First time cuba masak Nasi Kabsah ni... dipadankan dengan ayam panggang special & salad, sempena birthday Hadeef Eiman 12 November yang lepas. All members are happy... mommy pun senang hati :)
Resipi ayam panggang berempah ni, saya ambil dari Duhai Hati dan Yatie Memories. Cuma saya ada olah sedikit. Yang lain tu saya cuba masak / buat... dan alhamdulillah menjadi.
Jom tengok resipi...
Ayam Panggang Berempah
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 sb rempah kari
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
1 sb minyak sayuran
1 sk serbuk lada hitam
2 sk gula
Garam secukup rasa
1 1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
(bahan* ditumbuk halus)
Cara-caranya:
1. Bersihkan ayam dan toskan
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
3. Masukkan ayam & perap selama 2 jam atau lebih.
4. Susun ayam atas jaring dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Hidangkan ketika panas
Ayam yang sudah diperap. Sedia untuk dibakar.
Dah siap dibakar :)
Memang tak sabar nak makan!
Nasi Kabsah
Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (dicuci, direndam selama 30 minit & ditoskan)
4.5 cawan air (sukatan air mengikut jenis beras / brand yang digunakan)
6 sb rempah kabsah
4 sb minyak masak (sunfower oil / canola oil)
1 biji tomato bersaiz besar (dibelah 8)
Garam secukup rasa
Nota :
Jika sukar nak dapat / beli rempah kabsah, boleh cuba buat sendiri seperti yang dikongsikan di sini : Homemade Rempah Kabsa
Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan rempah kabsah
2. Apabila mendidih, masukkan minyak masak dan garam
3. Kemudian, masukkan pula beras dan tomato dan kacau seketika
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak berderai. Kembur nasi perlahan-lahan.
5. Hidangkan panas-panas bersama ayam panggang, salad dan papadom
"Middle East Style" Salad
Bahan-bahannya:
1-2 pokok salad / lettuce / butter-head salad / apa2 yang sesuai (dicuci, toskan & dihiris)
2-3 biji tomato (dipotong dadu kecil-kecil)
4-5 batang cili padi (dihiris nipis)
2-3 batang timun hijau tua yg kecik2 tu /pickling cucumber (dipotong dadu kecil-kecil).
Jika guna timun biasa, 1 batang dah cukup
Image from Google
Cara-caranya:
1. Campur semuanya
2. Simpan di dalam bekas bertutup di dalam fridge
Masa groceries shopping that day, ternampak sunquick pink guava & strawberry ni. So, belilah sebab nak try. Memang sedap minum sejuk2.... cam masuk sangat sebagai drink masa makan Chicken Kabsah. All are great combination! Alhamdulillah....
Published with Blogger-droid v2.0.9