you are my SUNSHINE... my ONLY sunshine

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

you make me HAPPY... when skies are grey

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 22, 2012

Sambal Telur Hancur

Ni salah satu menu kenangan & menu favourite di sekolah asrama dulu. Kitorang makan ngan roti putih 4 segi tu je. Dulu masa di sekolah, apa yang disediakan di dewan makan, memang makan aje. Tak boleh mengada-ngada nak memilih. Sebenarnya banyak menu2 yang best dan sampai sekarang kadang tu dtg rasa rindu nak makan lauk2 / hidangan zaman sekolah :) 
 
Awal malam tadi, hubby soh masak ringan2. Kami mmg selalu tak dinner sebab hanya makan berat sehari sekali aje. Tu pun sebab timing.... balik keje 3 lebih sampai rumah, terus makan lunch merangkap dinner sekali. Bila dah malam tu... kami makan roti, shawarma, buah-buahan atau kadang minum air panas cecah biskut je :)

Bukan main suka lagi hubby bila masakkan dia sambal telur hancur ni. Walaupun simple je, beria2 juga dia makan... saya pun sama. Hehehe...

Mudah saja nak masak. Tumiskan 1/2 biji bwg besar yang telah ditumbuk halus & 3 sudu besar lada kering. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kemudian pecahkan 3 biji telur & gaul sebati hingga masak. Jangan terlalu kering. Sedap dimakan dgn roti atau nasi panas.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Popcorn Maker

Last week masa nak beli mixer, si kecik Hadeef boleh pula ternampak popcorn maker ni and minta Baba belikan. "Hadeef nak buat popcorn sendiri kat rumah. Alaaa... senang je!" Ewaahhh..... kemain lagi yek. Nanti mesti mommy pun kena terbabit jugak kan?

Actually, I can say... most of kitchen gadgets kat sini memang affordable & banyak choice. Macam2 gadget ada di jual kat sini. So, petang tu dapatlah si kecik tu popcorn maker. Suka dia!

Bila dah beli tu memang tak sabar nak try tapi mommy dia.... 
"Nantilah... Nantilah.."

Pic from Google
Corn Kernels

Dalam machine ni, tak boleh letak bahan2 lain. Hanya corn kernels sahaja!
Nak letak perisa apapun... dah meletup2 nanti baru boleh gayakan popcorn tu kat dlm pot lain.

Haaaaa...... tuuuu dia! Popping!
Masa ni budak 2 org tu punyalah excited :)
Tapi mommy dia cam agak cuak... hahaha!

Hasilnya.....
Lepas tu kami gaul dgn butter, sugar & honey

Buat homework sambil makan popcorn. Yeay!
Lepas ni kalau ada charity sale, kita jual popcorn ok gak kan? Hehe....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Save our Brothers & Sisters

Ini bukan kisah baru...

Let us pray for our brothers & sisters

Let us do our part.... we can make a difference.. every little helps!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!








QUNUT NAZILAH

Sumber :  Fuzzree

Lagi info berkenaan Qunut Nazilah di sini 

Doa yang sesuai dengan musibah yang menimpa kaum muslimin di Palestin, Syria, Rohigya & di mana sahaja umat Islan ditindas dan doa untuk saudara-saudara kita yang berangkat berjihad untuk menolong saudara mereka yang tertindas di sana.
 


 SURAH AL FIL
Teruskan berdoa untuk mereka. Mohon pertolongan Allah kerana tiada yang lebih berkuasa selain Allah.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Note : All images from Google

Sunday, November 18, 2012

Chicken Kabsah

First time cuba masak Nasi Kabsah ni... dipadankan dengan ayam panggang special & salad, sempena birthday Hadeef Eiman 12 November yang lepas. All members are happy... mommy pun senang hati :)

Resipi ayam panggang berempah ni, saya ambil dari Duhai Hati dan Yatie Memories. Cuma saya ada olah sedikit. Yang lain tu saya cuba masak / buat... dan alhamdulillah menjadi.

Jom tengok resipi...

Ayam Panggang Berempah

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4)
3 sb rempah kari
3 sb sos tiram
3 sb sos cili
1 sb minyak sayuran
1 sk serbuk lada hitam
2 sk gula
Garam secukup rasa
1 1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
(bahan* ditumbuk halus)

Cara-caranya:

1. Bersihkan ayam dan toskan 
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati
3. Masukkan ayam & perap selama 2 jam atau lebih.
4. Susun ayam atas jaring dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam.
5. Hidangkan ketika panas

 Ayam yang sudah diperap. Sedia untuk dibakar.

 Dah siap dibakar :)
Memang tak sabar nak makan!

Nasi Kabsah

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmathi (dicuci, direndam selama 30 minit & ditoskan)
4.5 cawan air (sukatan air mengikut jenis beras / brand yang digunakan) 
6 sb rempah kabsah
4 sb minyak masak (sunfower oil / canola oil)
1 biji tomato bersaiz besar (dibelah 8)
Garam secukup rasa


Nota : 

Jika sukar nak dapat / beli rempah kabsah, boleh cuba buat sendiri seperti yang dikongsikan di sini : Homemade Rempah Kabsa

Cara-caranya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan rempah kabsah 
2. Apabila mendidih, masukkan minyak masak dan garam
3. Kemudian, masukkan pula beras dan tomato dan kacau seketika
4. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak berderai. Kembur nasi perlahan-lahan.
5. Hidangkan panas-panas bersama ayam panggang, salad dan papadom



"Middle East Style" Salad

Bahan-bahannya:
1-2 pokok salad / lettuce / butter-head salad / apa2 yang sesuai (dicuci, toskan & dihiris)
2-3 biji tomato (dipotong dadu kecil-kecil)
4-5 batang cili padi (dihiris nipis)
2-3 batang timun hijau tua yg kecik2 tu /pickling cucumber (dipotong dadu kecil-kecil)
      Jika guna timun biasa, 1 batang dah cukup
Image from Google

Cara-caranya:
1. Campur semuanya
2. Simpan di dalam bekas bertutup di dalam fridge

 Masa groceries shopping that day, ternampak sunquick pink guava & strawberry ni. So, belilah sebab nak try. Memang sedap minum sejuk2.... cam masuk sangat sebagai drink masa makan Chicken Kabsah. All are great combination! Alhamdulillah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

Rainforest Cafe for Charity

 
Today, Aryssa & all Year 3 children will be holding a Rainforest Cafe event to raise money to support the preservation of the rainforest. They have been studying rainforests in IPC and as part of the Exit Point. Budak2 akan jual cakes & smoothies to other members of the school. It's gonna be a fun.. fun.. fun day!

Punyalah excited Aryssa minta tolong mommy buatkan cupcakes untuk dia jual kat sekolah hari ni. Semalam pun they all outing pergi Jungle Zone kat Hyatt Plaza. Bukan main seronok lagi. Everyday asal balik from school je, mesti ckp... "Today is my best day ever!!". Baguslah both kakak & adik mmg have fun at school & enjoyed all activities. Alhamdulillah. Harap2 berterusan.

So, malam tadi... mommy dia & as usually everyone melibatkan diri sama2 tolong kat dapur, sama2 buat Lemon Cupcakes with Cream Cheese Frosting... and of course with assorted toppings :)


  
 Lemon.... nyums!
 
 In the oven....

 Taddaaaaa......!!!

 Ready to-go!
Happy selling sayang!

Published with Blogger-droid v2.0.9