sbb serta merta dia akan geleng kepala & diam atau dia akan jawab... "Tak la mi... Eicha main2 je.... apa la mommy ni..."
Memang mencabar berpuasa di Qatar berbanding di tempat sendiri. Jangankan Aryssa, org2 tua ni haa pun terasa hebatnya dugaan berpuasa di sini... dengan cuaca, masa berpuasa yang panjamg... tapi tak mengapa kerana Allah beri kekuatan. Malah lebih banyak masa untuk-Nya. Syukur :)
Selain berpuasa, banyak lagi ibadah lain yang kami nak fokus pada dia, lebih2 lagi bab solat 5 waktu. Bukan mudah.... tapi wajib kita jalankan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Untuk Aryssa, memang belajar solat 100% di rumah. Masa tadika, di sekolah dia takde Islamic studies sebab ikut Singapore's syllabus. Di sini pun takde sekolah agama.... kelas fardu ain tu tak pasti la ada utk English / BM. Arabic dia masih baru belajar di sekolah. Dia dah boleh solat tapi sekarang nak lebih fokus pada bacaan dalam solat & untuk lengkap 5 waktu. Moga Allah permudahkan usaha kami & Aryssa Eiman sentiasa mendirikan solat dengan khusyuk. Ameen.
Source
رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Surah Ibrahim (14) Ayat 40
Perihal mengaji al-Quran pula, Ustaz Irfan ada datang ke rumah untuk mengajar Aryssa & Hadeef. Syukur dapat cari ustaz yang boleh datang & ajar mereka di rumah dan sebagai tambahan, Baba ajar pada hari2 yang lainnya. Baba & Mommy pun bole belajar Tajwid & minta Ustaz Irfan semak bacaan kami. Untuk bulan Ramadhan ni, Baba juga yang ajar mereka kerana Ustaz Irfan yang juga Mu'azzin di masjid berdekatan rumah ni ada tanggungjawab lain di masjid. Kalau leka.... pasti banyak yang lupa bila nak sambung mengaji lepas raya nanti. Lagipun nak biasakan mereka mengaji setiap hari & jangan lalai. Insya Allah.
Balik Malaysia nanti memang nak kena borong kitab2 sekolah agama... nak ajar mereka ikut syllabus yang betul. Harap Aryssa & juga Hadeef on track. Now support by buku2 agama bought from Internet & bookshops... ni pun bawa dari Malaysia.
Ya Allah.... permudahkanlah kami dalam urusan mendidik anak2 kami. Semoga kami sekeluarga sentiasa di landasan yang benar & berjaya di dunia dan di akhirat. Ameen
Hadeef Eiman @ Rayhaan by Rotana, Makkah
Rindu!!!
View from our hotel room in Mekkah. Subhanallah... indah sungguh :)
Gate 1 ~ King Abdul Aziz Gate, di penjuru Rukn Yamani & kelihatan penjuru Hajr Aswad & Makam Nabi Ibrahim a.s.
Sesungguhnya.... memang rindu sangat nak ke sini lagi
Aryssa pun almost everyday dok tanya... bila nak pergi Mekkah lagi?
Moga Allah beri kami keizinan untuk ke Mekkah untuk Haji & Umrah
Insya Allah
Published with Blogger-droid v2.0.6













1 comment:
selamat berpuasa rozie...
Post a Comment